Perkongsian Kembara Tian Xia 2 : Air=IQ
by Ana Ili on Monday, January 3, 2011 at 9:23am
Air = Intelectual Quotient (IQ)
Pernah buat ujian IQ?Ha...jangan pulak ingat jika dapat score rendah bermakna anda tiada akal. IQ bermakna kebijaksanaan dan peranan minda dalam menyelesaikan masalah dan membentuk matlamat/wawasan.
Kepada peserta PUISI 2010, ingat lagi tak peserta Siti Khadijah berjaya menegakkan kesemua 12 paku di atas satu paku? Hampir kesemua peserta tampil ke hadapan untuk melihat hasilnya. Adam pun sampai confessed yang ‘peristiwa’ ini sebagai sesuatu yang membuatkan dia terkejut!
Jadi konsep penyatuan 4 elemen mengaitkan unsur air dengan pembentukan matlamat/wawasan untuk individu (Finding Your Own Voice) dan mencari arah(Helping Others Find Theirs).
Apa Kaitan Air dengan IQ?
Minda yang digunakan untuk menyelesaikan masalah, dalam erti kata lain , berfikir bukan? Pemikiran kita senang dibentuk oleh persekitaran. Jadi, ia dikaitkan dengan air yang benar-benar mengikut bentuk bekasnya. Tak pernah pun kita lihat air yang terbentuk segi empat dalam bekas bulat ... Tetapi air juga boleh berubah warna andai ada bahan luar yang dicampur ke dalamnya. Contohnya andai warna merah dicampurkan, terhasillah larutan berwarna merah...cuma jangan terus disangka semua air merah itu sirap...tak pasal2 sakit perut nanti andai diminum!
Jadi boleh dikatakan pemikiran mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Nak contoh?Hmm...ok, cuba bayangkan anda keluar ke town satu hari, jika keadaan biasa sahaja, tiada orang memandang pelik pada anda, anda pun rasa biasa sahaja. Tetapi cuba pada hari itu anda keluar, dan semua orang memandang pelik pada anda, mesti anda tertanya-tanya, memikirkan kenapa, lantas memeriksa baju atau yang lain-lain.
Contoh semasa LDK pula; kami para pahlawan (ceh...) diberi tugas membina ‘Tembok Cina’ dengan 2 peruntukan masa yang berbeza. Terbukti dalam tempoh masa yang lebih singkat, kita lebih tertekan dan berfikir lebih cepat untuk menyelesaikan masalah berkenaan, namun hasilnya lebih baik! Subhanallah, kuasa Allah.
Jadi, jagalah pemikiran anda agar tidak dicemari oleh perkara yang negatif (yakni unsur-unsur luar yang boleh mempengaruhi fikiran).
What you see is what you get
Di sini, pemikiran menentukan 3 turutan kemudiannya , iaitu tidakan, peluang,dan seterusnya hasil, yang kemudian kembali mempengaruhi pemikiran. Cuba gambarkan carta aliran bulatan(nak buat carta aliran bulatan tak boleh/reti pulak di sini).
Ustaz Zamri memberi contoh, kita fikirkan yang kita hendak rehat di tepi pantai, jadi tindakan kita bila sudah tiba di pantai ialah mencari tempat yang redup dan selesa untuk berehat, sudah tentu peluang cerah untuk kita berehat setelah kita berusaha mencari tempat yang sesuai, dan hasilnya kita dapatlah berehat. Contoh lain, jika seorang memikirkan hendak ‘mencuci mata’ ....pandai-pandailah selesaikan yang tiga seterusnya ya?(astagfirullah...)
Senang cerita, bayangkan hasil yang akan diperoleh sebelum memikirkan sesuatu tindakan., bak kata Ustaz Hasrizal (maaf kalau silap)” Begin with the end in mind”.
Proses Belajar
Ambil contoh cabaran untuk menegakkan kesemua 12 paku di atas satu paku (seperti di atas), orang yang pandai sudah dapat berfikir bahawa dengan menggabungkan kesemua 12 paku, pasti ada 1 cara yang boleh menegakkan kesemua paku, orang yang bijak memahami bahawa dengan teknik keseimbangan, kesemua paku itu tidak mustahil boleh ditegakkan atas 1 paku, namun hanya orang yang kreatif mampu memikirkan penyelesaian yang tepat...(maka hanya Siti Khadijah sahaja yang kreatif di kalangan peserta PUISI 2010?...tidak berani nak cakap....)
Point di sini ialah untuk mencapai wawasan kita melalui IQ, proses belajar dan menuntut ilmu diperlukan walaupun ianya perlu memakan masa yang panjang, memerlukan komitmen yang tinggi dan sebagainya.Melalui proses belajar, peningkatan daripada tidak pandai kepada pandai, bijak (iaitu lebih memahami sesuatu masalah), seterusnya kreatif berlaku.
Bagaimana membantu yang lain mencari arah?
Dengan IQ dan kreativiti yang ada, sebagai contoh, seorang naqibah mampu membentuk matlamat/wawasan dan membantu mencari arah ahli kumpulan usrah. Mencari arah di sini biarlah ‘tally’ dengan semua anak-anak buah,jangan pula naqibah jadi kuasa veto sudah ya? Jadi, sewaktu berusrah, apabila membincangkan sesuatu pendapat, wujudkan ‘3rd party’ opinion yang menggabungkan pendapat naqibah dan anak-anak buahnya. Selalunya 3rd party opinion inilah yang terbaik..InsyaAllah. Jika ditanya, ‘mencari arah’ ini luas maknanya, sebagai contoh bagaimana hendak mendapat solat yang sempurna. Namun sumber utama, al-Quran dan hadis tetap adalah tempat kembalinya segala rujukan.
Wallahualam
-To be continue, Api = EQ -
http://www.facebook.com/notes/ana-ili/perkongsian-kembara-tian-xia-2-airiq/184478794905411
No comments:
Post a Comment