“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” ( Surah Ali Imran 185 )
Saturday, September 11, 2010
AidiLilfitRi dan SuNnAh
SeLaMaT hArI RayA Eidul Fitri diucapkan kepada semua kenalan2 diri ini .. maaf zahir batin .. maaf atas segala silap dan salah saya sepanjang kita berkenalan dan bersahabat .. semoga Alah menerima amalan-amalan kita dibulan ramadhan dan memberi kekuatan untuk istiqamah di sepanjang 11 bulan yang akan datang .. Ya Allah , berilah lagi peluang kepada kami untuk ditarbiyah di bulan ramadhan pada tahun hadapan.. ameen ..Taqabbalallahu minnaa wa minkum ..
Hukum bergembira pada hari raya adalah sunat.
Betapa pemurahnya Allah, kalau bergembira pon, dapat pahala sekiranya bergembira dengan cara yang betul dan tidak melebih-lebih.
Syaitan pula, dia nak kita bergembira skrg didunia dengan cara yang salah, membawa kita kepada derita akhirat nnt. Syaitan sangt jeles ngn kita kalau kita gembira meraikan hari raya dengan cara yg betul dan cuba pesongkan cara kita supaya kegembiraan membawa kepada dosa.
Sunat bergembira TETAPI, harus bertepatan dgn syarak:
1. Mesti kena pada CARAnya, iaitu, harus menggembirakan orang lain juga. Jangan kita gembira atas kesusahan orang laen pada hari raya, cth: ejek2 orang.
2. Kena tgk pada HASILnya, samada kegembiraan yg kita rasakan tu, buat orang suke or kecik hati.
Bergembira mestilah dengan mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, jiran tetangga dan sahabat2 bukan dengan mengumpat sesama kita.
Mandilah sunat hari raya pagi hari raya. Kalau esok, mandi, niatlah mandi sunat hari raya dulu,pastu niat mandi sunat hari Jumaat pulak, dapat dua pahala sunat.
Sembahyang raya boleh je seorang diri dan tak dengar khutbah raya xpe.
Adab : kena dengar orang baca khultbah tapi kalau berbual kurang pahala dengar khutbah tu. Maklum laaa, bila jumpa kawan2 lama dalam masjid, mesti byk benda nk ckp.
Sebelum solat sunat aidilfitri, SUNNAH makan dulu sebelum g solat sunat hari raya kat masjid.
Doakanlah mak ayah kita, nanti anak2 kita doakan kita pulak.
Doa akan sampai terus kepada mak ayah dalam kubur bg mak ayah yang dah meninggal. Dan mereka akan bersedih jika anak2 tidak mendoakan mereka dalam kubur.
Syarat utk gembira: kena gembirakan orang laen tanpa mengharapkan sesuatu balasan.
Rancangan Tanyalah Ustaz, 30 Ramadhan. :)
p/s: terima kasih kepada sahabat baik saya , Nurul Farahana Mohd Zawawi yang sangat rajin menaip tazkirah daripada rancangan Tanyalah Ustaz.. semoga arah juga mendapat saham di akhirat ..ameen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment