MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....

Thursday, February 25, 2010

ya Rasulullah SAW ..kAMi MeRiNdUi mu

"....Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu....." (Al-Maidah:3)

Saat turunnya ayat ini, bergenanglah air mata para sahabat, lantaran terlalu sedih untuk berpisah dengan baginda..Ketiadaan dan kehilangan Baginda sangat dirasa..

Dan Muhammad hanyalah seorang rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. apakah jika dia wafat atau terbunuh , kamu berpaling ke belakang (murtad)? barangsiapa berbalik ke belakang , maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun .Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur. ( ali -Imran :144)


Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?". "Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. ", kata Rasulullah.

Ikhwanku itu, menurut Rasulullah s.a.w, "Mereka adalah yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."



Tuesday, February 23, 2010

SaLaM MaULiDuR RAsuL



di saat kita ingin mengingati baginda , berselawatlah kepada Baginda .. namun pernahkah kita terfikir adakah kita telah cuba untuk mengikut sunnah baginda .? menjaga ISLAM dengan sebaik-baiknya? ~ peringatan buat diri kita yang entah bila ajal tiba.. berjayakah kita menjawab persoalan Allah kelak ?.. renungan buat diri yang sering alpa ..



sahabat, ni adalah peristiwa penting yang merupakan amanat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, hayatilah dengan mata hati, dari seorang yang terlalu menyayangi kita sebagai ummatnya, adakah kita masih sanggup melupakan Baginda.. ingatan untuk diri ini yang tiada upaya melainkan bantuan dari Allah Taala.





Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...


Ya Allah ..berkatilah setiap detik nafas hamba Mu ini ..ameen

Doa Hari Lahir

Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmmat abadi…….

http://thehazim.blog.friendster.com/2008/04/doa-hari-lahir/


Assalamualaikum w.b.t.



setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt kerana masih memberikan kesempatan kepada ana untuk bernyawa hingga sekarang ..selawat dan salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad saw .. setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada semua insan diseluruh dunia yang telah mendidik diri ini ..jzkk kepada semua sahabat2 yang banyak membantu dan sudi memberi teguran serta nasihat buat ana memperbaiki erti hidup ini ..

20 tahun meminjam nyawa kurniaan Allah .. hamba MU ini memohon ampun atas segala kelemahan diri ..moga berkesempatan m'bahagiakan ummi & ayah dan meneruskan perjuangan untuk islam ..~ diri yang kerdil ini ingin memohon maaf andai pernah terguris hati sahabat2 ..sedarlah , diri ni x kan terdaya untuk bernyawa tanpa izin Nya dan tanpa sokongan sahabat2 yang disayangi kerana Allah .jzkk kerana sudi m'jadi insan bernama sahabat ..=)


buat sahabat2 ana ( fizah, farahin , erma, aireen , arah , su, ika rosli ) .. ana sayang antum .. terima kasih atas hadiah persahabatan ( termasuk yang semalam ) ..yang paling utama doakan ana berjaya di dunia n akhirat di bawah rahmat Allah demi Islam tercinta ..ameen

Buat semua muslimat shams (g6)..ana rindu kat antunna . terima kasih kerana sudi menjadi sahabat ana hingga ke akhir hayat .. doa ana bersama antum ..doakan ana di sini juga ..jzkk sahabat2



buat sahabat2 di IPGM kampus ipoh .. terima kasih kerana banyak membantu diri ini ...

kematian makin dekat bila umur meningkat ,
~ AQILAH ~


ucapan dari sahabat2 ..( maaf x sempat nk salin ucapan semua orang ..jzkk atas doa kalian ..ameen )

sahabat yang diingati..qilah dahalan..semoga dirimu sentiasa dilindungi Allah..jangan mudah berputus asa...teruskan perjuangan.. innallahamaana. .^_^


Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-20 buat Nur Aqilah. Moga hidupmu sentiasa dalam keberkatan dan di bawah lembayung rahmat-Nya.
Semoga sentiasa istiqamah dan semoga ikatan persahabatan ini kekal selamanya. Biar jauh jarak yang memisah, iringan doa sentiasa mengiringi perjalananmu, sahabat. (ummi aqilah othman )

aqilah dear,
may the days after be better than before. (:
may you have a beautiful and blessed life. (:
may all your dreams come true. (:

may He add barakah in your every word, action, prayer. in your everything. (:
may Allah alws bestow His blessings upon u insyaALLAH (:

mari sama2 mengejar syurga ALLAH.doa for each other always ye. (:

jumpa next month iALLAH (: . ( auni)

p/s: terima kasih ya Allah atas nikmat ukhuwah Islamiyyah ini .

ya Allah ..perkenankanlah doa-doa kami sebagai umat Islam ..ameen

~|~~Satu Perjalanan...Satu Pencarian...Mengenal Diri...Menjadi Insan...Yang Penuh Ihsan~~|~~:..: Doa Hari Lahir....:~

Dia kekasihku…


Apa pula kali ini yang akan dipersembahkan oleh kami, Iluvwarwick kepada pendengar-pendengar setia kuliah online anjuran kami? Nantikannya.

‘Dia Kekasihku’

Sudah tergambar di kepala anda apakah yang bakal disampaikan? Mungkinkah mengenai isu ‘couple’? Mungkinkah tips-tips kebahagiaan hidup? Semuanya akan terjawab dalam talk online kali ini.

Buat pertama kalinya kami menjemput penceramah dari luar Warwick yang pastinya semua orang sudah mengenali beliau.

Penceramah: Ustaz Erfino

Medium: Paltalk

Id: k anwar

Masa luar UK

Australia: 7.00 am 24 Feb

Malaysia: 4.00 am 24 Feb

sumber: http://iluvwarwick.wordpress.com/