MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....

Friday, September 4, 2009

:: MuLianya NaBi MuhAmMaD S.A.W ::


Sahabat & sahabiahku sekalian,bacalah............


Pada suatu ketika,Baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat,pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yg lain amat sukat sekali dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Baginda yg mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saiyidina Umar yg tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang;"Ya Rasulullah,kami melihat seolah-olah Tuan menanggung penderitaan yg amat berat,Tuan sakitkah ya Rasulullah?."..
.

"Tidak ya Umar,alhamdulillah,aku sihat dan segar."...."Ya Rasulullah,mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,kami mendengar seolah sendi bergeselan di tubuh Tuan?...kami yakin,Tuan sedang sakit..." Desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya,para sahabat amat terkejut.Perut Baginda yg kempis kelihatan dililiti sehelai kain yg berisi batu kerikil,buat menahan rasa lapar. Batu kecil itulah yg menimbulkan bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh Baginda. "Ya Rasulullah,adakah bila Tuan menyatakan lapar & tidak punya makanan,kami tidak akan mendapatkannya buat Tuan?."Lalu Baginda menjawab dgn lembut, "Tidak para sahabatku...aku tahu,apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu,tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kpd umatnya?.Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku,agar umatku kelak tidak ada yg kelaparan di dunia ini,lebih-lebih lagi tiada yg kelaparan di akhirat kelak."----





*Ya Rasulullah...mulianya akhlakmu....Sungguh!!.... mengalir airmataku setiap kali membaca sirahmu...ketelusanmu manarik hatiku!...wahai kekasih Allah!!!



Manisnya tahajud(tazkiyatunnas....

No comments:

Post a Comment