“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” ( Surah Ali Imran 185 )
Setelah Nabi Isa selesai menghadapi segala persoalan daripada Allah SWT, tiba giliran Nabi Muhammad untuk dibicarakan di akhirat .
Allah menyeru dan bertanya kepada nabi Muhammad..
“ Hai Muhammad , sesungguhnya Jibril menjelaskan bahawa kitab Al-Quran yang telah disalinnya dari LuhMahfuz, telahpun diserahkan kepadamu. Benarkah engkau telah menerimanya?”
jawab Nabi Muhammad SAW:
“sesungguhnya benarlah segala pengakuan Jibril itu, bahawa kitab Al-Quran itu telah diserahkan kepadaku sepenuhnya. Sebagaimana yang telah diamanahkan kepada ku , maka kesemua kandungan Al-Quran telah aku sampaikan kepada umatku.”
Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW naik ke atas mimbar khas yang telah disediakan serta membaca Al-Quran, ayat demi ayat hingga ayat akhir. Sekalian umat baginda yang mendengar ayat itu merasakan seolah-olahmereka belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Hal ini kerana suara baginda sungguh indah, sedap di dengar dan beralun menurut rentak dan maksud. Suara baginda rendah menawan apabila membaca ayat yang mengandungi doa dan harapan. bertukar meninggi bagaikan amaran yang menggerunkan apabila membaca mengenai azab2 dan ancaman kepada mereka yang ingkar terhadap hukum Allah.
Suara dari astaka kebesaran tuhan .suara itu berbunyi :
“ Wamtazul yauma aiyyuhalmujrimun.” (surah yasin ayat 59) yang bermaksud : Dan (dikatakan kepada orang-orang kafir ) : “ berpisahlah kamu ( daripada orang2 mukmin ) pada hari ini (kiamat) ini, hai orang2 yang berbuat jahat.
Pemisahan ini dilakukan setelah kali bacaan kali kedua kitab2 samawioleh para rasul di hari masyar. Bacaan ini , dapat membezakan umat yg beriman dengan umat yg ingkar.
Seruan2 Allah
Seruan pertama :Datang perintah Allah supaya org mujrimun(kafir) berpisah dari orang beriman.’
Seruan ke-2 : “wahai Adam , hantarlah kiriman untuk ke neraka.” Nabi Adam bertanya kepada Allah.” Sebanyak mana Tuhan ?.Allah menegaskan : Bahawa drpd 1000 org, 999 org ke neraka , hanya 1 drp 1000 terpilih ke syurga.
Selepas proses pengasingan ini, hanya tinggal satu gengaman yang akan dimasukkan ke dalam syurga Allah . hanya Allah yang mengetahu sebesar mana gengaman Tuhan itu.
Ketika Abu Bakar As-Sidiq RA mendengar hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, Abu Bakar berdoa kepada Allah : “ Semoga kita termasuk dalam gengaman Tuhan itu: iaitu dalam kalangan orang2 mukmin yang bakal nikmati syurga Allah Taala “
Amiin ..
Sumber : Nota kepada diri by Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Subhanallah .. all praise and gratitude , I dedicate to YOU, ALLAH ..the Most Gracious and The Most Merciful
Look around yourselves Can't you see this wonder Spreaded in front of you The clouds floating by The skies are clear and blue Planets in the orbits The moon and the sun Such perfect harmony Lets start question in ourselves Isn't this proof enough for us Or are we so blind The push it all aside.. .....
Maafkan ana kerana mencampur adukkan bahasa .. Arabic + English + malay
Tapi inilah keindahan bahasa yang perlu kita pelajari .. tapi bahasa yang paling indah di dunia dan kekal hingga ke syurga hanyalah lughratul Arabiyah (bahasa Arab ).. maka pelajarilah bahasa arab melalui al-quran kerana disitulah khazanah segala ilmu dan bahasa . bahasa kita and English hanyalah medium untuk kita berdakwah kepada sahabat2 kita yang masih belum menerima hidayah ( org putih dll )
Hari ini.. terdetik untuk ana berkarya .. rindu pula untuk berdakwah di blog ini..walaupun kadang2 kita merasakan ada kerja yg lebih aula ( utama untuk diselesaikan ) ..namun memikirkan bahawa kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa ingat bahawa hidup kita tidak lama.. mungkin nanti, sesaat, seminit, esok , minggu depan dan seantara dengannya ..kita akan menghadap Ilahi…jadi manfaatkan setiap detik yang Allah kurniakan untuk menyampaikan ayat2 Allah ( ajaran Al-Quran ) kerana ada hadis yang menyatakan :
sebaik2 kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya (HR bukhari)
sesetengah daripada kita merasakan mereka tidak layak untuk berdakwah kerana mereka merasa segan .. jangan begitu sahabat2 ku sekalian .. kita cuba yang terbaik untuk menyampaikan firman Allah .. mana tahu ..orang yang kita dakwahkan itu akan menjadi lebih baik dari kita.. dan mungkin mereka dapat menjadi pendakwah yang lebih baik dari kita..hasilnya.. ISLAM akan tersebar ke seluruh pelusuk dunia.. dan ketika ini.. kemungkinan berlakunya zaman kebangkitan .. dan seterusnya kiamat.. insyaAllah ..segala anggota badan kita akan menjadi saksi di akhirat kelak bahawa kita telah melaksanakan urusan dakwah ..
back to the main point.. sebenarnya ana sangat2 bersyukur kerana Islamic Dakwah Centre International
telah memainkan peranan yang besar dalam menyebarkan dakwah di United Kingdom ni .. Alhamdulillah .. mereka menyediakan tafsir quran free kepada golongan bukan Islam yang berminat untuk mengkaji Al-Quran ( semoga Allah membuka hati mereka dan memudahkan mereka untuk bergelar muallaf..ameen ) ..bukan itu sahaja, mereka turut dibantu oleh sesetengah kedai halal ( spt kebab pakcik Pakistan , dsb ).. mereka turut berperanan membeli tafsir quran ini dalam kuantiti yang banyak .. bagi yang non-Muslim ..mereka boleh dapatkannya dengan percuma di kedai2 ini manakala yang Muslim boleh menginfak’kan ( bersedekah ) 1 pound kepada pak cik pakistan ini untuk membantu mereka untuk terus berdakwah ..semoga Allah membalas usaha mereka .. bila dah ade tafsir in English ..bolehlah british people mengkaji keindahan Islam dlm Al-Quran ..jgn risau ..tafsir ini tidak mengandungi ayat Al-Quran ( Arabic verse ) tapi hanya menceritakan rumusan setiap surah dan terjemahan ayat tersebut ..selain itu, ada juga risalah2 free seperti " ANSWERS TO NoN-MUSLIM " common questions about Islam ".yg ini free untuk muslim juga ..
“Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9).
So, kita digalakkan untuk membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).
Selepas ini, bolehlah kita beramal dengan perintah Allah dalam Al-Quran dan menyampaikan kepada orang lain berserta dalil2..insyaAllah
" sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2( kebesaran Allah ) bagi orang yang berakal , " (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri , duduk atau dalam keadaan berbaring , dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( sambil berkata ) : wahai Tuhan kami ! tidakkah Engkau menciptakan semua ini dengan sia2 , maha suci Engkau , peliharalah kami dari azab neraka "
( Ali-Imran : 190-191)
Based on surah Al-An’am ..verse 102, 103, 104
Itulah Allah, Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Dia; pencipta segala sesuatu , maka sembahlah Dia , Dialah pemelihara segala sesuatu . ( al-An’am : 102 )
Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus, Maha teliti . ( Al-An’am : 103 )
Sungguh, bukti-bukti yang nyata telah datang dari Tuhanmu. Barang siapa melihat ( kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri ; barang siapa buta ( tidak melihat kebenaran itu ), maka dialah yang rugi . Dan aku ( Muhammad ) bukanlah penjaga (mu). ( Al-An’am : 104)
Disini, ana share video tentang muallaf , Ruben Abu Bakr seorang Australian dan English nasyid dari penasyid terkenal Maher Zain ..
Semoga ..selepas ini akan lahir ramai pendakwah2 dari muallaf yang kebanyakkannya lebih hebat dari muslim itu sendiri .. contohnya Yusuf Islam , ustaz farid ravi , dsb
thank You Allah for giving me hidayah .. may You give hidayatullah for them ..ameen