(1138-1193 M / 543H-598H)
“ Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia.”
Novel sejarah Islam
Oleh: Abdul Latip Talib
Adakah Kau Lupa
Album : Alami
Adakah kau lupa
Vokal : Nordin
Zuhudnya Sultan Salahudin….
Pg 283
“ saya lebih senang tinggal di dalam khemah tentera daripada tinggal dalam istana yang cantik. Saudara membazirkan duit rakyat kerana mahu mengambil hati saya . demi Tuhan, saya tidak mahu menerima pemberian ini, “ tegasnya.
Dia juga mendalami pengajian agama semasa berada di Damsyik. Dia sering menghadirkan diri dalam majlis ilmu yang diajar oleh ulama’ terkenal. Sifat rendah diri, zuhud dan tawaduk yang dimiliki oleh Sultan Salahuin memudahkannya menghargai pandangan dan fikiran sahabatnya , Muluk dan rakyat jelata. Kebijaksanaannya mentadbir wilayah Islam juga amat dikagumi.
Detik-detik sakaratul maut.
Pg 285
“ saya berserah kepada takdir Ilahi. Apabila sudah ditakdirkan, saya redha menerimanya (kematian),” kata Sultan Slahudin bin Ayubi.
“ saudara memiliki suara yang lunak . bacakan ayat-ayat al-Quran kerana saya rindu pada wahyu itu, “ katanya lagi.
Imam Abu Jaafar membacakan ayat-ayat al-Quran sehingga berkumandang azan Subuh.
Ketika itu keadaan Sultan Salahudin bin Ayubi bertambah tenat.
“ bawakan saya ke masjid bagi menunaikan sembahyang berjemaah, “ bisik Sultan Salahudin bin Ayubi.
“ orang sakit lebih baik sembahyang di rumah sahaja ,” kata Imam Abu Jaafar pula.
“ sultan Salahudin bin Ayubi tidak pernah meninggalkan sembahyang berjemaah kecuali pada hari ini,” bisik Bahaudin.
“ ambilkan saya air bagi berwuduk.” Permintaan itu segera ditunaikan.
Sultan Salahudin bin Ayubi menunaikan sembahyang Subuh di tempat pembaringannya sesudah berwuduk. Orang ramai datang menziarahinya lagi selepas sembahyang Subuh.
Keadaannya bertambah tenat dan Imam Abu Jaafar menyambung lagi bacaan ayat-ayat Al-Quran . ketika sampai ayat al-Quran yang bermaksud, ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah, ‘ kedengaran suara Sultan Salahudin bin Ayubi mengucapkannya lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Pg 286…
“ Sultan Salahudin bin Ayubi seorang yang pemurah. Kesemua wang yang diperolehnya habis diberikan kepada mereka yang memerlukan. Dia juga tidak terpengaruh dengan harta. Semasa mengambil alih pemerintahan Mesir, Khalifah Adhid banyak meninggalkan harta namun dia tidak mengambilnya . Harta-harta rampasan perang dibahagikan kepada tenteranya,” puji Bahaudin,
Menurutnya lagi, walaupun Salahudin bin Ayubi adalah sultan yang memerintah Mesir hingga ke Yaman namun dia tidak hidup mewah. Ketika meninggal dunia dia tidak memiliki walau sebuah rumah dan wang simpanannya empat dinar sahaja.
“ Di medan perang, Salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada sinag hari walaupun demam sehingga doktor peribadi beliau menyuruhnya berbuka”.
-Ibnu Shaddad, ahli sejarah Islam.
Nabi Muhammad berkata, “ Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya.”
-direkodkan oleh Muslim, Abu Daud , Tarmizi Nasai, dan Ibnu Majah.
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lidah (dakwah).”
-Sayid Abul ‘Ala al-Maududi.
“ Jika kamu bersabar tetapi dalam keadaan bersiap sedia, musuh datang menyerbu kamu, ketika itu juga Allah menolong kamu dengan menghantar lima ribu malaikat yang memakai tanda.”
- Surah ali-Imran : 125 -
“ barang siapa yang berperang di ajalan Allah sampai dia terbunuh atau mendapat kemenangan maka kami kurniakan kepadanya pahala yang besar .”
-surah an-Nisa’ : 74 –
Nabi Muhammad berkata , “ Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak angan-angan.”
-direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
http://kubertatihdibumimuyaallah.blogspot.com/search?updated-max=2009-08-23T11%3A04%3A00-07%3A00&max-results=7
Sambungan…..
90. kematian tentera berkuda lemahkan semangat tentera pejalan kaki di kalangan tentera salib – kucar-kacir :m/s 182
91. tentera salib yang ditawan di bunuh kerana telah bunuh ramai orang Islam :m/s 187
92. kematian dua panglima salib & kejayaan Malikul Afdhal tawan kota Shafuria menaikkan semangat tentera Islam dan turunkan semangat tentera salib :m/s 187
93. tawan kota Kark yang baru ditawan oleh Birnis dan kuasai kawasan sekitarya :m/s 188
94. Bina kediaman baru untuk wanita dan kana-kanak :m/s 190
95. bakar kubu- tidak mahu tentera salib berkubu balik: m/s 190
96. ugut tarik pangkat kepada tentera yg curang (seperti yg dilakukan oleh pendeta) – sebagai pengajaran :m/s 191
97. tawar pangkat untuk tarik Raja Raymond peluk Islam :m/s 193
98. jangan bergabung dengan tentera salib kerana mereka akan tahu rahsia tentera Islam –nanti bocor ke musuh :m/s 194
99. jangan tunggu diserang pd masa tertentu—bergerak ke tempat lain sebagai umpan untuk alih perhatian tentera salib ke tempat lain :m/s 195
100. gabung dengan tentera Islam di jajahan lain –50 ribu orang :m/s 196
101. sukarelawan –semangat jihad lebih tinggi untuk syahid dan menang :m/s 196
102. serang kubu yg tak kuat spt Tabariyah—supaya tentera salib pergi ke sana —akan lemahkan pertahanan kubu kuat di Safariah :m/s 197
103. serang dari belakang kubu :m/s 197
104. berehat dulu untuk lepas penat dan asah senjata – seran lepas solat isya’ :m/s 198
105. mesyuarat terakhir b4 serang –taklimat dan wasiat- bagi peluang kat semua pembesar untuk beri pendapat dan luah perasaan : m/s 200
106. berperang kerana Allah bukan dendam – dendam akan membuatkan kit ank bunuh musuh tanpa kasihan :m/s 201
107. serang waktu malam ketika musuh tidur : m/s 201
- tentera berkuda runtuhkan khemah – tentera salib terperangkap dalam khemah – tentera pejalan kaki serang
108. pura-pura tinggalkan kota Tabariah yang dah ditawan – serang balik ketika tentera salib nak percaya :m/s 205
109. tentera salib keluar dari kubu – tentera Islam bakar perlahan-lahan –guna jalan lain supaya tak bertembung : m/s 207
110. PERANG MUKTAH- tentera Islam 3000/ tentera salib 200 ribu – Tariq bin Ziyad mendarat di Jabbal Tariq – bakar kapal yang mereka hantar supaya tentera Islam tiada pilihan – berjihad untuk menang atau syahid
111. jangan pandang rendah pada musuh :m/s 211
112. mula serangan dengan panah berapi :m/s 211
113. tentera pejalan kaki – kepung musuh :m/s 211
114. kekuatan rohani – baca al-quran, solat sunat, dapat makanan yg cukup :m/s 211
115. solat berjemaah bergilir-gilir – berjaga-jaga :m/s 212
116. berpuasa sunat ketika berperang – sunah n dapat rahmat :m/s 213
117. tentera Islam bertakbir- bergema di angkasa – takutkan musuh :m/s 214
118. panah kuda tentera salib- tentera salib jatuh – tentera jalan kaki Islam serang :m/s 215
119. panah rumput kering di tempat kumpul tentera salib : m/s 215
120. salahuddin bagi semangat kat semua tentera Islam – Allah bersama kita : m/s 216
121. anak muda ajak orang yang ingin syahid serang tentera salib :m/s 216
122. terbunuh – tentera Islam lain berkobar-kobar nak balas dendam : m/s 217
123. rampas salib (tentera salib percaya boleh lindungi mereka) – serang dari belakang bukit – umpan tentera Islam dari depan :m/s 221
124. salib dijatuhkan dan panji Islam dikibar :m/s 224
125. sultan salahuddin buat sujud syukur – yang lain bersyukuer kepada Allah: m/s 224
126. musuh yang serah kalah tak boleh diperangi :m/s 224
127. mayat tentera Islam diasingkan dari mayat tentera salib :m/s 225
- tentera Islam disolatkan dan dikebumikan oleh orang Islam
- mayat tentera salib diuruskan oleh tentera salib
128. tentera Islam dan tentera salib yang cedera diberi rawatan :m/s 225
FACTS : Tentera Islam yang syahid 500 / tentera salib 30 000
-tentera salib yang ditawan 30 000 termasuk Raja Raymond
129. pengepungan melambatkan masa – beri peluang tentera salib untuk kumpul tentera dan kuatkan pertahanan mereka. : m/s 238
130. tentera Islam – panjat tembok guna tali dan kayu sebagai tangga :m/s 238
- panjat tembok waktu malam semasa orang tidur – lempar tali banyak dan panjat beramai-ramai – pintu tembok dibuka dari dalam
131. sultan salahuddin hantar surat kepada raja mesir supaya hantar :m/s 239
Kapal perang untuk sekat kapal2 dari Eropah yang hantar bantuan kepada tentera salib di Jerusalem
132. penyerbuan berterusan – melemahkan musuh :m/s 241
Takbir !! JERUSALEM DITAWAN
Bina benteng kukuh - 80 000 tentera Islam kepung tetapi gagal pada awalnya
Tentera salib hujani dengan anak panah bila hampiri benteng
Semua tentera salib bawah jajahan berkumpul
Dah kumpul makanan, minuman & senjata yang mencukupi berperang selama berbulan-bulan
Pasukan tentera salib muncul secara mengejut dari pintu rahsia tembok batu lalu serang dan bunuh tentera Islam – masuk balik sebelum tentera Islam sempat bertindak
Sultan Salahuddin siasat sekitar tembok – ada gereja yang bersambung dengan benteng di utara – tawan gereja- boleh masuk benteng dari situ
Pasukan pemanah Islam hujani bahagian dalam benteng dengan panah berapi – rumah penduduk Kristian terbakar
Perjanjian damai dilakukan ketika tentera salib kalah (kalau tidak tentera salib akan bakar masjidil aqsa sebelum serang)
Tentera salib kena bayar 10 dinar untuk setiap tebusan
Perjanjian ini ditandatangani pada 27 Rejab 583 H
Azan berkumandang lagi di masjidil Aqsa (panji Islam ditegakkan :m/s 252)
133. serang benteng di barat kerana tentera salib tumpu untuk tawan benteng di utara : m/s 241
134. gali lubang menyusup bawah benteng – buat banyak lubang – ramai tentera Islam boleh masuk – lapisan pertama berjaya tembus :m/s 241
135. perintah pasukan pemanah berapi untuk serang sementara tentera yang lain gali parit :m/s 241
Bantuan Allah lepas solat hajat di masjidil Aqsa ;m/s 261
Cadangan Imam Muhyiddin diterima lalu mereka bersembahyang hajat di Masjidil Aqsa
- Musim sejuk melampau berserta ribut dengan izin Allah– tentera konstaniopel mati kesejukan – terpaksa pulang ke negara asal
sajak oleh Syed Naquib Al-Attas.
Aku melihat dunia hari ini
Orang Islam macam digenggam
Belenggu orang kafir
Akhirat mereka luput
Dunia pun tercicir
Budaya jahil tidak diambil peduli
Melampau-lampau dalam hiburan
Khayalan keterlaluanLuas.....luas membanjir
Teruk...tak tertaksir orang yang karam
Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cordoba, Baghdad, Andalus
Hilang ....hilang ditelan zamanKita lupa semua jawapan persoalan kehidupan
Yang mahir dihafal
Mampukah kita nak jawab di depan Mungkar dan Nakir nanti?
Setengah-setengah orang kata, sejarah ini ibarat pentas bermain wayang
Cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjang
Bila tamat diulang ....dan diulang ....ulang kembali
Kalau begitu, takkanlah mustahilUntuk giliran Islam pula yang mendatang
Tamadun kita yang lama dahulu yang indah gemilang
Hidup semula, kembali segar-bugar terbentang,
Di dunia yang luas.
* YA ALLAH...terimalah usaha hamba Mu ini walaupun dgn mengekstrak dari buku ini mudah-mudahan akan menyumbang kepada kebangkitan Islam dan sebagai tips untuk umat Islam berperang jika di serang. Ameen.