Kuala Lumpur: Ikan keli yang di ternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi haram dimakan oleh umat Islam . menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, apabila warna, rasa, dan rupa air itu berubah, maka air tersebut telah menjadi najis Mughalazzah, najis paling berat dalam Islam. Maka ikan yang hidup di dalamnya haram dimakan. Sementara itu, Penasihat Menteri Besar Perak bagi Hal Ehwal Islam, Datuk Kapt.(B) Mohd Najmuddin Elias mengarahkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat dakwaan kes tersebut dan mengambil tindakan segera terhadap kes tersebut yang dianggap serius .
Sumber: Al-Islam, Julai, 2009, m/s 6
No comments:
Post a Comment