MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....

Sunday, January 30, 2011

Selamatkah sahabat kita di MESIR?


Salam seperjuangan buat sahabat-sahabat... saya kongsikan rintihan sahabat-sahabat kita di MESIR ..doakan keselamatan mereka sahabat-sahabat .. ayuh bantu mereka ..


Sudah sedia maklum dan pastinya terpanpang di dada-dada akhbar media cetak mahupun media eletronik dan menjadi isu yang paling hangat dalam sejarah Asia Barat dan politik dunia masa kini. Demontrasi yang pada mulanya tercetusnya di Tunisia menyebabkan presiden Tunisia digulingkan oleh gelombang rakyat yang membara menentang pemerintah zalim, Semangat berkobar-kobar yang mahukan perubahan menyebabkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali melarikan diri ke Arab Saudi setelah beberapa dekat memerintah.

Revolusi yang yang berlaku di Tunisia tidak terhenti di situ sahaja akan tetapi merebak pula ke Mesir dan beberapa lagi negara arab, demonstrasi untuk mendesak presiden Mesir Hosni Mubarak yang pada mulanya aman bertukar menjadi liar apabila pihak polis anti rusuhan cuba menghalang para demonstrasi dengan cara yang cukup tegas. Pada awalnya demonstrasi bermula di Kaherah merebak ke mantiqah lain seperti Alexandria, Suez Mansoura, Tanta dan banyak lagi.

Pemtempuran yang sudah masuk hari yang ke 6 menyaksikan berpuluh-puluh orang terbunuh termasuk polis sendiri dan beratus-ratus orang cedera. Tembakan gas pemedih mata dan semburan air di balas oleh pendemostrasi dengan lemparan batu-bata yang tidak putus-putus, mengikut berita rangkaian antarabangsa, hampir 3000 orang sudah di tangkap namun semangat mereka masih lagi membara untuk melihat perubahan berlaku di negara yang telah di perintah oleh Presiden Hosni Mubarak berdekat-dekat.

Di dalam keadaan yang cukup kritis ini, rakyat semakin bangkit, dan semakin ramai orang menyertai demonstrasi ini yang menyebabkan polis sendiri tidak dapat mengawal keadaan lagi. Semangat untuk berubah semakin membara, polis anti rusuhan tidak dapat melawan lagi arus perubahan yang diperlukan.

Kekuatan polis menjadi semakin kendur yang menyebabkan buat pertama kali setelah hampir beberapa tahun lamanya askar-askar kehormat Mesir keluar untuk mengambil alih tugas polis yang tidak dapat di kawal lagi. Bandar-bandar besar di Mesir sudah dikuasai oleh tentera Mesir mengawal keadaan.

Bandar yang dulunya tenang bagaikan 'warzone' yang menyaksikan kereta-kereta, pejabat polis, pejabat persekutuan kerajaan di bakar oleh pendemonstrasi. Lebih mengeruhkan lagi keadaaan, ribuan banduan berjaya meloloskan diri daripada penjara akibat ketidaktahanan pegawai waran penjara untuk menjaganya. Dulunya dilihat hanya sebagai demonstrasi sekarang bertukar menjadi rusuhan. Rumah-rumah dan kedai-kedai digeledah oleh pencuri-pencuri yang mengambil kesempatan apa yang berlaku. Ia menyebabkan ahli-ahli keluarga dan rumah terpaksa berjaga siang malam agar mereka selamat daripada diceroboh.

Realiti sebenar


Mesir yang sudah sedia maklum menjadi pilihan ramai untuk meneruskan pengajian dalam jurusan pengajian islam mahupun jurusan medik. Namun apa yang dirisaukan sekarang ini SELAMATKAH SAHABAT-SAHABAT KITA YANG BERADA DI MESIR SEKARANG?? Pelajar-pelajar mahupun pekerja yang berada di Mesir berjumlah lebih dari 5000 orang tidak diketahui status sebenar keadaan mereka di sana, ia dilihat lebih merunsingkan lagi apabila kerajaan Mesir menyekat saluran internet ke seluruh Mesir dan menyebabkan hampir kesemua pelajar terputus hubungan. Saya yakin dan pasti mereka di sana sudah bersedia dengan apa-apa yang berlaku, namun sampai bila mereka patut bertahan???

Keadaan semakin bertambah teruk, keselamatan mereka patut di jamin seratus peratus, walaupun ada yang sudah selamat kembali ke Tanah Air, namun masih ramai yang berada di sana. Perasaan runsing di dalam diri saya ini semakin membara, lebih-lebih lagi ramai sahabat-sahabat saya yang berada di Mesir sana.

Saya merasa sedikit kecewa dengan kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia kita yang mengatakan tiada keperluan lagi membawa balik pelajar-pelajar pada masa ini (rujuk link ini). walaupun tidak dapat untuk membawa balik ke Malaysia, cubalah cari altenatif lain untuk menyelamatkan sahabat-sahabat kita di sana. Sepatutnya kerajaan sepatutnya mengambil berat secara serius apa yang sedang berlaku sekarang.

Pelajar kita di sana bukanlah ratusan tapi ribuan. Mereka semua masih menunggu apa respon dan jawapan yang diberikan kerajaan Malaysia, kalaulah hanya ini sahaja respon yang diberikan, memang sungguh menyedihkan.bagi pihak sahabat kita di sana.

Terdengar ura-ura yang mengatakan bahawa kesemua pelajar akan dipindahkan sementara ke Jordan atau Arab Saudi, ini akan melegakan semua pihak. Akan tetapi tidak ada sebarang kenyataan rasmi lagi daripada mana-mana pihak. Saya berharap sangat agar perkara ini perlu dipandang serius, lebih-lebih lagi melibatkan rakyat Malaysia itu sendiri.

Keselamatan mereka di sana memang tidak terjamin, lebih-lebih lagi ade berita daripada sahabat kita di sana mengatakan bahawa, pencuri-pencuri yang mengambil kesempatan mensasarkan rumah-rumah pelajar Malaysia untuk dicerobohi, menyebabkan pelajar-pelajar bersama ahli rumah terpaksa berkawal untuk menjaga keselamatan bersama.

Saya selaku salah seorang mahasiswa yang berada di Jordan mengharapkan respon positif daripada Malaysia untuk kebaikan sahabat/rakyat/pekerja yang berada di Mesir, kalaulah Amerika, United Kingdom, Turki, Iraq telah mengambil keputusan bijak dengan mengeluarkan rakyat mereka dengan segera daripada Mesir, Kita Malaysia yang melaungkan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sepatutnya melakukan keputusan yang lebih drastik demi keselamatan bersama.

Akhir kalam, doakan sahabat-sahabat kita yang berada di Mesir berada di dalam keadaan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Kuatkan semangat untuk menghadapinya, ingatlah bahawa Allah bersama-sama dengan kita. Wassalam



P/S: Saya tampilkan bersama-sama dengan tulisan ini link-link untuk mengetahui keadaan sahabat-sahabat kita di sana.






PERGH2 GTS: Talk 4: The forgotten ummah (part 1)



Sunday, January 23, 2011

Nasihat Khalifah Umar dan Ulama' Muktabar



Khalifah Umar bin Abd Aziz berpesan :


"Wahai sekelian manusia ! Janganlah kalian menganggap kecil dosa-dosa itu. Selidiki dan ushakanlah untuk mengkikis habis apa-apa dosa yang telah di lakukan, dengan jalan melakukan taubat. Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu akan menghilangkan segala perbuatan-perbuatan jahat. Itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat. "

Telah sia-sia dan merugi orang-orang yang keluar dari rahmat Allah s.w.t yang meliputi segala sesuatu dan dia telah di haramkan untuk masuk ke Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Ketahuilah bahawa perasaan aman pada hari esok (akhirat) tersedia bagi orang yang takut akan Allah, iaitu orang-orang yang suka menjual barang yang sedikit untuk di tukarkannya dengan yang banyak, orang yang suka tukar yang fana' dengan yang kekal abadi. "

As Sydul Jalil Abu Muhammad Sahal At-Tastari berkata :

"Telah di teliti oleh alim ulama' akan pengertian IKHLAS, maka mereka tidak dapati selain yang di sebut ini, iaitu gerak sesaorang dan diamnya dalam sulitnya dan terangnya semuanya kerana Allah s.w.t semata-mata, tidak di campuri oleh hawa nafsu."

Al-Imam As Syahid Hassan Al-Banna berpesan katanya :

"Wahai saudara ! Berimanlah kamu kepada Allah, perkukuhkanlah mengenal dan bergantung kepadaNya, janganlah kamu gerun selain Allah, tunaikanlah segala kewajipanNya dan jauhilah laranganNya.

Berakhlaklah kamu dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah kamu orang-orang yang kuat dengan akhlak yang mulia dengan apa yang di kurniakan oleh Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa lagi solehin.

Hadapilah Al-Quran untuk mengkajinya dan terhadap sirah Nabawiyyah kamu bermuzakarah. Kamu hendaklah menjadi orang yang praktikal bukan orang yang berhujah saja. Apabila Allah memberikan kepada sesuatu kaum itu hidayah maka di berinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali otang-orang yang suka berhujah.

Kasih mengasihilah di antara kamu dan jagalah serapi-rapinya ikatan kamu sebab ianya merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu dan tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu kaum kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka."

Khalifah Umar al-Khattab berpesan kepada Saad bin Abi Waqas dan bala tentera Islam ketika menghadapi empayar Parsi yang besar dan kuat, katanya :

"Aku menyuruh kamu dan bala tentera bersamamu supaya bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan, sesungguhnya bertakwa kepada Allah itu adalah persediaan yang paling baik untuk menghadapi musuh dan tindakan yang paling kuat di medan perang, aku perintahkan kepadamu dan sesiapa sahaja bersamamu supaya lebih berhati-hati kepada diri sendiri daripada memberi perhatian kepada musuh. Kerana dosa yang di lakukan oleh tenteramu lebih di takuti daripada musuh kamu. Kerana sesungguhnya di beri pertolongan kepada orang-orang muslimin itu dengan sebab maksiat musuh terhadap Allah. Kalau tidak kerana itu kita tiada kekuatan untuk menghadapi mereka. Kerana bilangan kita tidak sama dengan bilangan mereka, dan persediaan kita tidak sama dengan persediaan mereka. Kalau kita sama-sama melakukan maksiat seperti mereka, maka mereka lebih daripada kita dari segi kekuatan (jumlah dari segi persediaan zahir).Dan jika kita di beri pertolongan dengan kelebihan yang ada pada kita, maka kita tidak boleh mengalahkan mereka, dengan kekuatan kita.

Ketahuilah kita bahawa bersama kamu dalam perjalanan kamu itu, para malaikat hafazhah (yang di tugaskan berkenaan suratan amal) dengan perentah Allah, maka ketahui apa yang kamu kerjakan, maka rasa malulah kepada mereka jangan kamu mengerjakan maksiat terhadap Allah sedang kamu berada di jalan Allah. Jangan kamu katakan musuh kita lebih jahat daripada kita, sebagaimana berlaku pada Bani Israel, apabila mereka melakukan maksiat, lalu mereka di kalahkan oleh kafir majusi lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung dan itulah ketetapan yang terlaksana. Mintalah pertolongan Allah untuk menghadapi diri kamu sebagaimana musuh-musuh kamu dan aku meminta itu kepada Allah untuk aku dan untuk kamu."
http://abubasyer.blogspot.com/2009/06/nasihat-khalifah-umar-dan-ulama.html

Sunday, January 16, 2011

PeRGH WaRwIck =)


salam wbt ..

ana kongsikan perkongsian pergh 2 di warwick pada 20-21 november 2010baru-baru ini ..

semoga bermanfaat .. jzkk =)

wallahua'lam

Friday, January 14, 2011

Umat Islam Sentiasa Boleh!!


Dengarkan single terbaru UNIQ - Menuju Wawasan.

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tuju wawasan
Dunia dan akhirat

Wawasan dunia dan akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat

Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah
Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan

Ulama' warisan anbiya'
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

Lagu - Fairuz ( Suara Firdaus )
Lirik - Fairuz ( Suara Firdaus )
Gubahan Semula - Bazli UNIQ
Susunan Muzik - Gerg Henderson
Penerbit - Bazli UNIQ
Vokal - Fadzli, Fakhrul, Bazli ( UNIQ )
Studio Rakaman - Ada Exists ( Along )
Mixing - Greg Henderson

~umat Islam sentiasa boleh ~ mari kita kumpulkan kekuatan umat Islam ~

Tuesday, January 11, 2011

A tribute to Palestinians =)


A Tribute to Palestinian especially our Muslim brothers and sisters. Special from me, a Muslim from Malaysia. Song from Raihan - "Untukmu Palestin (For You Palestine)".

Help will come to you!! A New Caliphate is Rising, a new Muslim Caliph (Khalifah) will liberate all of you.

Monday, January 10, 2011

PERGH 3 - ROLL ~~ :)



The event Professional Muslims Retreat in Great Britain (PERGH!) is a weekend gathering involving the Malaysian Muslim community in the United Kingdom. PERGH! Is conducted in a few editions in which the editions have relations to each other in terms of significance. Nevertheless, this does not mean that the participants of the earlier editions cannot be involved in the later editions. The talks presented by speakers in the editions are particularly easy to understand and revolves around our life as Muslims. If you have missed the earlier editions, do not worry, you can always join the later editions.

The main organizer of PERGH! is the Malaysian Muslim Community London (MMCL), in conjunction with ILuvWarwick and other Malaysian Islamic Association around the United Kingdom. The current theme of this season of PERGH! is Read, Rise and Roll (3R). The first edition was held in Imperial College London with the theme, READ. Warwick was the second venue of PERGH! presenting the theme RISE and now, the third edition of PERGH! comes all the way to the South West region of United Kingdom, Southampton, the largest city in the county of Hampshire on the south coast of England. The theme of this edition of PERGH! is ROLL!.

Come and join this wonderful event as we seek knowledge as well as making new friends. Do not miss the golden opportunity to join the longest running Malaysian Muslim Weekend gathering in the United Kingdom! If this is still not enough, come and join the tour and sightseeing event organized by our own brothers and sisters from Malaysia and refresh your mind, body and soul this spring. This season is a wonderful time for us to get lively and amped up! Oh, just in case you’re wondering, the event will be held in Bahasa Melayu.

Let us make a difference. Let us make a change and seek blessings from Allah SWT. Be part of the Butterfly Effect. The small change you make now will change your future. Register now!

We have READ, we have learned to RISE, and now it’s time to ROLL! It is time to make a change. Let’s make it PERGH!

To register, just click YES I WANT TO COME! and submit the form. See you in Soton, insyaAllah ;-) .

If you have any question, just fill in this FORM. If it’s regarding Pergh! 3, please put the subject as Pergh! 3. Thanks :-) !

for more updates : http://www.happycircle.co.uk/pergh-3

Wednesday, January 5, 2011

Perkongsian Kembara Tian Xia 2 : Air=IQ


Perkongsian Kembara Tian Xia 2 : Air=IQ


by Ana Ili on Monday, January 3, 2011 at 9:23am



Air = Intelectual Quotient (IQ)

Pernah buat ujian IQ?Ha...jangan pulak ingat jika dapat score rendah bermakna anda tiada akal. IQ bermakna kebijaksanaan dan peranan minda dalam menyelesaikan masalah dan membentuk matlamat/wawasan.

Kepada peserta PUISI 2010, ingat lagi tak peserta Siti Khadijah berjaya menegakkan kesemua 12 paku di atas satu paku? Hampir kesemua peserta tampil ke hadapan untuk melihat hasilnya. Adam pun sampai confessed yang ‘peristiwa’ ini sebagai sesuatu yang membuatkan dia terkejut!

Jadi konsep penyatuan 4 elemen mengaitkan unsur air dengan pembentukan matlamat/wawasan untuk individu (Finding Your Own Voice) dan mencari arah(Helping Others Find Theirs).

Apa Kaitan Air dengan IQ?

Minda yang digunakan untuk menyelesaikan masalah, dalam erti kata lain , berfikir bukan? Pemikiran kita senang dibentuk oleh persekitaran. Jadi, ia dikaitkan dengan air yang benar-benar mengikut bentuk bekasnya. Tak pernah pun kita lihat air yang terbentuk segi empat dalam bekas bulat ... Tetapi air juga boleh berubah warna andai ada bahan luar yang dicampur ke dalamnya. Contohnya andai warna merah dicampurkan, terhasillah larutan berwarna merah...cuma jangan terus disangka semua air merah itu sirap...tak pasal2 sakit perut nanti andai diminum!

Jadi boleh dikatakan pemikiran mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Nak contoh?Hmm...ok, cuba bayangkan anda keluar ke town satu hari, jika keadaan biasa sahaja, tiada orang memandang pelik pada anda, anda pun rasa biasa sahaja. Tetapi cuba pada hari itu anda keluar, dan semua orang memandang pelik pada anda, mesti anda tertanya-tanya, memikirkan kenapa, lantas memeriksa baju atau yang lain-lain.

Contoh semasa LDK pula; kami para pahlawan (ceh...) diberi tugas membina ‘Tembok Cina’ dengan 2 peruntukan masa yang berbeza. Terbukti dalam tempoh masa yang lebih singkat, kita lebih tertekan dan berfikir lebih cepat untuk menyelesaikan masalah berkenaan, namun hasilnya lebih baik! Subhanallah, kuasa Allah.

Jadi, jagalah pemikiran anda agar tidak dicemari oleh perkara yang negatif (yakni unsur-unsur luar yang boleh mempengaruhi fikiran).

What you see is what you get

Di sini, pemikiran menentukan 3 turutan kemudiannya , iaitu tidakan, peluang,dan seterusnya hasil, yang kemudian kembali mempengaruhi pemikiran. Cuba gambarkan carta aliran bulatan(nak buat carta aliran bulatan tak boleh/reti pulak di sini).

Ustaz Zamri memberi contoh, kita fikirkan yang kita hendak rehat di tepi pantai, jadi tindakan kita bila sudah tiba di pantai ialah mencari tempat yang redup dan selesa untuk berehat, sudah tentu peluang cerah untuk kita berehat setelah kita berusaha mencari tempat yang sesuai, dan hasilnya kita dapatlah berehat. Contoh lain, jika seorang memikirkan hendak ‘mencuci mata’ ....pandai-pandailah selesaikan yang tiga seterusnya ya?(astagfirullah...)

Senang cerita, bayangkan hasil yang akan diperoleh sebelum memikirkan sesuatu tindakan., bak kata Ustaz Hasrizal (maaf kalau silap)” Begin with the end in mind”.

Proses Belajar

Ambil contoh cabaran untuk menegakkan kesemua 12 paku di atas satu paku (seperti di atas), orang yang pandai sudah dapat berfikir bahawa dengan menggabungkan kesemua 12 paku, pasti ada 1 cara yang boleh menegakkan kesemua paku, orang yang bijak memahami bahawa dengan teknik keseimbangan, kesemua paku itu tidak mustahil boleh ditegakkan atas 1 paku, namun hanya orang yang kreatif mampu memikirkan penyelesaian yang tepat...(maka hanya Siti Khadijah sahaja yang kreatif di kalangan peserta PUISI 2010?...tidak berani nak cakap....)

Point di sini ialah untuk mencapai wawasan kita melalui IQ, proses belajar dan menuntut ilmu diperlukan walaupun ianya perlu memakan masa yang panjang, memerlukan komitmen yang tinggi dan sebagainya.Melalui proses belajar, peningkatan daripada tidak pandai kepada pandai, bijak (iaitu lebih memahami sesuatu masalah), seterusnya kreatif berlaku.

Bagaimana membantu yang lain mencari arah?

Dengan IQ dan kreativiti yang ada, sebagai contoh, seorang naqibah mampu membentuk matlamat/wawasan dan membantu mencari arah ahli kumpulan usrah. Mencari arah di sini biarlah ‘tally’ dengan semua anak-anak buah,jangan pula naqibah jadi kuasa veto sudah ya? Jadi, sewaktu berusrah, apabila membincangkan sesuatu pendapat, wujudkan ‘3rd party’ opinion yang menggabungkan pendapat naqibah dan anak-anak buahnya. Selalunya 3rd party opinion inilah yang terbaik..InsyaAllah. Jika ditanya, ‘mencari arah’ ini luas maknanya, sebagai contoh bagaimana hendak mendapat solat yang sempurna. Namun sumber utama, al-Quran dan hadis tetap adalah tempat kembalinya segala rujukan.

Wallahualam

-To be continue, Api = EQ -

http://www.facebook.com/notes/ana-ili/perkongsian-kembara-tian-xia-2-airiq/184478794905411

Perkongsian daripada PUISI 2010, Kembara Tian Xia - Bab 1 : PQ)



by Ana Ili on Sunday, January 2, 2011 at 11:15pm

Apa itu Tian Xia?

Tian Xia secara dasarnya bermakna “All Under Heaven”. Konsep ini dibawa PUISI 2010 merupakan penyatuan unsur-unsur dalam diri dan memanipulasikan semua elemen ini untuk membentuk jati diri yang kukuh (Finding Your Voice) dan membantu rakan-rakan mencapai kekuatan yang sama (Help Others Find Theirs).

Tanah = Physical Quotient (PQ)

Dalam membentuk jati diri, PQ dikaitkan dengan disiplin. Untuk mencapai sesuatu hasil, seorang pemimpin (diri sendiri juga merupakan pemimpin kepada diri) merancang strategi dan melakukan perlaksanaan. Namun 70% strategi gagal kerana perlaksanaan. Jadi ditekankan 4 Disiplin perlaksanaan:

1. Fokus kepada Objektif Paling Penting (OPP)

2. Bertindak kepada Ukuran Aktiviti Impak (UAI)

3. Isi Papan Skor

4. Saling ambil tanggungjawab

(Untuk tidak pening kepala 4DP ini lebih senang diaplikasikan dalam persatuan/usrah...)

Fokus kepada OPP

‘Pasukan yang berkesan jelas akan OPPnya’.

Macam mana nak tahu OPP? OPP ini tanpanya objektif lain tidak akan bermakna. Contoh senang seperti kalau hendak turut serta PUISI 2010, OPPnya ialah mesti BERADA di Glendalough. Kalau takde, taklah boleh turut serta PUISI betul tak? (kasihan kawan-kawan yang stranded,etc..namun niat kalian untuk melakukan kebaikan masih dicatat, insyaAllah!)

‘Pasukan berkesan menyedari bahawa mereka hanya mampu melaksanakan 1-3 objektif dengan cemerlang pada sesuatu masa’...Daripada beberapa objektif inilah 1 OPP akan diekstrak (ingat, ia harus...PALING bermakna, MESTI dicapai, sekiranya TIDAK dicapai objektif lain tidak bermakna).

Untuk lebih Berjaya, ‘finish line’ perlu ditetapkan untuk sesuatu objektif. Contohnya (kesinambungan di atas) berada di Glendalough sebelum 9 am, 23/12/2010..(nak dijadikan cerita, rombongan kami sedikit terlambat kerana flight baru pagi itu, memerlukan masa dari airport ke checkpoint bas, ditambah dengan snowing yang lebat...kembara Tian Xia betul!!!)

Bertindak kepada UAI

‘Pasukan yang berkesan laburkan masa dan tenaga kepada beberapa aktiviti yang paling impak untuk mencapai OPP’.

Ciri UAI ialah boleh menjangkakan hasilnya (capai target) dan itu perlulah mampu dilakukan (atau dipengaruhi jika terdapat sesuatu halangan). Dan sudah tentu orang yang bijak menggunakan hukum 80/20.....(apa tu?).

Maksudnya 80% hasil dari hanya 20% usaha...Ha, ini yang dikatakan bijak, taklah penat kita nak capai satu hasil.. bukan sebaliknya (80% usaha, 20% hasil) sudah...

Isi Papan Skor

Rasanya ramai dah tahu macam mana nak buat papan skor ni..Namun, hendak disentuh jugalah ciri-ciri yang membantu papan skor itu ‘boleh’ diisi....taklah dibiarkan bersih tak terusik...

-bermotivasi, ringkas, mudah dikemaskini, lengkap (ditulis target,UAI), mudah dicapai

Saling Tanggungjawab

‘Pasukan berkesan mencipta rentak/irama saling bertanggungjawab dan kebersamaan ahli kearah mencapai OPP’.

Mencipta irama di sini bukannya bermaksud kena cipta lagu ke, tarian, etc...cukup sekadar membuat mesyuarat berkala. Masa inilah boleh membuat rancangan atau membincangkan hasil yang diperoleh...Tak kisahlah, santai ke, skema macam army ke, ikut suka...janji semua gumbira..

-To be continue Air=IQ-


http://www.facebook.com/notes/ana-ili/perkongsian-daripada-puisi-2010-kembara-tian-xia-bab-1-pq/184387864914504

Tazkiyatun Nafs 2 -Racun Hati- PUISI 2010