Alhamdulillah, Allah telah mentakdirkan diri ini untuk menjejaki Negara Islam idamanku iaitu, Turki ..
tanggal 12-15, diriku, arah, darsheni dan aqilah rafthanah telah menjejakkan kaki ke bumi Istanbul .. kami gagahkan diri menjelajahi negara Islam ini walaupun hanya berempat ..
kami telah membeli tiket ke Turki 2 bulan yang lalu ..sejurus selepas tiket berjaya di beli, keesokkanya keluar berita mangsa gempa bumi di Turki .. hancur luluh hatiku membaca berita tersebut .. satu demi satu dugaan melanda .. ketika summer baru2 ini, ibu bapa ku tidak membenarkan diriku ke Turki lantaran adikku yang tengah berdepan dgn SPM perlukan ku .. ku korbankan percutian bersama sahabat2 ..lagipun ketika itu kewangan diriku agak goyah , lantas kutangguhkan hasrat tersebut hingga sekarang ..namun berita gempa bumi tersebut telah merisaukan diri ibu bapaku .. ku doakan juga agar keadaan di Turki kembali pulih ketika detik kami menjelajah Turki ..Alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya ..
antara perkara yang sangat menjadi detik manis buat diriku adalah mendengar laungan azan drp Blue Mosque. disaat mendengar laungan azan Isyak daripada masjid yang sangat cantik ini, diriku menitiskan air mata menandakan kesyukuran kpd Allah Taala .. sudah lama diriku rindukan laungan azan dan langkahan kaki ke Masjid , Rumah ALLAH ... inginkan solat berjemaah beramai2 seperti Malam Terawikh di Bulan Ramadhan .. ketika itu juga, laungan azan berkumandang di beberapa masjid lain ...
permandangan Blue Mosque di waktu malam ..
aku menyaksikan jemaah Islam berbondong-bondong keluar masuk masjid
untuk menunaikan solat Isyak berjemaah
Seni bina Islam yang sangat mengagumkan =)
kenapa diriku memilih Istanbul?
kerana negara ini telah menyaksikan kehebatan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera yang telah merealisasikan hadis Nabi Muhammad SAW , 800 tahun yang lalu.. setelah 12 percubaan dilakukan .. dengan kesungguhan sultan Muhammad Al-Fateh yang berusia 21 tahun, 150 000 tentera Islam telah berjaya membuka Constantinople
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
bertitik tolak daripa hadis tersebut, ku pasakkan niat untuk mengkaji kehebatan sultan muda berusia sebaya diriku ini .. Selain Nabi Muhammad SAW, pemimpin terhebat di dunia ini, aku berazam untuk menambahkan tsaqafah Ilmuku tentang tokoh2 Islam .. dulu aku pernah membaca buku Salahuddin Al-Ayubbi, kini ku ingin sambung kajianku tentang tokoh Sultan Muhammad bin Murad ini =)
PUISI 2011 : Akademi AL-Fateh
Tanggal 23 december , aku dan adik juniorku , Sofiya memulakan kembara Ilmu kami di Puisi Akademi Al-Fateh .. aku seakan-akan tidak percaya melihat ustaz syaari dan kak nurul, isteri ustaz syaari di depan mataku .. lebih-lebih lagi ketika saatku memegang cahaya mata mereka, Fatihah wajihah =)
Berikut merupakan Video ringkas yang menjelaskan 7 habits yang dikupas daripada buku 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE , Karya Stephen R. Covey ..
RAHSIA KEJAYAAN AL-FATEH MENAWAN KONSTANTINOPEL:
1. Data dan maklumat yg sgt tepat (Sultan sendiri terlibat dlm operasi mengumpul maklumat: tak perlu tunggu org lain buatkan= leadership quality)
2. Proaktif (disebabkan vision yg sgt jelas sjk kecil utk merealisasikan hadith Rasulullah SAW, Sultan sndiri bt kerja. klau dh Sultan sndiri turun padang, bayangkan mcm mana tentera2nya?that's why mereka adalah yg terbaik. Sultan sndiri masuk ke kota Konstantinopel menjalankan perisikan sorg2 ttg Urban, menghantar menterinya membuat diplomasi, menghantar org bwhn mendapatkan maklumat tepat ttg Greek Fire etc etc.)
3. Kajian sejarah. Sultan sgt2 pakar menkaji sjrh terdahulu. Baginda mengkaji kelemahan2 yg ada dlm episod2 serangan khalifah2 terdahulu termasuk bapa dan datuknya. (cth: Sultan Abdul Malik=mnyerang time winter, so mmg xsesuai: tentera xbrsedia dgn cuaca ekstrem)
4. Byk melancarkan serangan psikologi rather than physical. ini utk menakutkan musuh, mematahkan smgt pihak lawan dan mngurangkan risiko kematian dan pertumpahan drh dlm skala yg lebih besar. (IQ=taktik yg sgt genius dan EQ=mmatahkan smgt lawan so that bleh serah diri scara aman)
5. Menjalinkan hubungan dgn kerajaan2 jiran (mengelakkan berlaku sbrg campur tgn org lain utk reduce sbyk mungkin risiko pertumpahan drh dgn org lain sbb aim sbnr nk tawan kota tu ja = mnegakkan izzah Islam)
6. Unexpected technology. Sdg Rom bermegah2 dgn GREEK FIRE nya, al-Fateh menggunakan kepakaran Urban, seorang pakar meriam Hungary yg menjadi banduan Maharaja Rom, maka terhasillah GREAT GUN yg mmpu menembak peluru sberat 300-1500kg sejauh 1 batu. Selain tu, terbina juga Rumeli Hissari yg sgt hbt tu yg ambil masa hnya 139 hari utk siapkan. Hbt sgt2 org2 al-Fateh!
7. Unexpected strategy. Tentera al-Fateh bkn shj hbt dr segi EQ (xgentar, xmudah goyah, x kejar dunia, cintakan syahid) dan SQ (kuat kebergantungan kpd Allah dan serah diri bulat2 kpd Allah), tp mereka juga pakar gali tanah, pakar pembuat jambatan, pakar kepung, dan pakar segala pakar la sng cite.sbb tu mereka ni disebut sebaik2 tentera
( rahsia ini merupakan perkongsian drp junior di Canterbury )
dokumentari ringkas yang menceritakan pengalaman manis di PUISI 2011
Lagu Tema Puisi 2011: Untuk sebuah perubahan
bagi sahabat-sahabat di Malaysia, luangkan sedikit masa dan wang ringgit anda untuk menyertai akademi al-fateh ini, ustaz syaari selalu mengadakan program di Malaysia, seperti di universiti tanah air, badan-badan kerajaan, sekolah-sekolah, Institut perguruan dan sebagainya ..
ku akhiri satu catatan berharga dalam hidupku dengan berkongsikan satu perkongsian daripada penulis sebenar buku ' Kuasa Kepimpinan AL-FATEH ' , ustaz Syaari Abd Rahman, senior sekolah ku di KISAS .. begitu juga kak nurul shuhadah Syuib yang merupakan pelajar terbaik STPM , pendebat terbaik dan ketua umum pelajar di KISAS ketika diriku bergelar pelajar Form 5 di KISAS pada tahun 2006..
moga sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, menjadi lebih baik daripada diriku ..
Jom kita sahut seruan jihad .. belajarlah daripada Negara Turki ini yang dijangkakan akan menjadi New Otthman Empire - sekarang Tunisia, Turki, Mesir , Libya telah membuat perubahan ..jom kita naikkan daulah Islam di Malaysia , merealisasikan hadis nabi tentang kebangkitan umat di akhir zaman... pilihlah pengakhiran hidup yang baik dengan bersama-sama jemaah Islam .. moga hidup kita diberkati Allah .. doakan diriku dapat bertandang ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji dan umrah --> suasana yang dirindui ketika berada di Istanbul, menyaksikan umat Islam yang beramal dengan Islam, masjid diimarahkan dan semuanya diselarikan dengan sistem Islam ..ameen ya Allah
No comments:
Post a Comment