MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....


Monday, January 11, 2010

SaTu DaRiPaDa sERiBu MaSuk Ke SyUrGa

Nota ke 64 : SATU DARIPADA SERIBU MASUK KE SYURGA



Setelah Nabi Isa selesai menghadapi segala persoalan daripada Allah SWT, tiba giliran Nabi Muhammad untuk dibicarakan di akhirat .

Allah menyeru dan bertanya kepada nabi Muhammad..


“ Hai Muhammad , sesungguhnya Jibril menjelaskan bahawa kitab Al-Quran yang telah disalinnya dari LuhMahfuz, telahpun diserahkan kepadamu. Benarkah engkau telah menerimanya?”

jawab Nabi Muhammad SAW:

“sesungguhnya benarlah segala pengakuan Jibril itu, bahawa kitab Al-Quran itu telah diserahkan kepadaku sepenuhnya. Sebagaimana yang telah diamanahkan kepada ku , maka kesemua kandungan Al-Quran telah aku sampaikan kepada umatku.”


Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW naik ke atas mimbar khas yang telah disediakan serta membaca Al-Quran, ayat demi ayat hingga ayat akhir. Sekalian umat baginda yang mendengar ayat itu merasakan seolah-olahmereka belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Hal ini kerana suara baginda sungguh indah, sedap di dengar dan beralun menurut rentak dan maksud. Suara baginda rendah menawan apabila membaca ayat yang mengandungi doa dan harapan. bertukar meninggi bagaikan amaran yang menggerunkan apabila membaca mengenai azab2 dan ancaman kepada mereka yang ingkar terhadap hukum Allah.


Suara dari astaka kebesaran tuhan .suara itu berbunyi :

“ Wamtazul yauma aiyyuhalmujrimun.” (surah yasin ayat 59) yang bermaksud : Dan (dikatakan kepada orang-orang kafir ) : “ berpisahlah kamu ( daripada orang2 mukmin ) pada hari ini (kiamat) ini, hai orang2 yang berbuat jahat.

Pemisahan ini dilakukan setelah kali bacaan kali kedua kitab2 samawioleh para rasul di hari masyar. Bacaan ini , dapat membezakan umat yg beriman dengan umat yg ingkar.


Seruan2 Allah

Seruan pertama :Datang perintah Allah supaya org mujrimun(kafir) berpisah dari orang beriman.’

Seruan ke-2 : “wahai Adam , hantarlah kiriman untuk ke neraka.” Nabi Adam bertanya kepada Allah.” Sebanyak mana Tuhan ?.Allah menegaskan : Bahawa drpd 1000 org, 999 org ke neraka , hanya 1 drp 1000 terpilih ke syurga.


Selepas proses pengasingan ini, hanya tinggal satu gengaman yang akan dimasukkan ke dalam syurga Allah . hanya Allah yang mengetahu sebesar mana gengaman Tuhan itu.


Ketika Abu Bakar As-Sidiq RA mendengar hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, Abu Bakar berdoa kepada Allah : “ Semoga kita termasuk dalam gengaman Tuhan itu: iaitu dalam kalangan orang2 mukmin yang bakal nikmati syurga Allah Taala “

Amiin ..


Sumber : Nota kepada diri by Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


No comments:

Post a Comment