MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....


Tuesday, August 11, 2009

.: HaRAmmmmmmmmm:..


salam perjuangan buat sahabat sekalian...

Kali ini ana lebih berminat untuk berkongsi mengenai cara untuk mengenalpasti segala macam keluaran yang diperbuat daripada khinzir....

di sini ada website yang banyak menyelongkar segala khazanah rahsia yang telah disembunyikan daripada pengguna Islam...

Antara cara mengenalpasti barangan daripada khinzir :-


~ ada corak tiga bintik di lapisan dalam kasut (bagi yang nak ke luar negara, berhati-hati ketika ingin beli baju sejuk esp. baju dr China)


Kasut kulit Babi...
Edisi KL: Kasut kulit Babi

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia@hmetro.com.my

SUNGAI BULOH: Ramai pengguna Islam tidak menyedari kasut dan sandal yang dibeli dan disarung pada kaki mungkin diperbuat daripada kulit babi. Produk keluaran pengilang tempatan itu didakwa dijual bebas tanpa kawalan â€کkhusus’ di berpuluh-puluh premis termasuk pusat beli-belah terkenal di ibu negara.Pendedahan kes membabitkan kasut dan sandal daripada kulit babi itu sekali lagi menimbulkan isu gempar berikutan aduan diterima dari beberapa pengguna Islam yang mendakwa terbeli `barang haram’ itu, baru-baru ini.Susulan laporan itu, pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, membuat pemeriksaan mengejut di beberapa premis disyaki, semalam.Hasil pemeriksaan pada 11.30 pagi itu, Jakim dan KPDNHEP terkejut apabila menemui berpuluh pasang sandal dan kasut dipercayai dihasilkan daripada kulit babi, dijual bebas tanpa sebarang tanda amaran di sebuah premis di Sungai Buloh.Siasatan mendapati, kulit babi pada kasut terbabit boleh dikenal pasti berdasarkan struktur permukaan kulitnya yang mempunyai tiga titik kecil serata yang berhampiran antara satu sama lain.Serbuan tergempar yang diketuai Ketua Unit Aduan KPDNHEP, Basaruddin Mohiyudin dan Penolong Pengarah Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Kajian Makanan dan Barang Guna Islam Jakim, Mohd Amri Abdullah, mengesan lebih 24 jenis sandal `haram’ berlainan reka bentuk di atas rak jualan.Lebih mengelirukan pemilik premis tidak meletakkan sebarang peringatan atau tanda amaran pada rak kasut bagi mengelakkan pengguna Islam terbeli kasut atau sandal haram berkenaan.Mohd Amri berkata, semua kasut dan sandal disyaki dibuat meletakkan lapisan kulit babi pada bahagian dalam bertujuan memberi kelembutan pada kaki pemakai.“Setakat ini, kami tidak ada bukti saintifik menunjukkan kasut dan sandal terbabit diperbuat daripada kulit babi sehinggalah ia disahkan Jabatan Kimia.“Bagaimanapun, saya menasihati orang ramai supaya berwaspada kerana kulit babi ini boleh menyebabkan sembahyang dan ibadat si pemakai Islam tidak sah selain perlu disamak dengan air lumpur sekiranya tersentuh,â€‌ katanya.Menurutnya, siasatan awal mendapati, premis itu yang beribu pejabat di Gombak, mempunyai hampir 20 premis cawangan di Selangor, Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh.“Kebanyakan kasut itu dijual pada harga diskaun antara RM26 hingga RM49.90 sepasang. Kita turut menemui beratus-ratus kotak kasut terbabit yang disimpan dalam stor premis terbabit,â€‌ katanya.Sementara itu, seorang pekerja premis itu mendakwa sudah menjual beratus kasut dan sandal itu kepada pengguna Islam sejak promosi potongan harga diadakan pada bulan puasa lalu.“Saya sendiri tidak tahu kasut dan sandal itu diperbuat daripada kulit binatang haram itu, malah saya kerap kali memegangnya tanpa mengesyaki apa-apa,â€‌ katanya. Sementara itu, Basaruddin berkata, tindakan merampas kasut dan sandal itu turut dilakukan berikutan pengilang menggunakan jenama mewah tiruan jenis Polo pada produk terbabit.“Setakat ini kita sudah menghubungi pemilik premis terbabit dan menyoal siasat berhubung dakwaan kasut dan sandal terbabit diperbuat daripada kulit babi.“Namun, pemilik premis mendakwa kasut dan sandal terbabit diperbuat dari kulit lembu. Bagaimanapun kita akan menghantar contoh kasut itu ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan bukti penuh,â€‌ katanya.Menurutnya, pemilik premis seharusnya mengasingkan produk yang haram dibeli pengguna Islam selain meletakkan tanda peringatan pada rak kasut itu.“Sikap tidak acuh pemilik premis boleh mengundang kemarahan pengguna selain memberi banyak implikasi kepada sensitiviti agama,â€‌ katanya. Susulan serbuan pertama itu, pihak Jakim melakukan siasatan mengejut di sebuah premis menjual kasut di pusat beli-belah Mid Valley Mega Mall pada jam 2 petang.Hasil pemeriksaan itu, Jakim menemui 11 jenis kasut wanita berharga RM49.90 yang disyaki turut diperbuat daripada kulit babi.

Edisi Timur: Kecoh terbeli sandal kulit babi

Harian Metro, 24 Mei 2005

Oleh Sharifah Salwa Sayed Hassanam@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Ada pihak dikesan menyebarkan dakwaan seorang wanita ‘terbeli’ sandal dibuat daripada kulit babi di internet.
Dakwaan itu turut disertakan beberapa keping gambar menunjukkan sejenis sandal dibeli di sebuah pusat beli-belah di Pulau Pinang, baru-baru ini.Sandal jenama yang mudah diperoleh di Kuala Lumpur itu menggunakan kulit babi di bahagian bawah penyangkut sandal dan hanya dikesan jika dilihat secara dekat.Menurut dakwaan yang disebarkan melalui e-mel itu, wanita terbabit mempunyai pengetahuan mengenai kulit haiwan itu, tetapi hanya menyedari sandal dimiliki menggunakan kulit babi selepas membelinya.Malah, Harian Metro mendapati, sebelum wanita itu, ada pihak lain sudah menyebarkan e-mel berkaitan cara mengenal pasti kulit babi iaitu melalui bintik kecil dibentuk daripada kumpulan tiga titik membentuk segitiga.E-mel terbaru daripada wanita itu juga meminta orang ramai terutama wanita berhati-hati ketika membeli kasut atau sandal bagi mengelakkan terpakai kasut kulit babi.Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Maamor Osman, berkata satu cara mengenal kulit babi ialah titik berbentuk segitiga berkenaan.Bagaimanapun, katanya, disebabkan faktor kecanggihan teknologi, adalah sukar bagi seseorang mengenali kulit babi dan warna titik itu juga boleh berubah-ubah.Dr Maamor berkata, ada barangan kulit yang menggunakan kulit babi 100 peratus dan ada yang hanya 70 peratus.“Warna dan bahan yang digunakan juga boleh menyebabkan ciri-ciri bahan tulen berubah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan sandal seperti dakwaan itu dibuat daripada kulit babi kerana memang ada pihak yang ingin mencemarkan dan menipu pengguna Islam.Beliau berkata, dakwaan mengenai tindakan menggunakan kulit babi di bahagian bawah pengikat kaki sandal dipercayai bagi mengaburi mata pelanggan Islam dan mencemarkan mereka dengan kulit haiwan itu. Justeru, beliau meminta kerajaan lebih tegas berkaitan isu kepenggunaan yang menunjukkan semakin banyak pihak cuba mencemarkan imej pengguna Islam.“Satu langkah terbaik ialah mengadakan Akta Produk Halal bagi membolehkan wujudnya garis panduan kepada pengeluar barangan kulit. “Sebagai contoh, dengan mengeluarkan arahan melekatkan label barangan diperbuat daripada babi dengan jelas bagi mengelakkan pengguna Islam terbeli produk berasaskan haiwan itu,” katanya.

http://www.jphpk.gov.my/Malay/Mei05%2024c.htm

Semalam semasa di surau, terkejut saya bila jemaah surau menegur saya sambil memegang kasut saya...rupanya mereka beritahu kasut saya tu ada kalimah Allah... memang saya tak perasan pada mulanya. logo kasut John Bert ni gambar singa sedang berdiri...bila diperhatikan betul², terdapat kalimah Allah dan Muhammad dalam tulisan jawi pada logo tersebut... AstagfirullahHalAdzim...dah lama dah saya pakai kasut ni..mohon ampun dari Allah segala kesalahan dan kesilapan saya selama ini..Semoga sahabat semua yang bercadang nak beli kasut, pilih betul², jgn tersalah pilih...banyak kat pasaran sekarang nih kasut kulit babi, logo² utk menjatuhkan maruah Islam dan lain²... Semoga menjadi iktibar kepada kita semua... Sampai²kan kepada sahabat² yg lain.... Wassalam...
daripada hamba Allah

~ makanan bermula dgn kod E

E100,E110,E120, E140,E141, E153,E210, E213,E214, E216,E234, E252,E270, E280,E325, E326,E327, E334,E335, E336,E337, E422,E430, E431,E433, E434,E435, E436,E440, E470,E471, E472,E473, E474,E475, E476,E477, E478,E481, E482,E483, E491,E492, E493,E494, E495,E542, E570,E572, E631,E635, E904

~contoh : snek appollo, twisties, chezeel, air kotak , dsb

nak tengok gambar ?


website ini telah di'link'an dengan blog ana untuk memudahkan kita mendapatkan info sensasi tentang makanan yang haram dan syubhah...

moga-moga disebarkan bagi menyelamatkan sahabat-sahabat dan keluarga daripada menjadi mangsa golongan yang tidak bertanggungjawab..

syukran khasira...

No comments:

Post a Comment