MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....


Monday, July 27, 2009

.:Kita Di TipU hIdUp-hIdUp :.

Beberapa individu telah menghubungi Al-Islam dan mendakwa terdapatnya beberapa restoran mamak yang sangat meragukan. Menurut mereka, restoran ini mengaburi mata para pengunjung dengan menggantungkan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat Seribu Dinar dan Ayat Kerusi sedangkan pemilik restoran tersebut bukanlah beragama Islam. Al-Islam rasa terkejut mendengarkan cerita daripada mereka yang seolah-olah mahukan Al-Islam membongkar perkara ini yang dianggap biadap!

Satu daripada kisah benar yang diadu oleh mangsa-mangsa..

Oleh Haikal , pekerja sektor swasta..mengatakan satu pengalaman ngeri yang tidak mampu dilupakannya

Kata Haikal, dulu dia sering berkunjung ke sebuah restoran mamak yang terletak tidak jauh dari pejabatnya. Cerita Haikal, dia sebenarnya tidak beberapa minat makan masakan mamak namun disebabkan restoran mamak itulah satu-satunya restoran yang paling hampir dengan tempat kerjanya, jadi dia sering ke situ bersama kawan-kawannya untuk minum pagi dan makan tengah hari.

Pada mulanya Haikal tidak berasa apa-apa yang mencurigakan sehinggalah pada suatu hari dia menemui ayat perhiasan agama Hindu yang digantungkan berhampiran kaunter bayaran. Peristiwa ini membuatkan Haikal berasa sedikit curiga. Tetapi dia dan rakan-rakannya tetap mengunjungi restoran itu kerana restoran tersebut turut menggantungkan ayat-ayat Al-Quran. Ini membuatkan dia masih lagi percaya yang pemilik restoran tersebut beragama Islam.

Sehinggalah pada suatu hari ketika Haikal sedang makan tengah hari, dia ternampak dua lelaki cina menghantar bekalan ayam ke restoran tersebut. Selepas dari peristiwa tersebut, Haikal tidak lagi mengunjungi restoran tersebut. Tambah Haikal, “ patutlah ayam goreng yang saya makan di situ terasa hanyir. Rupa-rupanya, saya makan ayam tidak disembelih,” cerita Haikal dengan sedikit ketawa walaupun jelas terpancar rasa marah di wajahnya. Kata Haikal, dia sudah tidak lagi mengunjungi mana-mana restoran mamak. Bagaimanapun, Haikal meminta gambarnya tidak di dirakam.
Sumber: Al-Islam, Julai, 2009, m/s 10,11

Tujuan ana postkan artikel ini kerana ana ingin highlightkan bahawa Malaysia kini tidak selamat kerana hak agama Islam diperkotak-katikkan. Terdapat banyak golongan yang cuba mencampuri adukkan makanan Muslim dengan makanan yang tidak halal..
Buktinya, walaupun JAKIM telah mengesahkan segala produk makanan yang bercampur dengan perasa makanan yang mempunyai kod E …
antaranya
E100,E110,E120, E140,E141, E153,E210, E213,E214, E216,E234, E252,E270, E280,E325, E326,E327, E334,E335, E336,E337, E422,E430, E431,E433, E434,E435, E436,E440, E470,E471, E472,E473, E474,E475, E476,E477, E478,E481, E482,E483, E491,E492, E493,E494, E495,E542, E570,E572, E631,E635, E904
diambil dari website JAKIM tiga bulan lepas
mengandungi unsur Khinzir, namun logo halal masih digunakan secara berleluasa oleh syarikat-syarikat makanan…Ana tidak tahu siapa yang patut dipersalahkan…adakah JAKIM kerana memberikan sijil halal kepada syarikat yang tidak patut menerimanya..atau JAKIM kerana tidak begitu teliti ketika memeriksa kandungan makanan yang sepatutnya diperiksa dari akar umbi…atau syarikat makanan yang tidak jujur dalam mencampurkan sedative makanan ini walaupun telah diharamkan oleh JAKIM bagi produk Islam. Namun begitu, kita sebagai pengguna Islam WAJIB mengambil berat akan makanan yang akan kita makan…kerana ianya akan mengalir ke dalam tubuh kita dan akan menjadi darah daging kita…kesannya akan mempengaruhi daya ingatan dan kesucian hati…kerana ilmu (Nur=cahaya) tidak akan masuk ke dalam hati-hati yang gelap.. wallahualam

Justeru, ana mengambil peluang ini sebagai salah seorang agen pengedar HPA (ahli yang lelap, maafkan ana ), produk Islam yang halalan Toyibbah, menyeru kepada semua penduduk Islam untuk membeli produk Islam ini..Bayangkan saham anda di akhirat kerana anda dapat membantu produk Islam, Membantu orang Islam, memartabatkan ekonomi Islam dan bersaing dengan ekonomi golongan kuffar.




Caranya mudah, belilah barangan HPA yang telah dipasarkan secara meluas di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.. Jadilah ahli HPA seumur hidup, dengan menginfakkan wang yang tak sebeberapa nilainya , Cuma RM30 dan anda akan mendapat kit niaga HPA..selain itu, anda dapat membeli produk HPA dengan harga ahli yang jauh lebih jimat dan mendapat mata niaga..
Jom bantu ekonomi Islam…..salam perjuangan..



.: Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam:..

No comments:

Post a Comment