MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....


Friday, August 12, 2011

Banyakkan berdoa di bulan Ramadhan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

kini kita telah melalui fasa ke-2 Ramadhan .. Masa yang berlalu begitu cepat hingga kita tidak sedar yang Ramadhan pada tahun ini akan berakhir. Oleh itu, janganlah kita menjadi golongan yang rugi dimana bila berakhirnya Ramadhan, namun tidak mendapat apa2 melainkan lapar dan dahaga. sekurang2nya, banyakkan berdoa memohon keampunan dan rahmat daripada Allah kerana Allah tidak pernah mensia-siakan doa hambanya yang ikhlas. moga kita berpeluang merebut ganjaran di malam Al-Qadr. hargailah Ramadhan kali ini kerana Ramadhan tahun depan mungkin bukan milik kita. wallahua'lam

Sedikit perkongsian drp http://www.iluvislam.com/design/e-kad/3372-design-doa-dalam-ramadhan.html

"Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah: doa ibu bapa terhadap anak; doa orang yang berpuasa; dan doa orang bermusafir." (Riwayat al-Baihaqi)

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita berdoa pada Allah s.w.t. Berdoa bukan terhad pada bulan Ramadhan semata-mata. Kerana Bulan Ramadhan akan di makbulkan doa oleh Allah, Insha-Allah.

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...
#
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

Bulan Ramadhan adalah bulan lebih baik daripada seribu bulan. Adakah kita tak pernah terfikir sebelum ini. Kerana bulan Ramadhan ada malam yang sangat istimewa kepada umat Islam khususnya iaitu Lailatul Qadar. Malam penuh berkat itu segera kita kejari sebelum ia pergi meninggalkan kita.

Oleh itu, mari kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah. Jika di bulan-bulan yang lain kita kurang berdoa, bermula Ramadhan kali ini kita memperbanyakkan berdoa. Semoga Allah memperkenaan hajat kita.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 186)