MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....


Sunday, December 13, 2009

BoLeHkAh mUsLiMaH BeRJAuLaH tAnPa mAhRaM




Salam
Alhamdulillah ..akhirnya detik penantian untuk bercuti telah tiba ..
Anda ingin melancong ? SPAIN ? IRELAND ? MESIR? PARIS ? ..( pening duk pikir pasal destinasi

" sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2( kebesaran Allah ) bagi orang yang berakal , " (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri , duduk atau dalam keadaan berbaring , dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( sambil berkata ) : wahai Tuhan kami ! tidakkah Engkau menciptakan semua ini dengan sia2 , maha suci Engkau , peliharalah kami dari azab neraka "
( Ali-Imran : 190-191)

Di sini , saya ingin berkongsi pengisian dari UMMU HUSNA @ ISTERI USTAZ ZAHARUDDIN
Boleh ke ? saye ni kan perempuan yang masih single ..( bagi yang masih belum buat keputusan nak pilih sape..ramai sangat tengah beratur menunggu )
Di persembahkan ..


JAULAH MUSLIMAH TANPA MAHRAM oleh Isteri UZAR

Pertembungan pendapat
1. Pendapat pertama HARAM


Ulama' siyria ( syeikh warbah zuhaili – HARAM (berpegang kepada hadis ni ) walaupun ada kemampuan harta dsb ), imam ahmad bin hambal, imam abu hanifah,

Jangan sekali-sekali seseorg lelaki bersunyi-sunyian dengan perempuan melainkan dengan mahram perempuan tersebut , jangan bermusafir melainkan dengan seorang mahram .

Hukum safa marwah dari Rasulullah SAW :
Ada seorg lelaki bangun dan tanya kepada Rasulullah.. ya rasulullah, aku ingin berperang tetapi isteriku sedang bersiap untuk menunaikan haji.
Rasulullah berkata kepada lelaki tersebut supaya menemani isterinya bukannya pergi berperang.
(bukannya Islam memandang rendah kepada kemampuan wanita, tetapi untuk meletakkan wanita di tempat yang mulia…bersihkan diri dari pandangan negative )

2. Berpegang kepada Illah (sebab musabab) – harus untuk menuntut ilmu, bekerja , ziarah

Imam bukhari - dlm sahihnya - imam malik bin anas, imam syafie , imam al-mawardi
Imam syafie kata : rukhsah boleh pada haji yang pertama je ,

Hadis pertama : saidina Umar bagi kebenaran kepada isteri2 nabi selepas kewafatan Rasulullah SAW bertemankan Abdul Rahman bin Auf dan Saidina Uthman bin Affan

Hadis kedua drp ali bin khatim , Rasulullah SAW menyebut tentang masa depan : mafhumnya , hampir2 akan keluar wanita dari al-hirah ( satu tempat di Iraq) menuji ke Baitul Haram tanpa di temani oleh suaminya

Yusuf Qardhawi kata , sbb byk sebab , kalu dulu HARAM sbb kat padang pasir, naik unta, mungkin jumpa perompak, ..tapi sekarg ade pengangkutan spt kapall terbang , ramai org dlm satu masa, ada security, system komunikasi, internet – keadaan ini, suasana dibolehkan tanpa mahram )

Kalu pilih yang pertama, maka ramailah suami atau ayah yg berdosa kerana ramai wanita hari ini yang berkejaya )

Siapakah mahram?

(Bukan muhrim : org dlm ihram haji )
Syarat untuk mahram yang teman buat haji : islam , muslim, baligh , berakal,

Mahram (tafsiran Ibnu qudamah )

Seseorg yang haram u dikahwini atas 3 sebab selama-lamanya :

1. Keturunan (nasab) –

" Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman , agar mereka menjaga pandangannya , dan memelihara kemaluannya , dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlh menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka , atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra mereka, atau putra- putra suami mereka , atau saudara-saudara laki-laki mereka , atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam )mereka , atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki tua yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan . Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah , wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.
( QS: AN-NUR : AYAT 31)


ulama'tafsir menjelaskan :
i- Ayah ( termasuk datuk sebelah ayah @ ibu, atau yg atas2 –datuk kepada datuk , dsb )
ii- Anak lelaki ( termasuk cucu lelaki)
iii- Saudara lelaki (adik beradik lelaki , termasuk kandung atau sebapa @ anak ibu
iv- Anak saudara lelaki
v- Bapa saudara lelaki belah ayah @ ibu

2. Mahram kerana penyusuan (menjadikan seseorg mahram bila 5 kali susuan berdasarkan hadis Ai'syah R.A – asalnya 10 kali susuan, tapi dimansuhkan jadi 5 - cukup menjadikan haram u dikahwini )

DALIL haram sebab susuan : An-nisa : 23
ibu2 yang menyusui saudara2 kalian dengan susuan
Senarai orang yang jadi mahram disebabkan susuan :
i- Suami kepada ibu susu ( termasuk Datuk belah ayah atau ibu )
ii- Anak lelaki kpd ibu susu
iii- Anak lelaki kepada adik beradik susuan
3. Mahram kerana pernikahan
1- Ayah mertua ( ayah suami)
2- Anak tiri (anak suami @ anak kepada isteri2 yang lain )
3- Ayah tiri ( ayah kepada ibu )
4- Menantu lelaki ( mahram kepada mak )

p/s : perlu pilih mahram yg boleh jaga muslimah ( terpelihara maruah , akhlak )
perempuan yang Thiqah ( jaga akhlak dan penampilan ) ulama' yang bolehkan

pesanan : jangan ambil mudah ( lihat kpd keperluan ) bukan untuk bersuka ria, shopping
kalu Allah mengkehendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan berikan peringatan kepada orag tersebut

Q & A

Soalan : boleh x nak bermusafir tanpa mahram ? ditemani kawan2 lelaki & perempuan

Harus perempuan bermusafir untuk lihat kebesaran Allah
Syarat : jaga akhlak & adab
1. Penampilan ( dibincangkan oleh Yusuf Qardhawi - Pakaian tidak menarik perhatian lelaki .
2. Jaga tutur kata – tidak bersuara menggoda dengan lelaki
3. Tidak duduk di sebelah lelaki , cuba untuk elak ( jaga sebagai muslimah ), tukar tempat duduk

Baca 3 kali doa ini ( Bismillah hi lazi..)– terkandung dlm hadis riwayat Abu Daud Tirmizi & Ahmad, kalu bc dari subuh hingga petang dan kalu bace lagi lepas petang, dilindung dari petang hingga subuh keesokkannya – doa dlm Mathurat) - InsyaAllah dilindungi dari musibah

Allahhumma inkunta ta'lam ( ya Allah , sekiranya Engkau ketahui ) anni amantu bika ( sesungguhnya ku beriman kepada Mu ) wabirrasullika ( dan rasul Mu ) wa ahsantu farji ( kupelihara kemaluanku kecuali kepada suamiku ) - khususkan segala yang ada pada diri kita untuk bakal SUAMI sahaja

Segala doa berkait dengan amal soleh, cara kita jaga aurat ( jangan salahkan doa kalu ditimpa musibah jika kita yang membuka pintu untuk di aniayai )
Dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim – supaya dilindungi dari mala petaka

Soalan : boleh x nak kerjakan umrah tanpa MAHRAM ?
Lebih baik kerjakan umrah dengan Mahram – perlu untuk dilindungi oleh Mahram kerana kita mungkin akan di rempuh oleh orang Arab yang besar2 ketika tawaf.

Soalan 3 : Abang ipar bukan mahram kita. Muslimah Kene tutup aurat bila bekumpul bersama keluarga dan abang ipar.

Pengajaran dari peristiwa Tsunami 2004, ade sorg wanita yang jenazahnya lengkap tertutup . Allah jaga aib kita bila kita betul2 jaga semasa kita hidup.
Isteri wajib minta kebenaran suami untuk keluar , wajib cakap . kalu x jatuh hukum nusyuz n berdosa
Tapi kalu rutin harian gi pasar hari2, x pe la..minta izin sekali je..

Soalan : apa hukum bermusafir 4/5 org perempuan campur lelaki ?
Hati yang baik akan sentiasa jaga , baik ke tak? Pelihara diri dengan batas2 dari Allah ..
Elok elak, elak diri dari jadi fitnah ..
Kalu x , cari suami orang yang dah kawin, dan isteri orang itu ikut sebagai perantara untuk teman pergi ke tempat tersebut.

Soalan : perlu x minta izin dari mak ayah bagi perempuan y belum kawin lagi kalu nk ke mane2?
Perlu kerana berdasarkan hukum kene minta izin suami
Soalan : bilangan muslimat untuk berjaulah ?
Hukum diambil kira ikut keadaan
Contoh : kalu 2 org dah selamat , x pe la ..
Klu x ramai skit ..
Ada ulama' arab Saudi x setuju kerana boleh je perempuan dlm kapal terbang di ganggu oleh LELAKI YANG GATAL ..
Tapi , ulama2 ikut situasi kebiasaan .. sebab orang ramai dalam kapal terbang tu .. jadi insyaAllah selamat

Soalan lain : boleh x perempuan jaulah dlm group tanpa lelaki
Boleh .. dengan beberapa perempuan yang thiqah ( boleh dipercayai , yang jaga akhlak dan penampilan )

Kesimpulan :
-Jaga akhlak n adab
-Mohon kepada Allah untuk dilindungi


Pesanan penaja ; harap maaf kalu ade tersilap taip ..saya hanya insan biasa … berkongsi ilmu adalah tanggungjawab semua ..


Selamat bercuti sahabat2 .. walaupun kepala duk pikir pasal assignment mase cuti .. itulah hakikat seorang STUDENT ..( nasib la labu )


Wasalam WBT

2 comments:

  1. perkongsian yg baik.

    klu muslimat pergi berperang tanpa mahram boleh ke?

    ReplyDelete
  2. salam ...

    ana bukanlah orag terbaik u berikan pendapat ..

    nta boleh ajukan soalan ini kepada ustaz-ustaz ..jawapan dr ustaz lagi bagus kerana berserta dengan dalil-dalil ..

    bagi ana, muslimat mungkin boleh berperang tanpa mahram kerana mengikut keperluan untuk mempertahankan negara Islam ( jika tahap kritikal) .namun, muslimah itu hendaklah meminta izin daripada mahramnya untuk keluar berperang .. jika muslimah itu terkoran, insyaAllah , muslimah itu akan syahid jika diniatkan kerana Allah . . sebaik2nya lelaki dulu yang keluar berperang ..

    kalu x silap ana, di Iran , ade akedemi u muslimah belajar berperang ..

    wallahuallam

    ReplyDelete