“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” ( Surah Ali Imran 185 )
Wednesday, August 5, 2009
..:aPAkAh sELeSeMa BAB 1 bALa DaRiPaDa ALLAH?:..
Angkara berpunca daripada babi yang dikenali sebagai influenza A atau H1N1 atau ‘swine flu’, bukanlah satu perkara baru.
Ia sudah lama wujud. Usah pergi jauh ke belakang. Beberapa tahun yang silam, negara dilanda wabak atau musibah yang berpunca daripada JE atau Japenese Encephalitis.
JE banyak memakan korban, yang kini rede seketika. Tiba-tiba, berlaku di Mexico pada Mac 2009, angkara babi yang dikenali dengan nama H1N1, tercetus dan cepat merebak.
Dalam jangka beberapa minggu sahaja sudah merebak, boleh dikatakan ke seluruh dunia.
Malangnya semakin dipertimbangkan langkah pencegahan, H1N1 semakin garang dan menggila dengan cepat. Sehingga kini hampir seluruh dunia sudah dilanda selesema babi tersebut.
Di Malaysia sahaja dalam masa dua bulan ini angka penghidap penyakit tersebut melepasi seribu orang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, telah mengisytiharkan wabak ini sebagai pendemik peringkat terakhir, tetapi kini mereka seperti sudah ‘give-up’ untuk membilang dan memberi nasihat kepada penduduk dunia akan bahayanya penyakit tersebut.
Langkah-langkah pencegahan juga seperti perlahan kerana mereka gagal untuk mendapat vaksin pencegahan, dan nampaknya masing-masing seperti berlepas tangan dan menunggu menyerah nasib kepada takdir.
Sehingga kini, ubat penyakit ini masih belum ditemui. Pil pencegahan pun masih tiada. Jika adapun orang ramai dinasihati memakai penutup mulut dan hidung, sedangkan penyakit ini semakin terus menggila.
Sehingga kini, beberapa sekolah dan pusat pengajian tinggi terpaksa di tutup sementara.
Saya jelaskan tadi penyakit lama, kerana punca wabak ini daripada babi dan babi adalah haiwan yang Islam mengharamkan memakannya, sejak zaman Nabi Adam a.s, diturunkan kepada seluruh Rasul-rasul, hingga Nabi Muhammad s.a.w, malah sehingga ke hari ini babi diharamkan.
Dalam Al-Quranul Karim, terdapat empat kali Allah menyebut jelas tentang pengharaman babi iaitu pada ayat 173 Surah Al-Baqarah, ayat ke 3 Surah Al-Maidah, ayat 145 Surah Al-An’am dan ayat 115 Surah an-Nahli.
Sekali sahaja Allah menyebut perkataan plural atau jamak, iaitu ‘babi-babi’ diharamkan iaitu pada ayat 60, Surah al-Maidah . menjadikan kesemuanya lima ayat.
Apabila Allah mengharamkannya, maka tentulah ada hikmahnya. Allah memberitahu hikmah pengharaman babi sebagaimana firman-Nya (mafhum): “Katakanlah (wahai Muhammad): “ Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepada ku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalu benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi- kerana sesungguhnya ia adalah kotor-atau sesuatu yang dilakukan secara fasik , iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah.”
Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-An’am, ayat 145).Ayat ini merujuk daging babi sebagai ‘rijsun’ – bermaksud kotor dan jijik. Ia juga ‘fiskun’-bermaksud rosak lagi menjahanamkan.
Oleh sebab manusia melakukan pelanggaran hukum (ketentuan Allah dalam ayat ini) secara berleluasa babi diternak dan dimakan oleh manusia di seluruh dunia.
Maka Allah hendak mengajar manusia, memberi peringatan kepada mereka , bahawa hukum Allah itu amat betul dan yang melanggar hukum Allah, sama ada di dunia dan di akhirat.
Antaranya adalah penyakit yang berpunca daripada babi, disebarkan kepada seluruh manusia di dunia , khasnya negara-negara maju dan bertamadun. Ini kerana d peringkat awal penyakit ini merebak di seluruh negara-negara maju.
Jika di amati dan diperhalusi, insan akan mendapati apa sahaja hukum Allah, khasnya yang disebut di dalam al-Quran atau pun hadis yang sahih, pastilah yang melanggarnya akan mendepani hukuman yang berupa bala bencana sama ada kecil atau besar.
Sebagai contoh, lihat kepada kejahatan zina, Allah melarangnya, sebagaimana firman Allah (mafhumnya) ;” Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji (fahishah) dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Israk, ayat 32).
Oleh sebab zina dilakukan secara berleluasa dan berlaku di mana-man sahaja dalam dunia ini, khususnya di negara-negara maju, maka Allah telah rebakkan penyakit kelamin yang dasyat seperti siplis dan HIV yang semakin banyk memakan korban, serta kerugian yang tidak terkira.
Demikian Allah mengharamkan judi. Cuba renung kesannya. Porak-peranda peribadi, rumah tangga, kehidupan sosial pada orang yang berjudi. Berlaku rompakan, kecurian, rasuah-merasuah, penipuan, pembohongan dan bermacam-macam-macam kesan yang ditanggung oleh masyarakat.
Allah mengharamkan riba. Kesannya sistem riba yang begitu dominan dan semacam amat kukuh atau mantap diamalkan di seluruh dunia, akhirnya Allah menunaikan janjinya untuk memerangi sistem riba.
Peperangan itu sudah bermula, kesannya sistem riba mulai goyah dan beberapa institusi kewangan dunia termasuk syarikat insurans yang berteraskan riba mulai retak dan merekah serta ada yang tumbang.
Inilah yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (mafhumnya) : ”Dan bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-Rasul –Nya, maka kami hitung amal mereka satu persatu dengan hitungan yang keras rapi , serta Kami seksakan mereka dengan azab yang yang tidak pernah di kenal dasyatnya. Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya, dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar .’’(Surah al-Talaq, ayat 8-9)
Maka renunglah iktibar yang cukup besar hukum Allah itu adalah benar. Yang melanggar larangan-Nya akan menerima hukuman awal di dunia, sebelum menerima hukuman yang lebih teruk di akhirat nanti. Wallahua’lam.
Oleh : Prof Dato’ Dr Harun Din – Pengasas Pusat Perubatan Islam Darul Syifa’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment