MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....


Tuesday, September 15, 2009

:: SaLaM EduL-FiTRi ::


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang di cintai...


Para Mujahidin dan seluruh umat Islam di seluruh dunia...



Alhamdulillah. tahun ini Ramadhanku di habiskan bersama keluarga tercinta pada zahirnya dan di temani dengan kecintaanku mendamba cinta Illahi pada sudut rohani. Ku cuba mengabdikan kenangan bersolat terawikh bersama keluarga di masjid dan mendengar kuliah subuh di surau berdekatan rumah.. Alhamdulillah ..sempat juga ku menjadi makmum kepada imam mesir di Masjid Kristal....impianku sejak dulu...kuharapkan selepas ini diriku berkesempatan untuk bertandang di Baitullah..idaman setiap insan berada di bumi Anbiya'...ku harapkan pengalamanku ini menjadi satu iktibar...Diri yang hina ini mengerti bahawa ini adalah kecil berbanding cinta Rasulullah terhadap Allah Taala .. dan ku tahu..sahabt2 ku yang sedang berjihad juga lebih hebat dariku..Tahniah sahabt2.. semoga diri ini turut diberi kesempatan seperti kalian..ameen..


Carilah cinta Allah di rumahNya sebelum kita dipanggil menerima kad pencapaian untuk di bawa menghadapNya... Benarlah kata orang . semakin kita menjadi Ghuraba' kita akan sentiasa dekat dengan Allah.S.W.T. memuhasabah diri ..alangkah indahnya ketika tahun2 yang sebelumnya, ku habiskan ramadhan ini bersama sahabt2..memburu cinta Illahi. bersama2 mengimarahkan rumah Allah..menjadi tetamu Allah ...Hargailah peluang yang ada sebelum ajal datang menjelma...



Ramadhan makin meninggalkan kita...Syawal menanti tiba







Shahdu kian terasa..adakah diri ini sempat menikmati nikmat Tarbiyah ramadhan pada tahun hadapan? Apakah perubahan diriku ? Adakah kita berjaya membawa segala latihan di Universiti Ramadhan ini untuk di jadikan praktikum seumur hidup demi menghadapi mahkamah Mahsyar nanti..Ya Allah..ampunkanlah dosa kami dan hindarkanlah kami dari api neraka..masukkanlah kami ke dalam syurga yang hakiki supaya kami dapat bertemu dengan para anbiya' dan syuhada'. ameen.

Ya Allah...ketemukan kami dengan lailatulqadar kerana kami tidak sehebat para anbiya''..amalan kami amat sedikit ya Allah...ampunkanlah kami.....berilah kami peluang lagi untuk merasai nikmatnya tarbiyah di bulan Rmadahan ..supaya kami dapat peluang untuk diampunkan dosa dan dijauhkan dari bahan bakar api neraka..ameen ..


Buat Ummi dan Ayah di sisi ana, semua ustaz dan ustazah yang banyak mentarbiyah diri ini, semua guru2 yang pernah berbakti untuk diri anadan sahabat2 dan semua sahabat2 yang mengenali diri ini...di Sk wakaf Mempelam, SMKA Sheikh Abdul Malek terutama sahabt2 seperjuangan G6, Sahabat dorm F1 DAN F21 dan sahabat di Kolej Islam Sultan Alam Shah, sahabat di Kolej Matrikulasi Johor, kakak2 yang baik hati dan sahabat seperjuangan di IPGM kampus Ipoh terutama Biro Agama Dan Kerohanian JPP , semua kakak2 senior kenalan di serata dunia dan adik2 usrah ana.antum semua sahabt terbaik dunia dan akhirat...


Di kesempatan ini, dengan rasa rendah diri, ana menyusun jari memohon seinfiniti kemaafan di atas segala salah dan silap, andai ada tersilap kata, terguris hati sahabat2... mudah2an dosa2 ana tidak menjadi satu hijab untuk mendapat cinta Allah yang hakiki.. Halalkan segala makan dan minum ana..kalianlah sahabat2 terbaik... Semoga di beri kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan antum lagi..ameen



SaLaM eDuL-fItRI MaAf ZaHiR bAtIN---<@

2 comments:

  1. wasalam dik...

    salam adil fitri ..maaf zahir batin..
    semoga mumtaz dalam exam.ameen.

    wasalam

    ReplyDelete