MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....


Showing posts with label ..:: BeDaH bUKu :::.... Show all posts
Showing posts with label ..:: BeDaH bUKu :::.... Show all posts

Monday, January 11, 2010

SaTu DaRiPaDa sERiBu MaSuk Ke SyUrGa

Nota ke 64 : SATU DARIPADA SERIBU MASUK KE SYURGA



Setelah Nabi Isa selesai menghadapi segala persoalan daripada Allah SWT, tiba giliran Nabi Muhammad untuk dibicarakan di akhirat .

Allah menyeru dan bertanya kepada nabi Muhammad..


“ Hai Muhammad , sesungguhnya Jibril menjelaskan bahawa kitab Al-Quran yang telah disalinnya dari LuhMahfuz, telahpun diserahkan kepadamu. Benarkah engkau telah menerimanya?”

jawab Nabi Muhammad SAW:

“sesungguhnya benarlah segala pengakuan Jibril itu, bahawa kitab Al-Quran itu telah diserahkan kepadaku sepenuhnya. Sebagaimana yang telah diamanahkan kepada ku , maka kesemua kandungan Al-Quran telah aku sampaikan kepada umatku.”


Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW naik ke atas mimbar khas yang telah disediakan serta membaca Al-Quran, ayat demi ayat hingga ayat akhir. Sekalian umat baginda yang mendengar ayat itu merasakan seolah-olahmereka belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Hal ini kerana suara baginda sungguh indah, sedap di dengar dan beralun menurut rentak dan maksud. Suara baginda rendah menawan apabila membaca ayat yang mengandungi doa dan harapan. bertukar meninggi bagaikan amaran yang menggerunkan apabila membaca mengenai azab2 dan ancaman kepada mereka yang ingkar terhadap hukum Allah.


Suara dari astaka kebesaran tuhan .suara itu berbunyi :

“ Wamtazul yauma aiyyuhalmujrimun.” (surah yasin ayat 59) yang bermaksud : Dan (dikatakan kepada orang-orang kafir ) : “ berpisahlah kamu ( daripada orang2 mukmin ) pada hari ini (kiamat) ini, hai orang2 yang berbuat jahat.

Pemisahan ini dilakukan setelah kali bacaan kali kedua kitab2 samawioleh para rasul di hari masyar. Bacaan ini , dapat membezakan umat yg beriman dengan umat yg ingkar.


Seruan2 Allah

Seruan pertama :Datang perintah Allah supaya org mujrimun(kafir) berpisah dari orang beriman.’

Seruan ke-2 : “wahai Adam , hantarlah kiriman untuk ke neraka.” Nabi Adam bertanya kepada Allah.” Sebanyak mana Tuhan ?.Allah menegaskan : Bahawa drpd 1000 org, 999 org ke neraka , hanya 1 drp 1000 terpilih ke syurga.


Selepas proses pengasingan ini, hanya tinggal satu gengaman yang akan dimasukkan ke dalam syurga Allah . hanya Allah yang mengetahu sebesar mana gengaman Tuhan itu.


Ketika Abu Bakar As-Sidiq RA mendengar hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, Abu Bakar berdoa kepada Allah : “ Semoga kita termasuk dalam gengaman Tuhan itu: iaitu dalam kalangan orang2 mukmin yang bakal nikmati syurga Allah Taala “

Amiin ..


Sumber : Nota kepada diri by Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Monday, September 28, 2009

SALAHUDIN, PENAKLUK JERUSALEM



SALAHUDIN AYUBI
(1138-1193 M / 543H-598H)

“ Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia.”
Novel sejarah Islam

Oleh: Abdul Latip Talib

Adakah Kau Lupa
Album : Alami
Munsyid : Alarm Me
http://liriknasyid.com
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
Lagu & Lirik : Jef Hazimin Jaafar & Alarm Me
Programmer : Sharani
Vokal : Nordin
Publishing : Gurindam Cipta
Album : Alami


Zuhudnya Sultan Salahudin….

Pg 283
“ saya lebih senang tinggal di dalam khemah tentera daripada tinggal dalam istana yang cantik. Saudara membazirkan duit rakyat kerana mahu mengambil hati saya . demi Tuhan, saya tidak mahu menerima pemberian ini, “ tegasnya.

Dia juga mendalami pengajian agama semasa berada di Damsyik. Dia sering menghadirkan diri dalam majlis ilmu yang diajar oleh ulama’ terkenal. Sifat rendah diri, zuhud dan tawaduk yang dimiliki oleh Sultan Salahuin memudahkannya menghargai pandangan dan fikiran sahabatnya , Muluk dan rakyat jelata. Kebijaksanaannya mentadbir wilayah Islam juga amat dikagumi.

Detik-detik sakaratul maut.

Pg 285
“ saya berserah kepada takdir Ilahi. Apabila sudah ditakdirkan, saya redha menerimanya (kematian),” kata Sultan Slahudin bin Ayubi.

“ saudara memiliki suara yang lunak . bacakan ayat-ayat al-Quran kerana saya rindu pada wahyu itu, “ katanya lagi.

Imam Abu Jaafar membacakan ayat-ayat al-Quran sehingga berkumandang azan Subuh.

Ketika itu keadaan Sultan Salahudin bin Ayubi bertambah tenat.
“ bawakan saya ke masjid bagi menunaikan sembahyang berjemaah, “ bisik Sultan Salahudin bin Ayubi.

“ orang sakit lebih baik sembahyang di rumah sahaja ,” kata Imam Abu Jaafar pula.

“ sultan Salahudin bin Ayubi tidak pernah meninggalkan sembahyang berjemaah kecuali pada hari ini,” bisik Bahaudin.

“ ambilkan saya air bagi berwuduk.” Permintaan itu segera ditunaikan.
Sultan Salahudin bin Ayubi menunaikan sembahyang Subuh di tempat pembaringannya sesudah berwuduk. Orang ramai datang menziarahinya lagi selepas sembahyang Subuh.

Keadaannya bertambah tenat dan Imam Abu Jaafar menyambung lagi bacaan ayat-ayat Al-Quran . ketika sampai ayat al-Quran yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah, ‘ kedengaran suara Sultan Salahudin bin Ayubi mengucapkannya lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Pg 286…
“ Sultan Salahudin bin Ayubi seorang yang pemurah. Kesemua wang yang diperolehnya habis diberikan kepada mereka yang memerlukan. Dia juga tidak terpengaruh dengan harta. Semasa mengambil alih pemerintahan Mesir, Khalifah Adhid banyak meninggalkan harta namun dia tidak mengambilnya . Harta-harta rampasan perang dibahagikan kepada tenteranya,” puji Bahaudin,

Menurutnya lagi, walaupun Salahudin bin Ayubi adalah sultan yang memerintah Mesir hingga ke Yaman namun dia tidak hidup mewah. Ketika meninggal dunia dia tidak memiliki walau sebuah rumah dan wang simpanannya empat dinar sahaja.

“ Di medan perang, Salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada sinag hari walaupun demam sehingga doktor peribadi beliau menyuruhnya berbuka”.
-Ibnu Shaddad, ahli sejarah Islam.

Nabi Muhammad berkata, “ Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya.”
-direkodkan oleh Muslim, Abu Daud , Tarmizi Nasai, dan Ibnu Majah.

Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lidah (dakwah).”
-Sayid Abul ‘Ala al-Maududi.

“ Jika kamu bersabar tetapi dalam keadaan bersiap sedia, musuh datang menyerbu kamu, ketika itu juga Allah menolong kamu dengan menghantar lima ribu malaikat yang memakai tanda.”
- Surah ali-Imran : 125 -

“ barang siapa yang berperang di ajalan Allah sampai dia terbunuh atau mendapat kemenangan maka kami kurniakan kepadanya pahala yang besar .”
-surah an-Nisa’ : 74 –

Nabi Muhammad berkata , “ Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak angan-angan.”
-direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.




http://kubertatihdibumimuyaallah.blogspot.com/search?updated-max=2009-08-23T11%3A04%3A00-07%3A00&max-results=7

Sambungan…..

90. kematian tentera berkuda lemahkan semangat tentera pejalan kaki di kalangan tentera salib – kucar-kacir :m/s 182
91. tentera salib yang ditawan di bunuh kerana telah bunuh ramai orang Islam :m/s 187
92. kematian dua panglima salib & kejayaan Malikul Afdhal tawan kota Shafuria menaikkan semangat tentera Islam dan turunkan semangat tentera salib :m/s 187
93. tawan kota Kark yang baru ditawan oleh Birnis dan kuasai kawasan sekitarya :m/s 188
94. Bina kediaman baru untuk wanita dan kana-kanak :m/s 190
95. bakar kubu- tidak mahu tentera salib berkubu balik: m/s 190
96. ugut tarik pangkat kepada tentera yg curang (seperti yg dilakukan oleh pendeta) – sebagai pengajaran :m/s 191
97. tawar pangkat untuk tarik Raja Raymond peluk Islam :m/s 193
98. jangan bergabung dengan tentera salib kerana mereka akan tahu rahsia tentera Islam –nanti bocor ke musuh :m/s 194
99. jangan tunggu diserang pd masa tertentu—bergerak ke tempat lain sebagai umpan untuk alih perhatian tentera salib ke tempat lain :m/s 195
100. gabung dengan tentera Islam di jajahan lain –50 ribu orang :m/s 196
101. sukarelawan –semangat jihad lebih tinggi untuk syahid dan menang :m/s 196
102. serang kubu yg tak kuat spt Tabariyah—supaya tentera salib pergi ke sana —akan lemahkan pertahanan kubu kuat di Safariah :m/s 197
103. serang dari belakang kubu :m/s 197
104. berehat dulu untuk lepas penat dan asah senjata – seran lepas solat isya’ :m/s 198
105. mesyuarat terakhir b4 serang –taklimat dan wasiat- bagi peluang kat semua pembesar untuk beri pendapat dan luah perasaan : m/s 200
106. berperang kerana Allah bukan dendam – dendam akan membuatkan kit ank bunuh musuh tanpa kasihan :m/s 201
107. serang waktu malam ketika musuh tidur : m/s 201
- tentera berkuda runtuhkan khemah – tentera salib terperangkap dalam khemah – tentera pejalan kaki serang
108. pura-pura tinggalkan kota Tabariah yang dah ditawan – serang balik ketika tentera salib nak percaya :m/s 205
109. tentera salib keluar dari kubu – tentera Islam bakar perlahan-lahan –guna jalan lain supaya tak bertembung : m/s 207

110. PERANG MUKTAH- tentera Islam 3000/ tentera salib 200 ribu – Tariq bin Ziyad mendarat di Jabbal Tariq – bakar kapal yang mereka hantar supaya tentera Islam tiada pilihan – berjihad untuk menang atau syahid
111. jangan pandang rendah pada musuh :m/s 211
112. mula serangan dengan panah berapi :m/s 211
113. tentera pejalan kaki – kepung musuh :m/s 211
114. kekuatan rohani – baca al-quran, solat sunat, dapat makanan yg cukup :m/s 211
115. solat berjemaah bergilir-gilir – berjaga-jaga :m/s 212
116. berpuasa sunat ketika berperang – sunah n dapat rahmat :m/s 213
117. tentera Islam bertakbir- bergema di angkasa – takutkan musuh :m/s 214
118. panah kuda tentera salib- tentera salib jatuh – tentera jalan kaki Islam serang :m/s 215
119. panah rumput kering di tempat kumpul tentera salib : m/s 215
120. salahuddin bagi semangat kat semua tentera Islam – Allah bersama kita : m/s 216
121. anak muda ajak orang yang ingin syahid serang tentera salib :m/s 216
122. terbunuh – tentera Islam lain berkobar-kobar nak balas dendam : m/s 217
123. rampas salib (tentera salib percaya boleh lindungi mereka) – serang dari belakang bukit – umpan tentera Islam dari depan :m/s 221
124. salib dijatuhkan dan panji Islam dikibar :m/s 224
125. sultan salahuddin buat sujud syukur – yang lain bersyukuer kepada Allah: m/s 224
126. musuh yang serah kalah tak boleh diperangi :m/s 224
127. mayat tentera Islam diasingkan dari mayat tentera salib :m/s 225
- tentera Islam disolatkan dan dikebumikan oleh orang Islam
- mayat tentera salib diuruskan oleh tentera salib
128. tentera Islam dan tentera salib yang cedera diberi rawatan :m/s 225
FACTS : Tentera Islam yang syahid 500 / tentera salib 30 000
-tentera salib yang ditawan 30 000 termasuk Raja Raymond
129. pengepungan melambatkan masa – beri peluang tentera salib untuk kumpul tentera dan kuatkan pertahanan mereka. : m/s 238
130. tentera Islam – panjat tembok guna tali dan kayu sebagai tangga :m/s 238
- panjat tembok waktu malam semasa orang tidur – lempar tali banyak dan panjat beramai-ramai – pintu tembok dibuka dari dalam
131. sultan salahuddin hantar surat kepada raja mesir supaya hantar :m/s 239
Kapal perang untuk sekat kapal2 dari Eropah yang hantar bantuan kepada tentera salib di Jerusalem
132. penyerbuan berterusan – melemahkan musuh :m/s 241


Takbir !! JERUSALEM DITAWAN

Bina benteng kukuh - 80 000 tentera Islam kepung tetapi gagal pada awalnya
Tentera salib hujani dengan anak panah bila hampiri benteng
Semua tentera salib bawah jajahan berkumpul
Dah kumpul makanan, minuman & senjata yang mencukupi berperang selama berbulan-bulan
Pasukan tentera salib muncul secara mengejut dari pintu rahsia tembok batu lalu serang dan bunuh tentera Islam – masuk balik sebelum tentera Islam sempat bertindak
Sultan Salahuddin siasat sekitar tembok – ada gereja yang bersambung dengan benteng di utara – tawan gereja- boleh masuk benteng dari situ
Pasukan pemanah Islam hujani bahagian dalam benteng dengan panah berapi – rumah penduduk Kristian terbakar
Perjanjian damai dilakukan ketika tentera salib kalah (kalau tidak tentera salib akan bakar masjidil aqsa sebelum serang)
Tentera salib kena bayar 10 dinar untuk setiap tebusan
Perjanjian ini ditandatangani pada 27 Rejab 583 H
Azan berkumandang lagi di masjidil Aqsa (panji Islam ditegakkan :m/s 252)


133. serang benteng di barat kerana tentera salib tumpu untuk tawan benteng di utara : m/s 241
134. gali lubang menyusup bawah benteng – buat banyak lubang – ramai tentera Islam boleh masuk – lapisan pertama berjaya tembus :m/s 241
135. perintah pasukan pemanah berapi untuk serang sementara tentera yang lain gali parit :m/s 241
Bantuan Allah lepas solat hajat di masjidil Aqsa ;m/s 261

Cadangan Imam Muhyiddin diterima lalu mereka bersembahyang hajat di Masjidil Aqsa
- Musim sejuk melampau berserta ribut dengan izin Allah– tentera konstaniopel mati kesejukan – terpaksa pulang ke negara asal



sajak oleh Syed Naquib Al-Attas.




Aku melihat dunia hari ini
Orang Islam macam digenggam
Belenggu orang kafir
Akhirat mereka luput
Dunia pun tercicir
Budaya jahil tidak diambil peduli
Melampau-lampau dalam hiburan
Khayalan keterlaluanLuas.....luas membanjir
Teruk...tak tertaksir orang yang karam
Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cordoba, Baghdad, Andalus
Hilang ....hilang ditelan zamanKita lupa semua jawapan persoalan kehidupan
Yang mahir dihafal
Mampukah kita nak jawab di depan Mungkar dan Nakir nanti?
Setengah-setengah orang kata, sejarah ini ibarat pentas bermain wayang
Cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjang
Bila tamat diulang ....dan diulang ....ulang kembali
Kalau begitu, takkanlah mustahilUntuk giliran Islam pula yang mendatang
Tamadun kita yang lama dahulu yang indah gemilang
Hidup semula, kembali segar-bugar terbentang,
Di dunia yang luas.

* YA ALLAH...terimalah usaha hamba Mu ini walaupun dgn mengekstrak dari buku ini mudah-mudahan akan menyumbang kepada kebangkitan Islam dan sebagai tips untuk umat Islam berperang jika di serang. Ameen.

Wednesday, August 12, 2009

...:: AyUh BeLaJaR iLmU pEraNg RASULULLAH::.. SebAgAi PeRsEdiAaN jIKa di sERaNg..


BEDAH BUKU :- Tips perjuangan Rasulullah yang diamalkan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayubi

Salam pertemuan buat sahabat-sahabat seperjuangan..

Di sini, ana kongsikan tips2 peperangan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan Sultan Salahuddin Al-Ayubi…

Tujuan ana postkan kajian ini adalah supaya menjadi panduan kita untuk menghadapi detik-detik cemas sekiranya negara kita turut menjadi seperti saudara-saudara di Plalestin kerana negara kita turut tersenarai sebagai negara yang akan di serang oleh golongan kufar..namun tidak diketahui bila..Nauzubillah..

Mudah-mudahan kita dapat menubuhkan sebuah Akademi Jundullah (khas untuk mempelajari cara berperang berdasarkan AL-Quran dan Sunnah)

p/s : ini adalah sebahagian sahaja..insyaAllah ana akan postkan lepas balik dr KL selama seminggu…salam jihad.

Di kaji daripada novel Islam, Salahudin Al-Ayubi keluaran PTS Production.

1. Tiupkan semangat jihad Rasulullah seperti dalam perang Badr dan Hunain : m/s 3
~ hanya takut kepada Allah yang berkuasa hidupkan dan matikan manusia..janji syurga pasti menanti : m/s 2

2. Wajibkan tentera Islam tingkatkan kemahiran perang :m/s 5
~pelengkapan senjata
~ gali parit dan kubu pertahanan
~ tingkatkan pasukan tentera memanah & penunggang kuda

3. Latih pasukan berkuda dan pilih dari yang terbaik :m/s 7
~latihan ketenteraan setiap hari

4. Perjanjian damai dengan musuh :m/s 23

5. Singkir pembesar yang tidak mahu bekerjasama dengan Islam dan berpotensi belot :m/s 41

6. Kahwin dengan keluarga pemerintah – luaskan empayar :m/s 62


7. Bina kapal perang dan tentera laut :m/s 64

8. Intipan terhadap musuh / sb

9. Jaga/ berhati-hati supaya tiada pembelotan dalam pentadbiran

10. Bina benteng-benteng kukuh – musuh tidak dapat ceroboh masuk :m/s 66

11. Rahsiakan tempat yang hendak diserang :m/s 67

12. Serang jalan yang tidak pernah dilalui : m/s 69/70

13. Serang kubu/ markas musuh : m/s 70

14. Masuk ke kawasan yang berbukit dan sukar dilalui :m/s 70

15. Bantuan malaikat dari Allah :m/s 71

16. Berbuat baik kepada tahanan untuk korek rahsia musuh :m/s 72
~beri tawaran untuk peluk Islam
~mereka bebas ke mana sahaja lepas bayar tebusan

17. Tawan kubu perlindungan tentera salib :m/s 74

18. Intipan sebelum tawan musuh : m/s 74

19. Kumpul bekalan senjata dan makanan :m/s 74

20. Pastikan bantuan dari luar tidak dapat memasuki benteng musuh yang telah di kepung: m/s 75

21. Kepung benteng musuh siang dan malam :m/s 75

22. Jaga perairan –halang kapal musuh masuk : m/s 75

23. Guna helah dalam peperangan :m/s 76
~mengaku bukan musuh dengan mengaku sebagai penduduk (musuh)
~berpakaian seperti penduduk kampung

24. Cara untuk anggar bilangan musuh dalam tembok :m/s 77
~1 unta untuk makan oleh 100 orang
~20 unta = 2000 orang

25. Minta penduduk musuh untuk tunjuk pintu rahsia untuk masuk ke dalam tembok : m/s 77
Kalu tak mahu kerjasama, ancam nak bunuh mereka perlahan-lahan, potong tulang dsb..satu persatu

26. Bagi benteng kayu..gali paritàbakar pintuàmusuh serah kalah..m/s 78

27. Berbuat baik kepada tahanan lepas korek rahsia : m/s 80
~ancam nak balas balik perbuatan musuh yang bunuh wanita Islam
~tapi tak buat pun sebab nak tunjuk kebaikan Islam. :m/s 81
~terhutang budiàtak musuh dengan Islam : m/s 83

28. Pura-pura tinggalkan kawasan tahanan pada waktu siang
~kepong dan serang balik pada waktu malam :m/s 85

29. Penaklukan Islam menggerunkan musuh :m/s 86

TIPS RASULULLAH :
~Tawan kawasan keliling dahulu (mekah ):m/s 86
~tawan satu demi satu kawasan sekitar
~tak bantu lagi tentera salib
~bekerjasama dengan tentera Islamàbilangan tentera Islam bertambah

30. Terima perdamaian & perjanjian dengan tentera kafir :m/s 88
Gencatan senjata selama 3 tahun :m/s 88
(boleh kumpulkan kekuatan tentera Islam :m/s 89)
~tolak hadiah penghargaan daripada musuh = rasuah)

31. Bebas tawanan à lembutkan hati pembesar àmasuk Islamàbocor rahsia kepada Islam untuk bantu Islam :m/s 98

32. Bina parit dan panah musuh dari dalam parit :m/s 101, 102

33. Serang hendap dari belakang batu àtempat tentera salib larikan diri dari parit :m/s 102

34. Jangan serang musuh yang lari dari medan perang : m/s 103
~mungkin patah balik & serang Islam sebab tentera Islam dah berpecah dan sukar disatukan.

35. Duduk di Mekah dan Madinah hingga tentera salib batal nak serang Mekah dan Madinah.:m/s 103

36. Masa jemaah haji diserang, pura-pura mati atas jemaah haji yang lain :m/s 106

37. Penyatuan melalui penaklukan, ada kesatuan dan kekuatan :m/s 107

38. Pergerakan pada waktu malam :m/s 111

~musuh tak tahu

39. Perkasakan tentera laut :m/s 111

40. Wujudkan macam Iskandariah, pengkalan tentera laut dan pusat latihan tentera :m/s 112

41. Bantuan ketenteraan, senjata dan makanan melalui laut :m/s 112

42. Pedamaian dengan tentera Islam (saudara) daripada Nasrani : m/s114

43. Tawan Yaman – tentera Yaman diserapkan kepada Tentera Islamàkuat dan banyak

~kapal tentera salib tidak dibenarkan singgah di Yaman :m/s 114

44. Lakukan serangan serentak àtiga penjuru (darat, laut, bantuan) m/s 116
Tentera laut terdesak à tolong tentera laut

45. Panahan berapi àkubu Beirut terbakar :m/s 116

46. Kuasai perairan sungai Eufrat : m/s 117

47. Kuasai kota Mosul & kota Sinjir sebelum tentera salib kuasai :m/s 117

48. Kepong benteng (kekuatan) :m/s 118
~alihkan aliran sungai melencong dari kota Sinjir
~serah kalah kalu tak dapat air

49. Kota Bisan & Wilayah Kark perlu dikuasai kerana markas tentera salib :m/s 136
~perjalanan ke Jurusalem lebih mudah
~pura-pura menyimpang jalan menuju ke wilayah Kork àmusuh tak sangka tak nak serang kota Bisanà setengah jalan patah balik ke Kota Bisan

50. Sirah Nabi dalam perang khaibar à menuju ke Ghaifan à setengah Jalan patah balik ke Khaibar = musuh tak sempat wat persediaan perang

51. Biar musuh pindah randah – letih : m/s 140

52. Susunan tentera: tentera panah di depan, berkuda & pejalan kaki. : m/s 140

~pemanah serang hendapàtentera kuda & pejalan kaki

53. Bersembunyi di sebalik pokok, bukit dan bukit besar :m/s 141

54. Kirim surat kepada Malikul Adil di Mesir supaya hantar tentera tambahan : m/s 141

55. Kedatangan tentera Islam menyemarakkan lagi semangat tentera Sultan Salahuddin :m/s 141

56. Bulan Ramadhan menjelang dan tentera Islam akan meninggalkan keluarga masing-masing

~pulang berehat dan kumpul kekuatan :m/s 143

57. Perlu berdamai bila musuh ajak untuk berdamai & memerangi mereka bila musuh mengancam : m/s 148

58. Mencontohi Rasulullah untuk dapat keredaan Allah :m/s 148
~tidak hukum mereka yang pernah memusuhinya sesudah tawan kota Mekah
~memaafkan mereka termasuk yang pernah cuba membunuhnya

59. Syarat perjanjian : m/s 148
1. Tentera salib tidak dibenarkan menyerang Mekah dan Madinah
2. tentera salib tidak di benarkan mengganggu jemaah haji yang mahu pergi ke tanah suci
3. tidak dibenarkan mengganggu pedagang yang berulang alik antara Mesir dan Syam
4. kesemua tawanan perang perlu dibebaskan
5. tidak dibenarkan menyerang wilayah jajahan Islam

60. risikan – dapat banyak maklumat musuh :m/s 151

61. solat hajat : berjemaah supaya doa kita dimakbulkan Allah :m/s 151

62. hantar surat kepada Birnis mengatakan dia telah langgar perjanjian damai :m/s 152
~tiada lagi perjanjian damai kerana tidak lagi mempercayainya

63. bagi orang yang tak penting hantar surat kepada musuh – takut ditahan :m/s 152
64. iringi dengan dua orang tentera jaga utusan :m/s 152

65. pemimpin musuh bertelagah sesama sendiri – negara akan hancur :m/s 160
~Jurusalem tunggu masa ditakluk tentera Islam

66. tolong Raja Raymond serang Raja Eropah :m/s 166
~melemahkan musuh kerana berpecah
~Baitul Maqdis hampir ditakluk

67. beringat akan kemungkinan yang akan berlaku :m/s 171
~tentera salib serang negeri bawah jajahan Islam
~rakyat perlu sedia hadapi
~kekurangan makanan

68. bersiap/ langkah cegah :m/s 171
~rakyat dibekalkan dengan makanan dan senjata à dapat pertahankan diri dan makan
Supaya tentera Islam tidak bimbang dengan keluarga yang ditinggalkan

69. dapat harta rampasan tentera salib yang banyak :m/s 171
~simpan dalam perbendaharaan
~guna untuk bekal senjata kepada tentera dan rakyat
~beli makanan dari Baghdad

70. bersatu dengan negara-negara Islam :m/s 172
cth: kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abassiyah sanggup bersama untuk tawan Baitul Maqdis
~Hantar tentera, senjata dan makanan

71. Bergabung sebelum serang :m/s 172

72. ‘Sir’kan perancangan perang atas sebab keselamatan :m/s 173

73. Arah pasukan beronda buat susulan untuk dapat maklumat perjalanan tentera yang di sekat :m/s 173

74. Yakin dengan pertolongan Allah :m/s 174

75. Tentera Islam iringi jemaah haji
~tentera salib takut nak ganggu :m/s 175

76. Berehat dahulu untuk hilang penat
~perjalanan jauh :m/s 176

77. Serang kota Shafuria serentak :m/s 178
1 pasukan diserang & kucar kacir --pasukan paling hampir beri bantuan

78. Bunuh panglima perang salib :m/s 178

79. Pasukan pemanah berada di depan supaya mudah lakukan serangan awal :m/s 178
-tentera berkuda -tentera pejalan kaki

80. Bertempur jauh dari kota – orang awam tak terlibat dalam pertempuran :m/s 179

81. Berkubu di tanah rata- gali parit - serang :m/s 179

82. Jangan serang musuh – biar tentera salib serang dulu :m/s 180
83. Kalu tentera salib tak serang àkepung je kawasan berbukit sebab tentera salib akan serah diri sebab kehabisan air :m/s 180

84. Pastikan tentera salib tidak dapat bekalan dari luar + semua jalan keluar disekat :m/s 180

85. Pimpin satu lagi pasukan tentera untuk tawan kota Shafuria :m/s 180

86. Sebab tentera salib tinggalkan tempat tu - satu pasukan gi kawal tentera salib :m/s180
87. Keluarkan semua penduduk dan kumpul barang-barang berharga - kota di bakar supaya tidak dapat digunakan tentera salib. :m/s 181

88. Tentera salib jadi lemah nak perang sebab tahu kota mereka di tawan dan dimusnahkan tentera Islam -lemah semangat sebab anak dan Isteri di tawan Islam :m/s 181

89. Bunuh ketua satu lawan satu -cakap dengan izin Allah: m/s 182

::..bErsAmBUng........