MuLaKaN hIdUPmU dENGAN.....


Thursday, January 26, 2012

ya Allah :)


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah) 2X

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

Wednesday, January 18, 2012

901 Free anwar rally :)

 I can feel the pride in the air ... I can see the tears of the umah.. Alhamdulillah ya Allah :)

Thursday, January 5, 2012

FETIH 1453 :)



Memetik kata-kata ustaz syaari abd Rahman, pengarang buku the best seller, Kuasa Kepimpinan Al-Fateh,


‎17 juta US Dollar, dinasihati pakar sejarah Prof. Dr. Feridun Emecen, babak-babak penting sejak dari Perang Varna 1444 hinggalah imbasan semula pencerobohan ganas Salib pada 1204 ke atas Konstantinopel, dari peranan Mullah Gurani (Al-Kurani) mendidik Muhammad sejak kecil hinggalah gambaran teknologi CGI landskap sejarah di sebalik kekuatan 150,000 tentera, pembinaan meriam, pemindahan kapal dan keutuhan tembok. Jika Kingdom of Heaven mengambil sisi pandang keberanian Balian dari Ibelin, Fetih 1453 mengambil sisi pandang keberanian Hassan dari Ulubat sehingga ketua batalion keempat serangan akhir pagi Selasa 29 Mei 1453 itu berjaya memacakkan panji dan syahid bersama 18 tentera terbaik Osmanli.


Hanya 3D dan "subtitle" akan membantu menjiwai filem termahal Turki di Istanbul nanti.


Filem memang bukanlah sebaik-baik kaedah untuk mengkaji sejarah sebenar 1453, namun jadikanlah ia pemangkin semangat untuk membuat kajian lanjutan, membelek manuskrip sejarah dan bertemu para sejarawan di sana sendiri untuk mendapat 'clear picture' yang lebih baik. Buang yang keruh, ambil yang jernih.


Semoga Allah merestui misiku "2 in 1" di Istanbul nanti. İstanbula hoş geldiniz!

Monday, January 2, 2012

Sutera Kasih Illahi =)


Pencarian Sutera Kasih Allah SWT ,
 lembut belaian daripada yang Maha Pencipta =)

FUiYO 2010 =)


No matter how far we are, 

Or how long we haven't meet, 

Our hearts are tied up, 

Under the same ' AQIDAH' =) 

Jalan dakwah ku =)


Jangan pernah ragu untuk menyumbang separuh daripada masa kita untuk berdakwah dan persiapkan diri untuk ditarbiyah, kerana andai kita risau masa kita terbuang dijalan dakwah, maka Allah akan mencabut keberkatan masa tersebut dengan manjadikan kita leka dan hanyut dalam hiburan dan tipu daya kehidupan pentas dunia .. jom sertai kapal dakwah melayari bahtera kehidupan menuju pengakhiran syurga firdausi =) 

6 Soalan Imam Ghazali Kepada Anak Murid Beliau




Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya…

Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” ( Surah Ali Imran 185 )

Kedua : Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Ketiga : Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”.
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” ( Surah Al A’araaf 179 )
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

Keempat : Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”.
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang amanahnya.

Kelima : Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan solat”. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Keenam : Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..