MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....


Monday, June 22, 2009

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN...

In the name of Allah The Most Gracious and The Most

Jika kau merasa lelah & tidak bermaya dari usaha yang seperti sia-sia, Allah tahu betapa keras engkau telah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama & hatimu masih teras pedih, Allah sudah menghitung airmatamu

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menungu sesuatu & waktu teras berlalu begitu sahaja…Allah sedang menunggu bersama mu.

Ketika kau merasa bersendirian & teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefonmu, Allah sentiasa berdoa disampingmu.

Ketika kau berfikir bahawa kau telah berusaha sesungguhnya & tidak tahu hendak berbuat apa lagi …Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segala-galanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal & engkau merasa tertekan, Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak & harapan..sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu sedang berjalan lancar & kau merasa ingin mengucap syukur..Allah telah pun memberkatimu…

Ketika sesuatu yang indah telah terjadi & kau dipenuhi ketakjuban…Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi & mimpi untuk digenapi Allah sudah memanggil dengan namamu.

Oleh itu, ingatlah bahawa dimanapun kau @ kemanapun kau berada, Allah akan mengetahui & sentiasa berada disampingmu.

~wasalam~

No comments:

Post a Comment