" Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman , agar mereka menjaga pandangannya , dan memelihara kemaluannya , dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlh menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka , atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra mereka, atau putra- putra suami mereka , atau saudara-saudara laki-laki mereka , atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam )mereka , atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki tua yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan . Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah , wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung. ( QS: AN-NUR : AYAT 31)
Wahai muslimah yang ku sayangi.. Ana sebagai seorang muslimah , ingin sekali menjaga anda.sekadar kudrat yang termampu..bimbang ajal menjemput dulu, di tanya di alam barzakh..Apakah yang telah kamu lakukan apa bila melihat saudaramu tidak bertudung? apakah yang ana dapat jawab...Mudah-mudahan tangan dan mata ini dapat menjawabnya...
Mahukah anda digelar sesuatu yang terdedah..adakah anda inginkan mereka setelah dicemari dengan berbagai virus ? Inilah persoalan yang selalu berlegar di fikiran para lelaki...Kalau tak percaya , tanya mereka... Percayalah ..anda tidak sanggup mendengar perbualan lelaki nakal yang berbicara sesama mereka tentang anda melebihi jangkauan akal manusia..dan anda tengah dikutuk oleh semua mujahidin dan hidupan di bumi kerana telah menjadi punca maksiat mata mereka..Adakah anda tidak sanggup menutup kepala buat seketika jika dibandingkan dengan siksaan Allah di padang mahsyar yang kekal abadi..di saat itu..matahari berada sejengkal di kepala..Otak menggelegak melimpah ruah..
Di sini..ana ingin kalian semua pulang kepada Allah..percaya atau tidak ..dunia dah nak kiamat...lihatlah ..Islam semakin berkembang di Barat ..Islam semakin naik di Malaysia...Virus yang pelik2 makin banyak..Hiburan melampau-lampau..Kejadian gerhana matahari paling lama dah berlaku..bencana Alam dah berlaku..peringatan daripada Allah..Adakah nak tunggu langit runtuh. gunung2 hancur berkecai? Nauzubillah..
Justeru..di fasa ke 2 Ramadhan ini..fasa pengampunan daripada Allah..ana menyeru kita semua pulanglah kepada Allah...bertaubatlah dengan sebenar2 nya..kerana baris terakhir ayat diatas telah membuktikan Allah Maha Penerima Taubat..bertaubatlah sebelum pintu taubat telah ditutup ..Semoga Allah menerimanya..ameen .
Di sini ada satu soalan yg ditanya kepada seorang dr .----Datang seorang wanita yang tidak menutup aurat bertanya kepada saya; Dr! adakah saya masuk neraka kerana saya tidak menutup aurat, sedangkan saya solat dan melakukan ibadah-ibadah yang lain?. Saya beritahu kepadanya: Adapun saya bukanlah malaikat penjaga neraka. Bahkan malaikat penjaga neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari neraka.Ini adalah kekuasaan mutlak Tuhan Yang Menciptakan neraka. Di akhirat neraka dimasuki oleh sesiapa yang ditentukan ALLAH sebagai ahli neraka. Demikian juga syurga. Namun ALLAH memberitahu tentang keadaan manusia di akhirat dengan firmanNya (bermaksud) : adapun orang yang berat timbangan (amal baiknya), Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangannya (amal baiknya), Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah", Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar (Surah al-Qariah 6-11). Adapun saya yang dhaif ini tidak mengetahui bagaimanakah timbangan amalan saudari di akhirat kelak. Bahkan nasib saya sendiri saya tidak tahu, bagaimana mungkin saya boleh tahu nasib orang lain?!! Namun jika saudari bertanya saya, adakah perbuatan saudari salah atau betul? Tentu jawapannya: ia satu kesalahan. Apakah perbuatan itu faktor yang membawa ke syurga atau ke neraka?........ Maka jawapan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan ke neraka. Namun timbangan amalan insan di akhirat bukan hanya terbatas kepada suatu bab sahaja. Ia merangkumi segala bentuk kebaikan dan keburukan. Sesiapa beramal dengan kebaikan seberat biji sawi akan dinilai. Sesiapa yang beramal dengan seberat biji sawi keburukan juga akan dinilai. Kemudian jika natijah dari nilaian itu menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan, maka selamatlah dia. Jika sebaliknya, rugilah dia. Dalam hidup ini, ada pula ujian dan cubaan. Sesiapa yang sabar dengan ujian dan cubaan, diberi pahala dan dihapuskan dosa. Kesalahan orang kepada kita juga menjadikan pahalanya dipindahkan kepada kita, atau dosa kita diberikan kepadanya -seperti dalam hadith al-Imam Muslim-. Maka keputusan neraka dan syurga adalah hak ALLAH terhadap hamba-hambaNya. Apa yang pasti dosa menyumbang ke arah neraka. Pahala menyumbang ke arah syurga. Jika ditanya membuka aurat, riba, derhaka ibubapa dan seumpamanya ke arah mana? Jawapannya ke arah neraka. Jika ada yang berkata, mereka ini juga solat dan buat baik dalam perkara yang lain. Kita katakan; amalan baik menuju ke syurga. ALLAH yang Maha Adil akan menimbangnya dan menentukannya. Demikian semua insan. Padanya ada baik dan buruk. Amalan kita akan ditimbang di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment