MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....


Saturday, August 8, 2009

..: SeBiJI EpAl MeRAh :..


kisah ini mengenai sebiji epal yang berada di bahagian pokok yang paling atas sekali..epal itu mempunyai ciri2 yang begitu sempurna seperti mana yang dimpikan oleh epal2 yang lain..warna yang merah bersinar ditambah pula kilauan kulitnya yang begitu licin, pasti menambat hati sesiapa untuk merasanya.. namun disebabkan kedudukannya yang begitu tinggi tiada siapa yang berani untuk mengapai dan menjadikan epal itu sebagai hak miliknya.. sebaliknya epal yang berada dibahagian bawah sering kali dipetik oleh org yang lalu lalang dipokok itu.. hal ini menyebabkan epal dibahagian atas tadi berasa tadi berasa risau dan iri hati terhadap kawan2nya di bawah yang selalu menjadi pilihan org.. lantas epal itu berfikir."apakah warnaku tidak cukup merah untuk mereka lihat kecantikanku? apakah kilauan kulitku yang licin tidak langsung tidak mengaburi mata manusia yang lalu-lalang? apakah kedudukan ku yang yang begitu tinggi tidak ingin mereka gapai? jika dibandingkan dengan kawan ku dibawah sana, aku jauh lebih mulia dan tinggi martabatku berbanding mereka " disebabkan kedudukannya yang begitu tinggi, epal itu mula risau tidak dipetik org.. lalu epal itu memikirkan cara supaya dia menjadi pilihan org.. lantas dia mengambil keputusan untuk menggugurkan dirinya ke tanah supaya org mudah memperolehnya dan dia pasti manusia tertawan dengan kecantikannya.. seharian epal menuggu dengan sabar agar ada pemuda yang megutipnya ..hari demi hari kian berlalu, namun tiada siapa datang mengutip epal itu..malang yang menimpa epal itu ibarat jatuh ditimpa tangga.. sudahlah tiada siapa yang mengutipnya, malangnya ditambah lagi dengan kehadiran ulat-ulat yang hidup dibadan epalitu.. badannya dimamah gelojoh oleh ulat-ulat itu..setelah puas merasa kenikmatan epal itu, ulat2 tersebut berasa bosan dan meninggalkan epal itu keseorangan dalam keadaan yang daif.. badannya yang merah bersinar dan licin kini berlubang-lubang dan berbau busuk...harapan terakhir epal itu kini adalah untuk melepaskan biji benihnya di tempat yamg selamat sebelum dia mengakhiri baki-baki hidupnya sebagai sebiji epal.. namun apakan daya, harapan terakhirnya hancur berkecai apabila seorang pemuda meyebak saki-baki badannya ke dalam longkang..air longkang yang telah tercemar menyebabkan anak benih tidak dapat bercambah dan mati begitu saja.. epal itu hanya memerhati anak benihnya sambil menuggu malaikatul maut mencabut nyawanya... saat itu dia terkenang kepada kehidupannya yang dahulu tinggi, mulia, cantik, bersinar, dandia ada semuanya ketika itu... namun disebabkan satu pilihan yang tidak tepat untuk hidupnya,kini siksanya hanya tuhan sahajalah yang tahu...

5 comments:

  1. apa maksud disebalik cerita ini..Boleh terangkan..????

    ReplyDelete
  2. salam perjuangan buat sahabt2 sekalian..
    sebenarnya kisah epal merah ini merujuk kepada gadis-gadis sekalian..@ muslimah harapan Islam..sebagai seorang gadis, kita hendaklah mempunyai harga diri dengan tidak mempamerkan keindahan yang Allah kurniakan kepada kaum Adam..semakin kita menjaga maruah diri, semakin tinggi nilai kita di sisi Allah..(An-Nur, ayat 30-31)janganlah dikhuatiri seandainya kita belum di miliki..percayalah dengan janji-janji Allah bahawa perempuan yg baik untuk laki2 yang baik..jodoh dan ajal kita telah ditetapkan oleh Allah di luh mahfuz..sekirannya dirimu dijaga dan berada di jalan perjuangan, insyaAllah, si dia turut berada di jalan yang sama..hanya mujahid yang hebat sahaja yang mampu memetik diri muslimah yang betul2 menjaga dirinya, muslimah yang tidak menjatuhkan maruahnya semata2 untuk menawan hati Adam..mungkin jodoh kita berada di syurga yang hakiki..fikir2kanlah..
    renungan buat ana juga..salam perjuangan

    ReplyDelete
  3. apa pandangan penulis tentang lelaki yg nampak epal tu dlm longkang tu n kutip epal tu dlm longkang n tanam epal itu sampai hidup balik n jaga epal tu baik2 pula..?

    kepada pengirim comment ini..

    saya doakan agar anda adalah lelaki itu..lelaki yang sanggup untuk jaga epal itu baik2, menjadikan epal itu sebagai insan yang dapat melahirkan benih2 untuk saudara. dan dapat membentuk anak2 saudara..semoga Allah dapat membalas jasa saudara...dan semoga ramai lelaki yg sanggup berbuat demikian..ameen

    ReplyDelete
  4. salam,kadang-kala nafsu melebihi segala-galanya,
    APAPUN yg di atas itu memang bernilai......
    alangkah indahnya jika dierti......

    ReplyDelete
  5. salam ..betul tu ..
    nafsu mengatakan wanita cantik pada rupa parasnya..

    akal mengatakan wanita cantik pada kebijaksanaannya..

    namun iman mengatakan wanita cantik pada akhlak dan agamanya..

    tepuk dada tanya iman

    ReplyDelete