MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....

Thursday, August 27, 2009

Minum air waktu sahur





*Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan

Oleh Dr. Osman Nasir

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada orang-orang yang berpuasa.


Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng maksudnya: "Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur."


Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Yang membezakan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur."

Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.

Apa Fungsi Air kepada kita?

Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w. Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku perubatan.Air dan Fungsinya.Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut dan juga sebagai 'pengakutan nutrien' tak organik. Air diperlukan dalam pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.Minum Air waktu Sahur.Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting untuk pengawal aturan suhu tubuh.
Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuh kebahagian lain; di mana perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh. Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang. Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim. Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas. Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain.


Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna. Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.Air Liur. Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies -kebusukan dan luluhan bahan pada gigi). Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa.
Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air liur meningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi. Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang.
Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik untuk kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui kulit, paru-paru dan najis. Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikan apa yang telah dikumuhkan.Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan basah dirujukkan sebagai air metabolik.Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.
Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar. Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lain sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan.Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari dan minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di kedai.) Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam tubuh dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan toksid.
Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka. Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration)- kekeringan tubuh.Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan lain-lain penyakit.Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahan makanan manis sedikit. Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa lain.Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat.*
~~<@HidUpKaNlAh SuNaH nAbI MuhAmmAd S.A.W

Sunday, August 23, 2009

Vaksin H1N1 Disyaki Boleh Mengakibatkan Kematian

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Selawat buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad S.A.W...
Salam Ramadhan buat semua sahabat2..
Kali ini ana berminat untuk share ttg konspirasi jahat Yahudi laknatullah ...mengenai H1N1 yg berkemungkinan besar disebarkan dengan sengaja untuk keuntungan mereka..
Mereka tidak pernah membayangkan bahawa mungkin mereka sendiri akan merana akibat virus maut ini...inilah golongan yang cuba mencabar kuasa Allah..akibatnya banyak bencana alam yang amat pelik berlaku akhir2 ini di vietnam dsb...

Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).

Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah
Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.

Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatannya dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.

Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.

Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan
konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.
“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”
Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.
Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.

Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1

Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;
“Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”
Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;
“New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”
Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;
“For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine.”
Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;
“During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”
(Kiri) Prof. Elizabeth Miller (Tengah) Dr. Rustam Al-Shahi Salman (Kanan) Dr. Richard Halvorsen
Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.

Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.

Pengakuan Penghidap GBS


Hillary Wilkinson, 57 tahun mendedahkan beliau adalah salah seorang penghidap GBS. Menurutnya, selepas dia mengambil vaksin H1N1 pada 2006, beliau mengalami kesukaran bernafas, sakit-sakit sendi dan sukar bercakap. Keadaannya hanya kembali agak sihat setelah 3 tahun selepas itu dan dia bernasib baik tidak mati.

Keuntungan Segera Mula Kelihatan

Pada 20 Julai 2009, akhbar online
Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.

Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.

Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefeller) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.

Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.

Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK

Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.

Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.

Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.

(Gambar) Dr. Paul A.Offit, Ketua Jabatan Jangkitan Penyakit di Hospital Kanak-Kanak, Philadelphia.

Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines - A Cautionary Tale di dalam
The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.

Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.

Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.

Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.

Wallhu’alam …

Sumber :
Ibnuyaacob.com

http://ibnuyaacob.com/

Friday, August 21, 2009

>:::HikMaH pUaSA & SaHuR ::>>





Hadis Puasa
- Abu Hurairah (ra) telah meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi Jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: 'Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar(di dunia) dan akan mendatangimu.' Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini) akan diampunkan. " Maka sahabat-sahabat Rasulullah (saw) pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah (saw): "Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah dia menyempurnakan tugasnya. "

BERSAHUR

Ibnu Umar(ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang makan sahur. "

Betapa besarnya kurnia Allah ke atas kita sehinggakan makanan yang diambil ketika bersahur untuk berpuasa pun diganjari dengan banyaknya. Terdapat banyak hadis yang menyatakan kelebihan bersahur dan ganjaran-ganjarannya juga dinyatakan.

Pengulas Sahih Bukhari, Allamah Aini telah menukilkan kelebihan bersahur daripada tujuh belas orang sahabat yang berlainan dan kesemua ulama bersetuju bahawa bersahur adalah mustahab (disukai). Kebanyakan orang sering terlepas daripada ganjaran besar ini semata-mata kerana kemalasan mereka. Setengahnya sudah tarawikh, mereka lantas makan (yang disangka mereka itulah makanan sahur) lalu pergi tidur. Betapa besarnya berkat yang telah mereka kerugian! Sahur sebenarnya bermaksud mengambil makanan sebelum hampir waktu subuh menjelang. Setengah ulama mengatakan bahawa waktu sahur bermula selepas sebahagian daripada malam berlalu (mirqat).

Pengarang Kasy-Syaff (Zamakhsyari) telah membahagikan malam kepada enam bahagian, dan menunjukkan bahagian yang terakhir adalah waktu sahur, jadinya apabila malam (iaitu setelah matahari terbenam sehingga subuh) mengambil masa sebelas atau dua belas jam, maka dua jam yang terakhir adalah waktu yang tepat untuk bersahur. Maka hendaklah diingat juga bahawa mengambil makanan pada waktu yang paling lewat terlebih besar ganjarannya daripada makan pada waktu awal dengan syarat tidak ada keraguan bahawa makanan sahur telah diambil sebelum subuh.
Banyak sekali hadis-hadis yang memberitahu tentang kelebihan bersahur.
Rasulullah (saw) bersabda: "Perbezaan di antara puasa yang kita lakukan dengan yang dilakukan oleh Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak melakukannya." Baginda bersabda lagi: "Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat berkat yang besar, dan lagi, terdapat keberkatan di dalam tiga perkara iaitu dalam jamaah, di dalam makanan 'tharid' dan bersahur. "

Di dalam hadis ini, penggunaan perkataan jamaah adalah bersifat umum, yang mana dapat disimpulkan bahawa ia termasuk solat berjamaah dan lain-lain amalan kebaikan yang dilakukan secara berjamaah kerana pertolongan Allah datang kepada mereka. Tharid adalah sejenis makanan yang enak yang diperbuat daripada roti bakar yang dimasak bersama daging. Perkara ketiga yang disebutkan di dalam hadis ini ialah sahur. Apabila Rasulullah (saw) mengundang mana-mana sahabatnya untuk makan sahur bersama-samanya, baginda selalu bersabda: "Marilah mengambil makanan yang berkat ini bersama-samaku."

Di dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa: "Bersahurlah dan perkuatkan puasamu. Dan tidurlah selepas pertengahan (khailullah) untuk membantumu bangun pada akhir malam (untuk beribadah). "

Abdullah bin Harith (ra) meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah berkata: "Suatu ketika aku menziarahi Rasulullah (saw) tatkala baginda sibuk bersahur. Kemudian, Rasulullah (saw) bersabda: 'Inilah perkara yang penuh dengan keberkatan.’

SIRI 3 : KELEBIHAN SAHUR & TAMAR

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa. Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.
Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:
 Menuruti sunnah;
 Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
 Menambah kekuatan untuk beribadat;
 Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
 Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
 Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.
Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran. Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut. Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. Selamat bersahur dan wassalam.
SIRI 2 : EMPAT TUNTUTAN
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183
Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.
Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;
1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.
Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa: "Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."
Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya. Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.
Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."
Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan. Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan.
Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan. Selamat beribadat dan wassalam.

Tuesday, August 18, 2009

..: IhyA' rAmAdHaN :...


Assalamualaikum, Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

" "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu sy TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja..

salam Ramadhan ...

Wednesday, August 12, 2009

...:: AyUh BeLaJaR iLmU pEraNg RASULULLAH::.. SebAgAi PeRsEdiAaN jIKa di sERaNg..


BEDAH BUKU :- Tips perjuangan Rasulullah yang diamalkan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayubi

Salam pertemuan buat sahabat-sahabat seperjuangan..

Di sini, ana kongsikan tips2 peperangan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan Sultan Salahuddin Al-Ayubi…

Tujuan ana postkan kajian ini adalah supaya menjadi panduan kita untuk menghadapi detik-detik cemas sekiranya negara kita turut menjadi seperti saudara-saudara di Plalestin kerana negara kita turut tersenarai sebagai negara yang akan di serang oleh golongan kufar..namun tidak diketahui bila..Nauzubillah..

Mudah-mudahan kita dapat menubuhkan sebuah Akademi Jundullah (khas untuk mempelajari cara berperang berdasarkan AL-Quran dan Sunnah)

p/s : ini adalah sebahagian sahaja..insyaAllah ana akan postkan lepas balik dr KL selama seminggu…salam jihad.

Di kaji daripada novel Islam, Salahudin Al-Ayubi keluaran PTS Production.

1. Tiupkan semangat jihad Rasulullah seperti dalam perang Badr dan Hunain : m/s 3
~ hanya takut kepada Allah yang berkuasa hidupkan dan matikan manusia..janji syurga pasti menanti : m/s 2

2. Wajibkan tentera Islam tingkatkan kemahiran perang :m/s 5
~pelengkapan senjata
~ gali parit dan kubu pertahanan
~ tingkatkan pasukan tentera memanah & penunggang kuda

3. Latih pasukan berkuda dan pilih dari yang terbaik :m/s 7
~latihan ketenteraan setiap hari

4. Perjanjian damai dengan musuh :m/s 23

5. Singkir pembesar yang tidak mahu bekerjasama dengan Islam dan berpotensi belot :m/s 41

6. Kahwin dengan keluarga pemerintah – luaskan empayar :m/s 62


7. Bina kapal perang dan tentera laut :m/s 64

8. Intipan terhadap musuh / sb

9. Jaga/ berhati-hati supaya tiada pembelotan dalam pentadbiran

10. Bina benteng-benteng kukuh – musuh tidak dapat ceroboh masuk :m/s 66

11. Rahsiakan tempat yang hendak diserang :m/s 67

12. Serang jalan yang tidak pernah dilalui : m/s 69/70

13. Serang kubu/ markas musuh : m/s 70

14. Masuk ke kawasan yang berbukit dan sukar dilalui :m/s 70

15. Bantuan malaikat dari Allah :m/s 71

16. Berbuat baik kepada tahanan untuk korek rahsia musuh :m/s 72
~beri tawaran untuk peluk Islam
~mereka bebas ke mana sahaja lepas bayar tebusan

17. Tawan kubu perlindungan tentera salib :m/s 74

18. Intipan sebelum tawan musuh : m/s 74

19. Kumpul bekalan senjata dan makanan :m/s 74

20. Pastikan bantuan dari luar tidak dapat memasuki benteng musuh yang telah di kepung: m/s 75

21. Kepung benteng musuh siang dan malam :m/s 75

22. Jaga perairan –halang kapal musuh masuk : m/s 75

23. Guna helah dalam peperangan :m/s 76
~mengaku bukan musuh dengan mengaku sebagai penduduk (musuh)
~berpakaian seperti penduduk kampung

24. Cara untuk anggar bilangan musuh dalam tembok :m/s 77
~1 unta untuk makan oleh 100 orang
~20 unta = 2000 orang

25. Minta penduduk musuh untuk tunjuk pintu rahsia untuk masuk ke dalam tembok : m/s 77
Kalu tak mahu kerjasama, ancam nak bunuh mereka perlahan-lahan, potong tulang dsb..satu persatu

26. Bagi benteng kayu..gali paritàbakar pintuàmusuh serah kalah..m/s 78

27. Berbuat baik kepada tahanan lepas korek rahsia : m/s 80
~ancam nak balas balik perbuatan musuh yang bunuh wanita Islam
~tapi tak buat pun sebab nak tunjuk kebaikan Islam. :m/s 81
~terhutang budiàtak musuh dengan Islam : m/s 83

28. Pura-pura tinggalkan kawasan tahanan pada waktu siang
~kepong dan serang balik pada waktu malam :m/s 85

29. Penaklukan Islam menggerunkan musuh :m/s 86

TIPS RASULULLAH :
~Tawan kawasan keliling dahulu (mekah ):m/s 86
~tawan satu demi satu kawasan sekitar
~tak bantu lagi tentera salib
~bekerjasama dengan tentera Islamàbilangan tentera Islam bertambah

30. Terima perdamaian & perjanjian dengan tentera kafir :m/s 88
Gencatan senjata selama 3 tahun :m/s 88
(boleh kumpulkan kekuatan tentera Islam :m/s 89)
~tolak hadiah penghargaan daripada musuh = rasuah)

31. Bebas tawanan à lembutkan hati pembesar àmasuk Islamàbocor rahsia kepada Islam untuk bantu Islam :m/s 98

32. Bina parit dan panah musuh dari dalam parit :m/s 101, 102

33. Serang hendap dari belakang batu àtempat tentera salib larikan diri dari parit :m/s 102

34. Jangan serang musuh yang lari dari medan perang : m/s 103
~mungkin patah balik & serang Islam sebab tentera Islam dah berpecah dan sukar disatukan.

35. Duduk di Mekah dan Madinah hingga tentera salib batal nak serang Mekah dan Madinah.:m/s 103

36. Masa jemaah haji diserang, pura-pura mati atas jemaah haji yang lain :m/s 106

37. Penyatuan melalui penaklukan, ada kesatuan dan kekuatan :m/s 107

38. Pergerakan pada waktu malam :m/s 111

~musuh tak tahu

39. Perkasakan tentera laut :m/s 111

40. Wujudkan macam Iskandariah, pengkalan tentera laut dan pusat latihan tentera :m/s 112

41. Bantuan ketenteraan, senjata dan makanan melalui laut :m/s 112

42. Pedamaian dengan tentera Islam (saudara) daripada Nasrani : m/s114

43. Tawan Yaman – tentera Yaman diserapkan kepada Tentera Islamàkuat dan banyak

~kapal tentera salib tidak dibenarkan singgah di Yaman :m/s 114

44. Lakukan serangan serentak àtiga penjuru (darat, laut, bantuan) m/s 116
Tentera laut terdesak à tolong tentera laut

45. Panahan berapi àkubu Beirut terbakar :m/s 116

46. Kuasai perairan sungai Eufrat : m/s 117

47. Kuasai kota Mosul & kota Sinjir sebelum tentera salib kuasai :m/s 117

48. Kepong benteng (kekuatan) :m/s 118
~alihkan aliran sungai melencong dari kota Sinjir
~serah kalah kalu tak dapat air

49. Kota Bisan & Wilayah Kark perlu dikuasai kerana markas tentera salib :m/s 136
~perjalanan ke Jurusalem lebih mudah
~pura-pura menyimpang jalan menuju ke wilayah Kork àmusuh tak sangka tak nak serang kota Bisanà setengah jalan patah balik ke Kota Bisan

50. Sirah Nabi dalam perang khaibar à menuju ke Ghaifan à setengah Jalan patah balik ke Khaibar = musuh tak sempat wat persediaan perang

51. Biar musuh pindah randah – letih : m/s 140

52. Susunan tentera: tentera panah di depan, berkuda & pejalan kaki. : m/s 140

~pemanah serang hendapàtentera kuda & pejalan kaki

53. Bersembunyi di sebalik pokok, bukit dan bukit besar :m/s 141

54. Kirim surat kepada Malikul Adil di Mesir supaya hantar tentera tambahan : m/s 141

55. Kedatangan tentera Islam menyemarakkan lagi semangat tentera Sultan Salahuddin :m/s 141

56. Bulan Ramadhan menjelang dan tentera Islam akan meninggalkan keluarga masing-masing

~pulang berehat dan kumpul kekuatan :m/s 143

57. Perlu berdamai bila musuh ajak untuk berdamai & memerangi mereka bila musuh mengancam : m/s 148

58. Mencontohi Rasulullah untuk dapat keredaan Allah :m/s 148
~tidak hukum mereka yang pernah memusuhinya sesudah tawan kota Mekah
~memaafkan mereka termasuk yang pernah cuba membunuhnya

59. Syarat perjanjian : m/s 148
1. Tentera salib tidak dibenarkan menyerang Mekah dan Madinah
2. tentera salib tidak di benarkan mengganggu jemaah haji yang mahu pergi ke tanah suci
3. tidak dibenarkan mengganggu pedagang yang berulang alik antara Mesir dan Syam
4. kesemua tawanan perang perlu dibebaskan
5. tidak dibenarkan menyerang wilayah jajahan Islam

60. risikan – dapat banyak maklumat musuh :m/s 151

61. solat hajat : berjemaah supaya doa kita dimakbulkan Allah :m/s 151

62. hantar surat kepada Birnis mengatakan dia telah langgar perjanjian damai :m/s 152
~tiada lagi perjanjian damai kerana tidak lagi mempercayainya

63. bagi orang yang tak penting hantar surat kepada musuh – takut ditahan :m/s 152
64. iringi dengan dua orang tentera jaga utusan :m/s 152

65. pemimpin musuh bertelagah sesama sendiri – negara akan hancur :m/s 160
~Jurusalem tunggu masa ditakluk tentera Islam

66. tolong Raja Raymond serang Raja Eropah :m/s 166
~melemahkan musuh kerana berpecah
~Baitul Maqdis hampir ditakluk

67. beringat akan kemungkinan yang akan berlaku :m/s 171
~tentera salib serang negeri bawah jajahan Islam
~rakyat perlu sedia hadapi
~kekurangan makanan

68. bersiap/ langkah cegah :m/s 171
~rakyat dibekalkan dengan makanan dan senjata à dapat pertahankan diri dan makan
Supaya tentera Islam tidak bimbang dengan keluarga yang ditinggalkan

69. dapat harta rampasan tentera salib yang banyak :m/s 171
~simpan dalam perbendaharaan
~guna untuk bekal senjata kepada tentera dan rakyat
~beli makanan dari Baghdad

70. bersatu dengan negara-negara Islam :m/s 172
cth: kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abassiyah sanggup bersama untuk tawan Baitul Maqdis
~Hantar tentera, senjata dan makanan

71. Bergabung sebelum serang :m/s 172

72. ‘Sir’kan perancangan perang atas sebab keselamatan :m/s 173

73. Arah pasukan beronda buat susulan untuk dapat maklumat perjalanan tentera yang di sekat :m/s 173

74. Yakin dengan pertolongan Allah :m/s 174

75. Tentera Islam iringi jemaah haji
~tentera salib takut nak ganggu :m/s 175

76. Berehat dahulu untuk hilang penat
~perjalanan jauh :m/s 176

77. Serang kota Shafuria serentak :m/s 178
1 pasukan diserang & kucar kacir --pasukan paling hampir beri bantuan

78. Bunuh panglima perang salib :m/s 178

79. Pasukan pemanah berada di depan supaya mudah lakukan serangan awal :m/s 178
-tentera berkuda -tentera pejalan kaki

80. Bertempur jauh dari kota – orang awam tak terlibat dalam pertempuran :m/s 179

81. Berkubu di tanah rata- gali parit - serang :m/s 179

82. Jangan serang musuh – biar tentera salib serang dulu :m/s 180
83. Kalu tentera salib tak serang àkepung je kawasan berbukit sebab tentera salib akan serah diri sebab kehabisan air :m/s 180

84. Pastikan tentera salib tidak dapat bekalan dari luar + semua jalan keluar disekat :m/s 180

85. Pimpin satu lagi pasukan tentera untuk tawan kota Shafuria :m/s 180

86. Sebab tentera salib tinggalkan tempat tu - satu pasukan gi kawal tentera salib :m/s180
87. Keluarkan semua penduduk dan kumpul barang-barang berharga - kota di bakar supaya tidak dapat digunakan tentera salib. :m/s 181

88. Tentera salib jadi lemah nak perang sebab tahu kota mereka di tawan dan dimusnahkan tentera Islam -lemah semangat sebab anak dan Isteri di tawan Islam :m/s 181

89. Bunuh ketua satu lawan satu -cakap dengan izin Allah: m/s 182

::..bErsAmBUng........

Tuesday, August 11, 2009

.: HaRAmmmmmmmmm:..


salam perjuangan buat sahabat sekalian...

Kali ini ana lebih berminat untuk berkongsi mengenai cara untuk mengenalpasti segala macam keluaran yang diperbuat daripada khinzir....

di sini ada website yang banyak menyelongkar segala khazanah rahsia yang telah disembunyikan daripada pengguna Islam...

Antara cara mengenalpasti barangan daripada khinzir :-


~ ada corak tiga bintik di lapisan dalam kasut (bagi yang nak ke luar negara, berhati-hati ketika ingin beli baju sejuk esp. baju dr China)


Kasut kulit Babi...
Edisi KL: Kasut kulit Babi

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia@hmetro.com.my

SUNGAI BULOH: Ramai pengguna Islam tidak menyedari kasut dan sandal yang dibeli dan disarung pada kaki mungkin diperbuat daripada kulit babi. Produk keluaran pengilang tempatan itu didakwa dijual bebas tanpa kawalan â€کkhusus’ di berpuluh-puluh premis termasuk pusat beli-belah terkenal di ibu negara.Pendedahan kes membabitkan kasut dan sandal daripada kulit babi itu sekali lagi menimbulkan isu gempar berikutan aduan diterima dari beberapa pengguna Islam yang mendakwa terbeli `barang haram’ itu, baru-baru ini.Susulan laporan itu, pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, membuat pemeriksaan mengejut di beberapa premis disyaki, semalam.Hasil pemeriksaan pada 11.30 pagi itu, Jakim dan KPDNHEP terkejut apabila menemui berpuluh pasang sandal dan kasut dipercayai dihasilkan daripada kulit babi, dijual bebas tanpa sebarang tanda amaran di sebuah premis di Sungai Buloh.Siasatan mendapati, kulit babi pada kasut terbabit boleh dikenal pasti berdasarkan struktur permukaan kulitnya yang mempunyai tiga titik kecil serata yang berhampiran antara satu sama lain.Serbuan tergempar yang diketuai Ketua Unit Aduan KPDNHEP, Basaruddin Mohiyudin dan Penolong Pengarah Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Kajian Makanan dan Barang Guna Islam Jakim, Mohd Amri Abdullah, mengesan lebih 24 jenis sandal `haram’ berlainan reka bentuk di atas rak jualan.Lebih mengelirukan pemilik premis tidak meletakkan sebarang peringatan atau tanda amaran pada rak kasut bagi mengelakkan pengguna Islam terbeli kasut atau sandal haram berkenaan.Mohd Amri berkata, semua kasut dan sandal disyaki dibuat meletakkan lapisan kulit babi pada bahagian dalam bertujuan memberi kelembutan pada kaki pemakai.“Setakat ini, kami tidak ada bukti saintifik menunjukkan kasut dan sandal terbabit diperbuat daripada kulit babi sehinggalah ia disahkan Jabatan Kimia.“Bagaimanapun, saya menasihati orang ramai supaya berwaspada kerana kulit babi ini boleh menyebabkan sembahyang dan ibadat si pemakai Islam tidak sah selain perlu disamak dengan air lumpur sekiranya tersentuh,â€‌ katanya.Menurutnya, siasatan awal mendapati, premis itu yang beribu pejabat di Gombak, mempunyai hampir 20 premis cawangan di Selangor, Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh.“Kebanyakan kasut itu dijual pada harga diskaun antara RM26 hingga RM49.90 sepasang. Kita turut menemui beratus-ratus kotak kasut terbabit yang disimpan dalam stor premis terbabit,â€‌ katanya.Sementara itu, seorang pekerja premis itu mendakwa sudah menjual beratus kasut dan sandal itu kepada pengguna Islam sejak promosi potongan harga diadakan pada bulan puasa lalu.“Saya sendiri tidak tahu kasut dan sandal itu diperbuat daripada kulit binatang haram itu, malah saya kerap kali memegangnya tanpa mengesyaki apa-apa,â€‌ katanya. Sementara itu, Basaruddin berkata, tindakan merampas kasut dan sandal itu turut dilakukan berikutan pengilang menggunakan jenama mewah tiruan jenis Polo pada produk terbabit.“Setakat ini kita sudah menghubungi pemilik premis terbabit dan menyoal siasat berhubung dakwaan kasut dan sandal terbabit diperbuat daripada kulit babi.“Namun, pemilik premis mendakwa kasut dan sandal terbabit diperbuat dari kulit lembu. Bagaimanapun kita akan menghantar contoh kasut itu ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan bukti penuh,â€‌ katanya.Menurutnya, pemilik premis seharusnya mengasingkan produk yang haram dibeli pengguna Islam selain meletakkan tanda peringatan pada rak kasut itu.“Sikap tidak acuh pemilik premis boleh mengundang kemarahan pengguna selain memberi banyak implikasi kepada sensitiviti agama,â€‌ katanya. Susulan serbuan pertama itu, pihak Jakim melakukan siasatan mengejut di sebuah premis menjual kasut di pusat beli-belah Mid Valley Mega Mall pada jam 2 petang.Hasil pemeriksaan itu, Jakim menemui 11 jenis kasut wanita berharga RM49.90 yang disyaki turut diperbuat daripada kulit babi.

Edisi Timur: Kecoh terbeli sandal kulit babi

Harian Metro, 24 Mei 2005

Oleh Sharifah Salwa Sayed Hassanam@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Ada pihak dikesan menyebarkan dakwaan seorang wanita ‘terbeli’ sandal dibuat daripada kulit babi di internet.
Dakwaan itu turut disertakan beberapa keping gambar menunjukkan sejenis sandal dibeli di sebuah pusat beli-belah di Pulau Pinang, baru-baru ini.Sandal jenama yang mudah diperoleh di Kuala Lumpur itu menggunakan kulit babi di bahagian bawah penyangkut sandal dan hanya dikesan jika dilihat secara dekat.Menurut dakwaan yang disebarkan melalui e-mel itu, wanita terbabit mempunyai pengetahuan mengenai kulit haiwan itu, tetapi hanya menyedari sandal dimiliki menggunakan kulit babi selepas membelinya.Malah, Harian Metro mendapati, sebelum wanita itu, ada pihak lain sudah menyebarkan e-mel berkaitan cara mengenal pasti kulit babi iaitu melalui bintik kecil dibentuk daripada kumpulan tiga titik membentuk segitiga.E-mel terbaru daripada wanita itu juga meminta orang ramai terutama wanita berhati-hati ketika membeli kasut atau sandal bagi mengelakkan terpakai kasut kulit babi.Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Maamor Osman, berkata satu cara mengenal kulit babi ialah titik berbentuk segitiga berkenaan.Bagaimanapun, katanya, disebabkan faktor kecanggihan teknologi, adalah sukar bagi seseorang mengenali kulit babi dan warna titik itu juga boleh berubah-ubah.Dr Maamor berkata, ada barangan kulit yang menggunakan kulit babi 100 peratus dan ada yang hanya 70 peratus.“Warna dan bahan yang digunakan juga boleh menyebabkan ciri-ciri bahan tulen berubah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan sandal seperti dakwaan itu dibuat daripada kulit babi kerana memang ada pihak yang ingin mencemarkan dan menipu pengguna Islam.Beliau berkata, dakwaan mengenai tindakan menggunakan kulit babi di bahagian bawah pengikat kaki sandal dipercayai bagi mengaburi mata pelanggan Islam dan mencemarkan mereka dengan kulit haiwan itu. Justeru, beliau meminta kerajaan lebih tegas berkaitan isu kepenggunaan yang menunjukkan semakin banyak pihak cuba mencemarkan imej pengguna Islam.“Satu langkah terbaik ialah mengadakan Akta Produk Halal bagi membolehkan wujudnya garis panduan kepada pengeluar barangan kulit. “Sebagai contoh, dengan mengeluarkan arahan melekatkan label barangan diperbuat daripada babi dengan jelas bagi mengelakkan pengguna Islam terbeli produk berasaskan haiwan itu,” katanya.

http://www.jphpk.gov.my/Malay/Mei05%2024c.htm

Semalam semasa di surau, terkejut saya bila jemaah surau menegur saya sambil memegang kasut saya...rupanya mereka beritahu kasut saya tu ada kalimah Allah... memang saya tak perasan pada mulanya. logo kasut John Bert ni gambar singa sedang berdiri...bila diperhatikan betul², terdapat kalimah Allah dan Muhammad dalam tulisan jawi pada logo tersebut... AstagfirullahHalAdzim...dah lama dah saya pakai kasut ni..mohon ampun dari Allah segala kesalahan dan kesilapan saya selama ini..Semoga sahabat semua yang bercadang nak beli kasut, pilih betul², jgn tersalah pilih...banyak kat pasaran sekarang nih kasut kulit babi, logo² utk menjatuhkan maruah Islam dan lain²... Semoga menjadi iktibar kepada kita semua... Sampai²kan kepada sahabat² yg lain.... Wassalam...
daripada hamba Allah

~ makanan bermula dgn kod E

E100,E110,E120, E140,E141, E153,E210, E213,E214, E216,E234, E252,E270, E280,E325, E326,E327, E334,E335, E336,E337, E422,E430, E431,E433, E434,E435, E436,E440, E470,E471, E472,E473, E474,E475, E476,E477, E478,E481, E482,E483, E491,E492, E493,E494, E495,E542, E570,E572, E631,E635, E904

~contoh : snek appollo, twisties, chezeel, air kotak , dsb

nak tengok gambar ?


website ini telah di'link'an dengan blog ana untuk memudahkan kita mendapatkan info sensasi tentang makanan yang haram dan syubhah...

moga-moga disebarkan bagi menyelamatkan sahabat-sahabat dan keluarga daripada menjadi mangsa golongan yang tidak bertanggungjawab..

syukran khasira...

Monday, August 10, 2009

..: KurMa yAhUDi JEnAmA JOrDAn RiVeR:..


Salam Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... ....

.berhati- hati.....
....be careful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..
dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.
Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin.

Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...

dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.

Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..

kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.
Perangi Yahudi walau apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi..

Saturday, August 8, 2009

..: SeBiJI EpAl MeRAh :..


kisah ini mengenai sebiji epal yang berada di bahagian pokok yang paling atas sekali..epal itu mempunyai ciri2 yang begitu sempurna seperti mana yang dimpikan oleh epal2 yang lain..warna yang merah bersinar ditambah pula kilauan kulitnya yang begitu licin, pasti menambat hati sesiapa untuk merasanya.. namun disebabkan kedudukannya yang begitu tinggi tiada siapa yang berani untuk mengapai dan menjadikan epal itu sebagai hak miliknya.. sebaliknya epal yang berada dibahagian bawah sering kali dipetik oleh org yang lalu lalang dipokok itu.. hal ini menyebabkan epal dibahagian atas tadi berasa tadi berasa risau dan iri hati terhadap kawan2nya di bawah yang selalu menjadi pilihan org.. lantas epal itu berfikir."apakah warnaku tidak cukup merah untuk mereka lihat kecantikanku? apakah kilauan kulitku yang licin tidak langsung tidak mengaburi mata manusia yang lalu-lalang? apakah kedudukan ku yang yang begitu tinggi tidak ingin mereka gapai? jika dibandingkan dengan kawan ku dibawah sana, aku jauh lebih mulia dan tinggi martabatku berbanding mereka " disebabkan kedudukannya yang begitu tinggi, epal itu mula risau tidak dipetik org.. lalu epal itu memikirkan cara supaya dia menjadi pilihan org.. lantas dia mengambil keputusan untuk menggugurkan dirinya ke tanah supaya org mudah memperolehnya dan dia pasti manusia tertawan dengan kecantikannya.. seharian epal menuggu dengan sabar agar ada pemuda yang megutipnya ..hari demi hari kian berlalu, namun tiada siapa datang mengutip epal itu..malang yang menimpa epal itu ibarat jatuh ditimpa tangga.. sudahlah tiada siapa yang mengutipnya, malangnya ditambah lagi dengan kehadiran ulat-ulat yang hidup dibadan epalitu.. badannya dimamah gelojoh oleh ulat-ulat itu..setelah puas merasa kenikmatan epal itu, ulat2 tersebut berasa bosan dan meninggalkan epal itu keseorangan dalam keadaan yang daif.. badannya yang merah bersinar dan licin kini berlubang-lubang dan berbau busuk...harapan terakhir epal itu kini adalah untuk melepaskan biji benihnya di tempat yamg selamat sebelum dia mengakhiri baki-baki hidupnya sebagai sebiji epal.. namun apakan daya, harapan terakhirnya hancur berkecai apabila seorang pemuda meyebak saki-baki badannya ke dalam longkang..air longkang yang telah tercemar menyebabkan anak benih tidak dapat bercambah dan mati begitu saja.. epal itu hanya memerhati anak benihnya sambil menuggu malaikatul maut mencabut nyawanya... saat itu dia terkenang kepada kehidupannya yang dahulu tinggi, mulia, cantik, bersinar, dandia ada semuanya ketika itu... namun disebabkan satu pilihan yang tidak tepat untuk hidupnya,kini siksanya hanya tuhan sahajalah yang tahu...

Friday, August 7, 2009

..: PrIcE Of ImAn :..


Several years ago an Imaam moved to London. He often took the bus from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much change. As he considered what to do, he thought to himself, you better give the twenty pence back. It would be wrong to keep it. Then he thought, oh forget it, it's only twenty pence. Who would worry about this little amount? Anyway, the bus company already gets too much fare; they will never miss it. Accept it as a gift from Almighty Allah and keep quite. When his stop came, the Imaam paused momentarily at the door, then he handed the twenty pence back to the driver and said " Here, you gave me too much change." The driver with a smile replied " Aren't you the new Imaam in this area? I have been thinking lately about going to worship at your mosque. I just wanted to see what you would do if I gave you too much change." When the Imaam stepped off the bus, his knees became weak and soft. He had to grab the nearest light pole and held for support, and looked up to the heavens and cried "Oh Allah, I almost sold Islam for twenty pence!" Remember, we may never see the impact our actions have on people. Sometimes we are the only knowledge of Quran someone will read, or the only Islam a non-Muslim will see. What we need to provide, Insha Allah is an example for others to see. Be careful and be honest everyday, because you never know who is watching your actions and judging you as a Muslim.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * *
Just remember- Allah is watching you.

If we could get arrested for being a Muslim ,would the police have enough evidence to bring us in?

Why is it so hard to tell the truth but yet so easy to tell a lie?

Why are we so sleepy in mosque but right when the prayer is over, we suddenly wake up?

Why is it so hard to talk about Allah but yet so easy to talk about nasty stuff?
Why is it so boring to look at a Islamic Article but yet so easy to look at a nasty one?

Why is it so easy to delete a Godly e-mail but yet we forward all of the nasty ones?

Why are the mosque's getting smaller, but yet the dance clubs are getting larger?

Do you give up??

Think about it ....
Are you going to forward this, or delete it?
Just remember- Allah is watching you.



Prayer Wheel, Let's see the devil stop this one! Here's what the wheel is all about. When you receive this, say a prayer for the person that sent it to you....
There are no costs, but wonderful rewards....


Let's continue praying for one another.As we look at this article we realise how true the Messenger(P.B.U.H ) was. These signs were prophesized 1400 years ago!!!?


Take a look.... Now this is scary!!!! ?
* Camels will no longer be used as a means of transport;
* People will ride on saddles that aren't saddles (cars?)
* The distance on earth will become short;
* Horses will not be used in wars;
* Muslims will defeat the Byzantines which will end with the conquest of Constantinople (Istanbul);
* The Jews will gather again to live in Bilad Canaan (Palestine);
* Very tall buildings will be built;
* The disappearance of knowledge and the appearance of ignorance, with much killing;
* Adultery will become widespread, and the drinking of wine will become common;
* The number of men will decrease and the number of women will increase until there are 50 women to be looked after by one man.
* Islam will become worn out like clothes are, until no one will know what fasting, prayer, charity and rituals are;
* Allah will send a disease to fornicators that will have no cure (Aids?);
* People will begin to believe in the stars and reject AL QADAR (THE DIVINE DECREE OF DESTINY);
* Men will pass by people's graves and say: "Would that I were in his place"; (large amount of suicidal deaths?)
* The Euphrates will uncover a mountain of gold for which people will fight over (the river of Alfurat that lies near Syria );
* Two large groups of people will fight one another, and there will be many casualties; they will both be following the same religion (World War II?); ?
* Approximately 30 DAJJALS will appear, each one claiming to be the? messenger of ALLAH;
* Earthquakes will increase;
* Time will pass quickly;
* Afflictions will appear;
* Killing will increase;
* Wealth will increase;
* Women will be wearing clothes but not wearing clothes; ?
* THE PROPHET (saw) SAID: "IF MY UMMAH BEARS 15 TRAITS (QUALITIES),TRIBULATION WILL FOLLOW IT" (DAY OF JUDGEMENT) SOMEONE ASKED,
"WHAT ARE THEY O MESSENGER OF ALLAH?".
HE (saw) SAID:

* When any gain is shared out only among the rich, with no benefit to the poor;
* When a trust becomes a means of making profit;
* When paying ZAKKAT becomes a burden;
* When voices are raised in the mosque;
* When the leader of a people is the worst of them;
When people treat a man with respect because of what he may do;
* When much wine is drunk; red wind or the earth swallow them, or to be transformed into animals."


* 'IMRAN IBN HUSAYN SAID: "THE PROPHET (AS) SAID, 'SOME PEOPLE OF THIS UMMAH WILL BE SWALLOWED BY THE EARTH, TRANSFORMED INTO ANIMALS, AND SOME WILL BE BOMBARDED WITH STONES'. ONE OF THE MUSLIMS ASKED, WHEN WILL THAT BE O MESSENGER OF ALLAH?' HE SAID, 'WHEN SINGERS AND MUSICAL INSTRUMENTS WILL BECOME POPULAR AND MUCH WINE IS DRUNK.'"
THE GREATER SIGNS OF THE HOUR: The Quran will disappear in one night, even from the people's hearts, and no Ayyah will be left on earth. (Some groups of old people will be left who will say: "We heard our fathers' saying "LAILLAHA ILLA ALLAH" so we repeat it; ?

* The appearance of the MAHDI;
* The appearance of the DAJJAL (Anti Christ);
* The appearance of Ya'juj and Ma'juj(biblical Gog and Magog);
* Isa (Jesus) will come during the time of Dajjal;
* The rising of the sun from the west;
* The destruction of the Ka'ba and the recovery of its treasures;
* The smoke.

Now you have two options here:
1 - leave this message to sit here.
2 - Forward this message to a number of people you know and by the grace of Allah, you will be blessed for each person you forward this e-mail to. ?

PLEASE FORWARD FORWARD THIS.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * *

Thursday, August 6, 2009

..: DaRaH mEraH AqSa:..







BERITA jam lapan sedang ke udara. Pandangannya ditumpukan ke skrin kaca. Perhatian diberikan segenapnya. Menyorot inti utama berita. Berita yang berlegar-legar dalam skop yang itu juga. Topik yang sentiasa menjadi pertikaian. Tidak pernah berkesudahan.

Dia mengerutkan dahinya. Sesekali mendengus. Muak dengan perkembangan yang disampaikan. Liputan sidang damai yang sedang berlangsung di Tel Aviv di antara Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Pertemuan diplomasi yang sudah termakruf akan natijahnya. Ucapan kedua-duanya juga diselang-selikan dengan sedutan beberapa siri sidang damai yang telah lalu, yang tidak pernah mendatangkan manfaat bagi Islam.

Melambat-lambatkan kebangkitan!




Remote-control ditekan. Televisyen padam serta merta. Tubuh yang letih disandarkan ke sofa lembut. Matanya melilau mengitari ruang tamu. Di depan ada almari. Di atasnya ada televisyen, piala, medal, bunga, dan susunan buku. Sebuah

radio tua mengisi di sudut kanan. Di dinding, ada foto berbingkai. Gambar Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. Ziyad merenung kubah kuning keemasan yang seakan-akan maya. Lama. Tidak semena-mena rindunya terhadap Quds tanah airnya semacam melimpah.

“Jangan engkau kuatkan azam untuk mendatangi melainkan yang tiga ini: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa, dan Masjidku ini.”

Suara uzur bapanya menuturkan hadis itu memancing tumpuannya. Buku yang sedang dibaca segera dikatup. Ziyad menghadapi bapanya. Memandang wajah tua yang putih bersih.

“Bapa teringatkan Quds?” sapanya. Dia melihat mata lelaki itu berkaca.Syeikh Mahfodz tersenyum.

“Aku sedih. Umat Islam sekarang tak dapat melakukan apa yang disabda oleh Rasulullah SAW,” luahnya, bernada kesal.

Matanya yang agak terperosok ke dalam meneliti mashaf al-Quran yang lusuh. Menghayati maknanya barangkali. Bapanya seorang ulama. Seorang tokoh mujahid yang kehilangan tanah air dan telah dilupakan.

Ziyad terus memandang bapanya yang lumpuh. Menanti-nanti kalimat yang bakal terluah. Dia tahu; bila bapanya berkeadaan begitu, ada sesuatu yang ingin diberitahu. Mungkin tentang mimpinya yang semakin gharib kebelakangan ini. Bapanya pernah bermimipi Perang Teluk akan terjadi. Dan mimpi bapanya terbukti benar.

Syeikh Mahfodz mulai membaca ayat-ayat suci al-Quran. Matanya

terpejam. Dia hafiz. Ziyad hanya mendengar. Surah al-Isra’, ayat satu hingga lapan. Dibaca secara tartil. Sayu.

“Quds adalah kiblat asal kita sebelum diubah ke Kaabah.” Dia menutup mashaf. “Masjidil Aqsa sudah sebati dengan jiwa aku. Aku membesar di situ. Belajar di situ. Madrasah tarbiah yang telah membentuk sakhsiahku.”

Ziyad mengangguk. Dia tahu asal-usul meraka. Sejarah bapanya menentang penjajahan Yahudi. Bapanya berasal dari Rafat di Tebing Barat. Tetapi dibesarkan di pinggir Masjidil Aqsa. Sejak berhijrah ke Jordan, bapanya tidak pulang-pulang ke Palestin. Kesemua ahli keluarganya terbunuh dalam perang, kecuali dia dan adik lelakinya yang masih menetap di sana.

“Mengapa bapa? Ada yang tak kena?” Ziyad terus menyoal. Dia sedar bapanya mahu mengungkapkan sesuatu.

Syeikh Mahfodz menatap wajah anaknya dalam-dalam. Kemudian mengangkat tangannya. Ziyad merapati bapanya. Lantas memeluk lelaki itu.

“Aku mahu kau juga jadi seorang pejuang.”

Air mata bapanya membasahi bahu. Air mata seorang bekas pejuang yang tua dan lumpuh. Dia mengerti bapanya amat kesal kerana menjadi pelarian ke Jordan, sementara adiknya masih lagi berjihad. Keadaan waktu itu yang mendesak, yang memaksanya lari ke Jordan. Mereka tiada senjata untuk melawan. Sekadar membiarkan leher disembelih Yahudi tanpa sebarang ikhtiar, bukan caranya.Sebab itulah yang membawa bapanya ke sini. Biarpun telah beberapa dekad ia berlalu, namun semangat jihad itu masih seperti dulu.

Bayu padang pasir yang berhembus menggoyangkan langsir. Ziyad kembali dari imbauan lampau. Dia mengesat birai matanya yang sedikit basah. Terngiang-ngiang pesan bapanya di gegendang. Hajat bapanya yang mahu dia menjadi pejuang; menyambung sisa-sisa perjuangannya sewaktu muda dulu.

Dua minggu selepas peristiwa itu, bapanya meninggal setelah angin ahmarnya menyerang lagi. Itu empat tahun yang lalu. Sekarang dia mahasiswa tahun akhir Kuliyyah Siasah Universiti Yarmouk, Irbid. Pengajian politiknya akan berakhir musim panas ini. Tetapi, akhir-akhir ini dia sering terpanggil.Bayangan Masjidil Aqsa acapkali mengganggu tidurnya. Kerinduannya terhadap bumi berkat itu semakin membara. Mungkin perlu dia menziarahi Palestin buat kali pertama.

Thariq yang muncul dari dapur menghidupkan radio. Di tangan kanannya sepinggan humus dan falafil. Tangan kirinya menatang teko dan roti. Habibi Ya Nural Ain dendangan Amru Dhiyab sedang berkumandang. Keheningan segera terisi. Ziyad menceber. Irama arab cukup dibenci. Faudho.

“Sudah berapa kali aku kata, usah ingat dia lagi. Nawwal tak sesuai dengan kau. Dia Masihi.Pegangan kita jauh berbeza.” Thariq mengomel.

Ziyad menggeleng-geleng. Kesal dengan anggapan itu. Adiknya yang satu ini memang sering menuduhnya menggilai Nawwal – gadis Kristian yang menjadi rakan sekuliah.

“Apa kena kau ni? Aku dah lupakan dia,” tegasnya. Dia mencubit roti, lalu dicecah dengan humus sebelum disuap ke mulut. Thariq mencapai majalah Al-Mujtama’. Menatap sekali imbas ilustrasi muka depan. Kemudian menyelak helaian demi helaian.

“Aku nak ke Quds cuti musim bunga ini.”

Thariq masih leka membaca. Telinganya gagal menangkap jelas apa yang dituturkan. Ditambah suara Amru Dhiyab yang lantang.

“Aku akan ke Quds sebelum semester musim panas ini,” luah Ziyad sekali lagi.

“Kau gila?” Mata Thariq terbeliak. “Engkau tu tinggal satu semester lagi. Ingat sikit, sejak Netanyahu berkuasa, semangat anti-Arab semakin berleluasa. Semua pelawat dari Jordan disyaki pengintip.” Al-Mujtama’ dicampak ke tepi. Dia tidak

setuju dengan keinginan abangnya. Niat itu suci, tetapi agak gila.

Ziyad tersenyum polos.

“Adik, barangkali kau dah lupa pesan bapa. Lagipun, Pakcik Ma’mun ada di sana. Mereka juga keluarga kita kan.”

“Aku tau. Tapi kenapa kau terburu-buru? Kau ada satu semester saja lagi. Ibu tentu tak setuju. Nahas kalau terjadi apa-apa.” Thariq memandang tepat wajah abangnya. Meminta penjelasan.

Ziyad geleng. Hatinya sudah bulat untuk ke Baitul Maqdis awal Jun nanti. Sudah lama dia memikirkan keinginannya yang satu ini. Semangatnya untuk menyaksikan sendiri intifadhah muslimin Palestin meluap-luap. Kalau ibunya tidak setuju, tahulah dia bagaimana mahu memujuk. Jus limau yang masih berbaki diteguknya sekali.

“Untuk apa takut? Ajal maut di tangan Tuhan,” selanya seraya bingkas dan melangkah ke kamar.

Thariq terkasima. Memandang roti, humus,dan falafil yang terbiar. Dia bagai tidak percaya dengan apa yang didengar.

* * *

Makcik Sarah menghidangkan sepiring kinafah yang telah dipotong. Bibirnya dari tadi sentiasa mengukir senyum. Gembira dengan kedatangan anak saudaranya. Pakcik Ma’mun menghirup teh yang masih berasap. Aroma herbanya menusuk hidung. Sementara Ziyad mengeluarkan buah tangan yang dibawanya dari Jordan. Kiriman ibu.

“Jordan masih macam dulu, pakcik,” selanya. Hadiah bertukar tangan.

Makcik Sarah yang peramah tidak putus-putus mengucapkan terima kasih. Ziyad senyum. Hatinya terharu, selebihnya bersyukur. Dia sendiri tidak menyangka akan berada di rumah bapa saudaranya. Setelah berjam-jam bersoal jawab di kedutaan, bahkan disoal siasat hampir sehari suntuk di sempadan, dia akhirnya beroleh visa. Bebas untuk menginjaki tanah airnya. Tidak ramai rakyat Jordan yang beruntung dapat masuk ke Palestin.

“Lama betul pakcik tak ke sana, sejak kematian arwah bapa kau. Cuma, selalu juga ikut perkembangan di televisyen.”

“Sama saja, pakcik. Baik di Jordan, Lebanon, mahupun Palestin. Nasib kita orang Islam tak pernah berubah. Ditindas, ditekan di mana-mana.”

Siaran televisyen Israel 2 ketika itu sedang menyiarkan pertemuan Raja

Hussein Jordan dengan Bill Clinton di Rumah Putih. Ziyad mencemik. Meluat dengan lakonan Barat. Sandiwara mereka tidak pernah tamat. Macam-macam muslihat yang dibuat.

“Tengok tu. Sidang damai tak pernah putus. Tapi, semuanya membuang masa. Membuang duit.” Ada nada kesal dalam suara Ziyad. “Begitulah pemimpin kita … kalau sudah dicucuk hidung.”

Pakcik Ma’mun mengangguk. Segalanya sudah termaklum. Pemimpin Arab

tidak pernah mahu bersatu. Saling bertelagah. Terlalu mengikut telunjuk Barat. Sedangkan kezaliman Yahudi kian bermaharajalela. Rakyat jugalah yang menjadi mangsa. Seinci demi seinci bumi mereka dirampas.

“Pakcik dah tak mampu nak aktif macam dulu. Selalu sangat uzur. Tak daya lagi nak berintifadhah. Cuma tinggal Munzir saja harapan kami.”

“Emm … hampir terlupa saya. Ke mana dia?” Ingatannya cuba membayangkan sepupunya itu. Sudah empat tahun tidak bertemu. Kali terakhir ketika kematian bapanya. Mereka hampir sebaya. Pelajar Universiti Hebron itu barangkali sudah bekerja.

“Dia keluar sejak pagi.” Pandangan Pakcik Ma’mun tertancap pada jam di

dinding.

“Selalunya dia dah pulang waktu begini.”

Ziyad menjamah kinafah buatan Nablus yang terbiar sejak tadi. Cukup manis. Sekali-sekala matanya terpandang kelibat Sandora sepupunya yang berulang-alik ke dapur. Gadis itu cukup menjaga aurat dan pergaulannya. Gadis-gadis arab memang terpelihara. Tidak sewenang-wenang bercampur dengan lelaki ajnabi.

Seketika, loceng berbunyi. Seorang lelaki muncul di pintu. Munzir yang baru pulang masuk ke ruang tamu. Terkejut campur gembira melihat kehadiran sepupunya. Ziyad bingkas. Mereka segera bersalaman, berpelukan. Dan akhirnya sama-sama duduk di kusyen lusuh.

“Ke mana kau tadi?” tanya bapanya.

“Bayt Lehem. Ada pertemuan dengan pelajar. Dengar cerita, lusa ada rapat umum di Hebron. Netanyahu dan pimpinan tertinggi Likud akan melawat penempatan Yahudi di sana.”

Ziyad sekadar mendengar. Di hatinya terbetik rasa tidak sabar. Dia mahu menimba pengalaman sebanyak mungkin dari keluarga ini. Malah, dia mahu merasai sendiri derita Palestin yang sekadar didengar sekian lama.

“Kau terlibat?” Dia memandang Munzir. Lelaki yang melilit serban merah di leher itu memang bercirikan seorang mujahid. Dengan tarbus merah di kepala; mirip Hassan al-Banna. Tampak berani dan cekal.

Angguk. “20 ribu penduduk asal Muslim diusir. 400 pendatang haram Yahudi dari Amerika akan membuka penempatan baru di sana. Kami akan berdemonstrasi.”

* * *

Selesai solat zuhur di Masjidil Aqsa, mereka meneruskan perjalanan ke Hebron kira-kira 60 kilometer ke selatan Quds. Munzir di sebelahnya sentiasa berzikir. Dua lagi rakan Munzir yang berada di depan hanya menyepi. Ziyad banyak membuang pandangannya ke luar. Tembok Baitul Maqdis semakin ditinggalkan di belakang. Di kiri kanan jalan, poster Netanyahu begitu banyak tertampal di sana sini. Beberapa slogan Yahudi juga turut terpampang sekali.

‘Tidak bermakna Israel tanpa Quds, tidak bermakna Quds tanpa Haikal’.

Propaganda Yahudi itu menjengah ruang mata. Sempat dia membaca tulisan besar di tepi jalan yang ditulis dalam bahasa Arab. Tadi, semasa tiba di Masjidil Aqsa, dia ingin melihat sendiri pembinaan terowong Haikal Sulaiman yang digembar-gemburkan. Tetapi, Munzir melarang. Telah ramai yang tidak pulang katanya bila mendekati kawasan itu. Hati Ziyad berasa amat benci dengan Yahudi. Perangai mereka pun tidak pernah berubah sejak dahulu. Tamak. Suka menindas. Memang wajarlah mereka dilaknat di dalam al-Quran.

Mereka melewati Bayt Lehem sebelum terus ke selatan. Ziyad teringat cerita bapanya. Saudara-maranya begitu ramai tinggal di bandar tempat kelahiran Nabi Isa AS ini. Itu dulu. Tetapi sejurus terjadinya Perang Arab-Israel pada 1967, ramai yang maut. Ada juga yang menjadi pelarian ke Lebanon.

“Sebelum sampai di sana, perbetulkanlah niat kita. Sekiranya kita ditakdirkan mati, biarlah sebagai syahid.” Munzir yang tadinya ralit berzikir menuturkannya. Mulutnya masih terkumat-kamit. Di wajahnya tiada sebarang kegentaran. Tenang. Ziyad mulai menghitung-hitung dirinya. Mentajdid niatnya kembali. Tidak pernah dia bermimpi akan berada di sini. Merasai detik-detik perjuangan. Alangkah baiknya, jika Thariq turut ada bersama. Kendatipun dia bersyukur, adiknya sanggup menjaga ibu dan keluarga sepemergiannya.

Perjalanan tidak terasa terlalu lama. Masing-masing asyik dalam zikir. Sepuluh minit, dua puluh minit. Sebentar kemudian mereka tiba di sebuah bandar. Di sebuah papan tanda tertera perkataan ‘Al-Khalil’, atau Hebron dalam bahasa Ibrani. Ziyad memandang sepupunya.

“Rapat umum itu bermula pukul berapa?”

“Dua.” Munzir menjawab sepatah. Bibirnya sentiasa basah. Zikirnya semakin deras.

Ziyad mengelih jam. 1:45 petang. Kereta terus bergerak. Satu kilometer

kemudian kereta berhenti. Di luar, ratusan anak muda sudah menanti. Lengkap bersepanduk. Rata-ratanya menutup muka dengan kain serban; mengelak dicam pihak berkuasa. Laungan takbir berbaur suara manusia menjadikan suasana agak bingit.

Ziyad sekadar melihat. Suasana begini terlalu asing baginya. Dia menuruti sahaja langkah Munzir. Lelaki bertarbus itu begitu sibuk. Bergegas ke sana ke mari. Bagai seorang ketua, setiap katanya akan dipatuhi. Dia begitu dihormati. Munzir mencapai pembesar suara. Kemudiannya, berucap seketika. Sejurus itu, mereka mula berarak perlahan-lahan menuju ke pusat bandar. Gema takbir terus kedengaran. Mereka mahu berdemonstrasi secara aman. Tatkala itu, matahari bersinar terik. Langit bersih membiru. Tiada sedikit pun awan yang berarak. Angin gurun yang bertiup dari tenggara sesekali mencium pipi. Panas.

Ziyad terkejut apabila bahunya dicuit orang. Munzir yang tadi berada di barisan paling depan sudah berada di sebelahnya. Mereka kini berada di tengah-tengah perarakan. Beberapa orang kanak-kanak masih lagi sempat berkejaran di celah-celah ratusan manusia.

“Aku harap kau mendapat pengalaman yang paling berguna. Inilah perjuangan kami,” tutur Munzir. Suaranya masih dapat didengar sekalipun takbir kian kuat. Dia menyarung topeng kain ke muka. Tidak lagi bertarbus. Yang nampak, hanya dua biji matanya.

“Aku tak pernah bermimpi bersama-sama kalian.” Ziyad melilit serbannya ke paras hidung.

“Munzir, kau yang merancang semua ini?”

Lelaki itu mengangguk. Ziyad tidak terkejut. Dari tadi dia sudah menjangka, lelaki inilah yang memimpin golongan pelajar dan belia. Pengatur setiap ucapan, rusuhan, dan tunjuk perasaan selama ini. Dia berasa dirinya terlalu kecil. Mereka berdua hampir sebaya. Tetapi sepupunya nyata jauh lebih matang. Malah, sudah bergelar seorang pejuang!

“Jihad tidak semestinya dengan senjata. Yang penting, kerana Allah,” bisik Munzir di telinganya sambil menguntum senyum.

Mereka semakin hampir dengan pusat bandar. Ziyad cuba-cuba menyusup ke barisan hadapan. Tiba-tiba, terdengar bunyi tembakan. Perarakan terbantut. Orang ramai mulai kelam-kabut. Masing-masing cuba menyelamatkan diri. Ledakan rifel bersimpang siur. Beberapa kedai di sekitar itu dihujani peluru sesat. Nun di depan, berderet-deret trak askar sedang menuju ke arah mereka.

Munzir segera menarik tangannya. Mereka berundur ke belakang. Berlindung di balik tembok sebuah kedai. Bom gas pemedih mata yang ditembak dari jauh bersepah di jalan. Askar-askar rejim Zionis semakin dekat. Beberapa orang pelajar yang tidak sempat melarikan diri ada yang rebah. Masing-masing panik. Tidak menyangka perarakan akan disekat sebegini cepat. Biasanya askar-askar Israel akan bertindak bila rakyat memberontak.

Namun para pelajar yang tadinya bertempiaran cuba bertindak balas. Mereka melastik dan membaling batu. Beberapa pelajar yang rebah mula menjadi mangsa. Dipukul tanpa belas kasihan. Beberapa orang lagi yang gagal melarikan diri diheret masuk ke trak. Munzir sempat mengarahkan beberapa orang melempar bom asap. Setidak-tidaknya akan mengabui lawan; membolehkan mereka melepaskan diri. Tanpa dijangka, beberapa jip muncul dari arah belakang. Masing-masing sudah kehilangan arah. Suasana menjadi semakin kalut. Mereka terkepung!

Munzir menjerit mengarahkan mereka supaya menyelamatkan diri. Dia gusar semakin ramai yang akan ditahan pihak berkuasa. Buruk padahnya. Mereka terus bertempiaran. Menerobos lorong-lorong di sekitar itu. Letusan senjata api di mana-mana. Jeritan dan tempikan mula kedengaran. Ada pelajar yang telah kena tembak. Ramai juga yang cedera.

Tanpa menoleh ke belakang lagi, Ziyad mengikuti derap sepupunya. Mereka berlari sekuat hati. Nahas jika tertangkap. Ada jip askar yang mengikuti di belakang.

“Kita kena khianat. Celaka. Ada orang bocorkan rahsia!” Munzir menyumpah-nyumpah. Langsung tidak menyangka rancangannya memprotes pengusiran penduduk asal Arab dikesan lebih awal. Tentu ada yang jadi tali barut. Wajahnya membersut geram.

Mereka terus berlari. Ziyad mulai termengah-mengah. Lariannya tidak sederas tadi. Masing-masing kehilangan nafas. Tidak semena-mena, Munzir rebah. Mata Ziyad terbelalak melihat bahu sepupunya ditembusi peluru. Darah panas memancut-mancut keluar. Dia memangku Munzir.

“Lari!” Suruh Munzir, lirih. Tubuhnya semakin lemah.

Ziyad menggeleng. Tidak tergamak meninggalkan Munzir keseorangan nazak di situ. Dia cuba memapah sepupunya. Namun apabila dia bangkit, beberapa orang lelaki bersenjata api sudah berada di sekelilingnya.

* * *

Irbid macam biasa. Malam kelam. Bulan agak terlindung. Namun tiada tanda-tanda hujan akan turun. Musim panas baru hendak bermula. Thariq berdiri di jendela kamarnya. Pandangannya dibuang ke luar. Telinganya menangkap suara pembaca berita stesen radio di Amman. Setiausaha Negara Amerika Syarikat dilaporkan akan menemui Benjamin Netanyahu di Tel Aviv untuk membincangkan proses damai di Timur Tengah. Thariq tidak berminat untuk terus mendengar. Semua itu pembohongan semata. Sidang damai tidak pernah menguntungkan Islam. Israel dan Amerika Syarikat sama sahaja. Cuma mereka yang masih tidak sedar.

Thariq mematikan radio. Nafasnya ditarik panjang-panjang. Sejak tadi, dia tidak keruan. Surat yang baru diterima dari Sandora hampir renyuk di tangan. Berita yang cukup menyedihkan. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu ibunya. Atmanya sendiri hampir tidak terkawal. Sukar untuk menerima kenyataan.

Bayu dingin dari Mediterranean terus berpuput. Sejuk. Thariq merapatkan jendela. Detik itu, sebak mula menggempur di dada. Hatinya bagaikan merusuh dan meronta-ronta. Turut sama terasa derita Palestin yang kehilangan tanah airnya. Sedang dia pula baru kehilangan saudaranya. Nasib mereka barangkali memang telah ditakdirkan; serupa.

----------------------
Oleh Zaid Akhtar