MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....

Thursday, January 5, 2012

FETIH 1453 :)



Memetik kata-kata ustaz syaari abd Rahman, pengarang buku the best seller, Kuasa Kepimpinan Al-Fateh,


‎17 juta US Dollar, dinasihati pakar sejarah Prof. Dr. Feridun Emecen, babak-babak penting sejak dari Perang Varna 1444 hinggalah imbasan semula pencerobohan ganas Salib pada 1204 ke atas Konstantinopel, dari peranan Mullah Gurani (Al-Kurani) mendidik Muhammad sejak kecil hinggalah gambaran teknologi CGI landskap sejarah di sebalik kekuatan 150,000 tentera, pembinaan meriam, pemindahan kapal dan keutuhan tembok. Jika Kingdom of Heaven mengambil sisi pandang keberanian Balian dari Ibelin, Fetih 1453 mengambil sisi pandang keberanian Hassan dari Ulubat sehingga ketua batalion keempat serangan akhir pagi Selasa 29 Mei 1453 itu berjaya memacakkan panji dan syahid bersama 18 tentera terbaik Osmanli.


Hanya 3D dan "subtitle" akan membantu menjiwai filem termahal Turki di Istanbul nanti.


Filem memang bukanlah sebaik-baik kaedah untuk mengkaji sejarah sebenar 1453, namun jadikanlah ia pemangkin semangat untuk membuat kajian lanjutan, membelek manuskrip sejarah dan bertemu para sejarawan di sana sendiri untuk mendapat 'clear picture' yang lebih baik. Buang yang keruh, ambil yang jernih.


Semoga Allah merestui misiku "2 in 1" di Istanbul nanti. İstanbula hoş geldiniz!

No comments:

Post a Comment