Salam seperjuangan buat sahabat-sahabat... saya kongsikan rintihan sahabat-sahabat kita di MESIR ..doakan keselamatan mereka sahabat-sahabat .. ayuh bantu mereka ..
Sudah sedia maklum dan pastinya terpanpang di dada-dada akhbar media cetak mahupun media eletronik dan menjadi isu yang paling hangat dalam sejarah Asia Barat dan politik dunia masa kini. Demontrasi yang pada mulanya tercetusnya di Tunisia menyebabkan presiden Tunisia digulingkan oleh gelombang rakyat yang membara menentang pemerintah zalim, Semangat berkobar-kobar yang mahukan perubahan menyebabkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali melarikan diri ke Arab Saudi setelah beberapa dekat memerintah.
Revolusi yang yang berlaku di Tunisia tidak terhenti di situ sahaja akan tetapi merebak pula ke Mesir dan beberapa lagi negara arab, demonstrasi untuk mendesak presiden Mesir Hosni Mubarak yang pada mulanya aman bertukar menjadi liar apabila pihak polis anti rusuhan cuba menghalang para demonstrasi dengan cara yang cukup tegas. Pada awalnya demonstrasi bermula di Kaherah merebak ke mantiqah lain seperti Alexandria, Suez Mansoura, Tanta dan banyak lagi.
Pemtempuran yang sudah masuk hari yang ke 6 menyaksikan berpuluh-puluh orang terbunuh termasuk polis sendiri dan beratus-ratus orang cedera. Tembakan gas pemedih mata dan semburan air di balas oleh pendemostrasi dengan lemparan batu-bata yang tidak putus-putus, mengikut berita rangkaian antarabangsa, hampir 3000 orang sudah di tangkap namun semangat mereka masih lagi membara untuk melihat perubahan berlaku di negara yang telah di perintah oleh Presiden Hosni Mubarak berdekat-dekat.
Di dalam keadaan yang cukup kritis ini, rakyat semakin bangkit, dan semakin ramai orang menyertai demonstrasi ini yang menyebabkan polis sendiri tidak dapat mengawal keadaan lagi. Semangat untuk berubah semakin membara, polis anti rusuhan tidak dapat melawan lagi arus perubahan yang diperlukan.
Kekuatan polis menjadi semakin kendur yang menyebabkan buat pertama kali setelah hampir beberapa tahun lamanya askar-askar kehormat Mesir keluar untuk mengambil alih tugas polis yang tidak dapat di kawal lagi. Bandar-bandar besar di Mesir sudah dikuasai oleh tentera Mesir mengawal keadaan.
Bandar yang dulunya tenang bagaikan 'warzone' yang menyaksikan kereta-kereta, pejabat polis, pejabat persekutuan kerajaan di bakar oleh pendemonstrasi. Lebih mengeruhkan lagi keadaaan, ribuan banduan berjaya meloloskan diri daripada penjara akibat ketidaktahanan pegawai waran penjara untuk menjaganya. Dulunya dilihat hanya sebagai demonstrasi sekarang bertukar menjadi rusuhan. Rumah-rumah dan kedai-kedai digeledah oleh pencuri-pencuri yang mengambil kesempatan apa yang berlaku. Ia menyebabkan ahli-ahli keluarga dan rumah terpaksa berjaga siang malam agar mereka selamat daripada diceroboh.
Realiti sebenar
Mesir yang sudah sedia maklum menjadi pilihan ramai untuk meneruskan pengajian dalam jurusan pengajian islam mahupun jurusan medik. Namun apa yang dirisaukan sekarang ini SELAMATKAH SAHABAT-SAHABAT KITA YANG BERADA DI MESIR SEKARANG?? Pelajar-pelajar mahupun pekerja yang berada di Mesir berjumlah lebih dari 5000 orang tidak diketahui status sebenar keadaan mereka di sana, ia dilihat lebih merunsingkan lagi apabila kerajaan Mesir menyekat saluran internet ke seluruh Mesir dan menyebabkan hampir kesemua pelajar terputus hubungan. Saya yakin dan pasti mereka di sana sudah bersedia dengan apa-apa yang berlaku, namun sampai bila mereka patut bertahan???
Keadaan semakin bertambah teruk, keselamatan mereka patut di jamin seratus peratus, walaupun ada yang sudah selamat kembali ke Tanah Air, namun masih ramai yang berada di sana. Perasaan runsing di dalam diri saya ini semakin membara, lebih-lebih lagi ramai sahabat-sahabat saya yang berada di Mesir sana.
Saya merasa sedikit kecewa dengan kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia kita yang mengatakan tiada keperluan lagi membawa balik pelajar-pelajar pada masa ini (rujuk link ini). walaupun tidak dapat untuk membawa balik ke Malaysia, cubalah cari altenatif lain untuk menyelamatkan sahabat-sahabat kita di sana. Sepatutnya kerajaan sepatutnya mengambil berat secara serius apa yang sedang berlaku sekarang.
Pelajar kita di sana bukanlah ratusan tapi ribuan. Mereka semua masih menunggu apa respon dan jawapan yang diberikan kerajaan Malaysia, kalaulah hanya ini sahaja respon yang diberikan, memang sungguh menyedihkan.bagi pihak sahabat kita di sana.
Terdengar ura-ura yang mengatakan bahawa kesemua pelajar akan dipindahkan sementara ke Jordan atau Arab Saudi, ini akan melegakan semua pihak. Akan tetapi tidak ada sebarang kenyataan rasmi lagi daripada mana-mana pihak. Saya berharap sangat agar perkara ini perlu dipandang serius, lebih-lebih lagi melibatkan rakyat Malaysia itu sendiri.
Keselamatan mereka di sana memang tidak terjamin, lebih-lebih lagi ade berita daripada sahabat kita di sana mengatakan bahawa, pencuri-pencuri yang mengambil kesempatan mensasarkan rumah-rumah pelajar Malaysia untuk dicerobohi, menyebabkan pelajar-pelajar bersama ahli rumah terpaksa berkawal untuk menjaga keselamatan bersama.
Saya selaku salah seorang mahasiswa yang berada di Jordan mengharapkan respon positif daripada Malaysia untuk kebaikan sahabat/rakyat/pekerja yang berada di Mesir, kalaulah Amerika, United Kingdom, Turki, Iraq telah mengambil keputusan bijak dengan mengeluarkan rakyat mereka dengan segera daripada Mesir, Kita Malaysia yang melaungkan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sepatutnya melakukan keputusan yang lebih drastik demi keselamatan bersama.
Akhir kalam, doakan sahabat-sahabat kita yang berada di Mesir berada di dalam keadaan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Kuatkan semangat untuk menghadapinya, ingatlah bahawa Allah bersama-sama dengan kita. Wassalam
P/S: Saya tampilkan bersama-sama dengan tulisan ini link-link untuk mengetahui keadaan sahabat-sahabat kita di sana.
http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964?v=wall
http://www.facebook.com/note.php?note_id=198246460189849&id=100000980123776
http://ariffshah.com/krisis-mesir-keadaan-sebenar-pelajar-malaysia/#comment-21741
http://ariffshah.com/krisis-mesir-keadaan-sebenar-pelajar-malaysia/#comment-21741
dipetik daripada blog: http://ibnunas91.blogspot.com/2011/01/selamatkah-sahabat-kita-di-mesir.html
selamatkan sahabat2 kami di mesir ya Allah...
ReplyDeletehttp://synergistichatidoktormuda.blogspot.com/
ReplyDeletesalam ziarah. Pengalaman di Kaherah...depan imarah sahabat2 ana ade kereta kebal. Ngeri tapi alhamdulillah semuanya semakin stabil skg